MSE | 010

257 14 0
                                    

Ketika seseorang mengatakan dia suka sesuatu yang dia benci selama ini bukankah itu hal yang sangat pelik? Yena namja yang membenci muzik dan bunyi bising yang berasal daripadanya mengaku dia menyukainya. Tapi mereka sedar yena tidak berbohong apabila yena menawarkan diri menemani Chaeyeon berlatih dance selepas tamat waktu sekolah mereka mula fikir manusia boleh berubah... termasuklah orang berhati beku seperti yena.

"Aku rasa yena agak pelik sejak akhir-akhir" kata Chaeyeon mengemukakan pendapatnya.

"Mungkinkah dia mula berminat dengan seorang yeoja yang berada dibilik dance?" Teka Hyewon.

"Choi Yena menyukai seorang yeoja? wkwkw andai itu sesuatu yang nyata..." Tutur yujin langsung tidak percaya akan tekaan Hyewon, mereka bertiga mula menyangkal tekaan tersebut tanpa mereka tahu bahawa tekaan hyewon itu benar walaupun tidak terlalu tepat.

Perbualan mereka sebelum ini benar-benar nyata apabila mengetahui sahabat mereka yena telah mengambil langkah besar dengan meluahkan perasaannya secara terang-terang didepan semua orang kepada yeoja bernama Jo Yuri. Sejak tadi yujin hanya terdiam dengan mulut ternganga memerhati tindakan berani yena, tetapi apabila mendengar syarat merapu yang dilontarkan oleh yuri dia sudah tidak dapat menahan diri lagi!

"YAH.. JO YURI!" Suara bentakan kuat yujin mungkin mampu membuat kedamai seluruh tempat yang dipanggil sekolah hancur tapi namja tinggi itu langsung tidak kesah kerana dia menganggap classmatenya itu sudah melampau.

Yujin yang selama ini selalu mempamerkan sifat riang, nakal dan kekanak-kanak sangat berbeza dengan yujin yang sedang menghadiah pandangan membunuh pada yuri kini, minju yang sejak tadi berada disebelah yuri segera mendekati kawannya.

"Yuri cukup aku rasa kau dah melampau..." Bisik minju entah kenapa tapi ini pertama kali dia berasa gerun dengan seorang Ahn Yujin walaupun dia tiada sangkut paut dalam hal itu, biasanya minju bertindak sesuka hati pada yujin seperti menghalau dan menjerit pada yujin tapi namja itu tidak pernah marah padanya...

Yena segera mengangkat tangan kanannya keudara menandakan dia meminta supaya kawan-kawannya bertenang lalu kembali fokus kepada yuri.

"Adakah awak cuba untuk mempermainkan saya" Tanya Yena serius.

"Tak dan saya tidak memaksa sekiranya awak taknak buat semua tu" Ujar yuri dengan cukup tenang.

Lain pula pada yujin dia juga tidak tahu kenapa hari ini dia payah untuk menahan diri...

"Yeoja gila..." Gumam yujin hanya dapat didengar oleh Juri, Chaeyeon dan Hyewon. Mereka menahan yujin apabila melihat yujin ingin bertindak.

"Saya harap awak betul-betul maksudkannya..." kata Yena kemudian mula melangkah kearah tangga yang berada dikanannya melakukan sesuai syarat yang yuri kemukakan.

Hampir semua pelajar disekolah menyaksikan permandangan yang amat jarang itu, turun dan naik tangga dengan berjalan itik sudah yena lakukan kini dia merenung yuri dengan muka merahnya menunggu tindak balas yeoja tersebut.

Sejak awal yuri sudah dapat meneka bahawa yena tidak akan sanggup melakukan syarat yang dia berikan tapi pada akhirnya dia sedar tekaannya itu sangatlah salah. Yuri tersenyum sangat manis sambil menunduk memandang kebawah dia mula melangkah menghampiri namja bodoh yang sedang menunggu tindakannya sejak tadi.

Saat yuri mula mendekat, yena bahkan dapat merasakan jantungnya tidak berada dalam keadaan yang baik. Kini yuri betul-betul sangat dekat dengannya sampaikan dia dapat merasakan nafas yuri dipipinya adakah yuri akan menciumnya?!

"Sekarang awak adalah namchin saya Choi Ducky..."Bisik Yuri lalu meninggalkan yena disitu dengan mulut sedikit terbuka.

Tidak lama sebuah senyuman mula menghiasi bibirnya membuatkan beberapa pelajar mula terpanah termasuklah Chaeyeon, Yujin dan Hyewon.

My Sweet Enemy | IZ*ONE [ H ]Where stories live. Discover now