MSE | 006

268 13 0
                                    

^^

48 High School, merupakan sekolah elit yang sangat terkenal diseoul ianya terdiri daripada sekolah terbaik yang memiliki prasarana cukup lengkap dan serba moden juga terdapat tenaga pengajar yang sangat berkemahiran. Kebanyakan pelajar dalam sekolah tersebut tergolong dalam kalangan anak-anak kaya dan golongan bijak pandai yang mendapat biasiswa lengkap.Tidak sembarangan orang dapat bersekolahan disekolah tersebut, disebabkan kos yuran kemasukan yang tinggi golongan kurang berupaya tidak dapat mendaftarkan anak mereka bersekolah disitu.

Uniknya tentang sekolah ini ialah sesi pembelajaran bukan sahaja ditawarkan kepada pelajar korea sahaja malah ianya juga diperuntukan pada pelajar yang berasal dari jepun. Oleh itu, terdapat segelintir daripada pelajar yang menuntut di 48 High School merupakan pelajar yang berasal dari jepun.

Setiap tahun sekolah itu akan mengadakan peperiksaan untuk menguji tahap prestasi para pelajar, itu akan memberikan tekanan kepada pelajar yang memegang biasiswa kerana mereka perlu mengekal point mereka untuk kekal memilik biasiswa.

Namun...

Semua itu langsung tidak berlaku pada kepada Lee Chaeyeon, kerana keputusan peperiksaannya tidak pernah mengecewakan!

Chaeyeon sedang duduk di meja makan bersama keluarga angkatnya, petang tadi appa angkat Chaeyeon telah mengarahkan dia untuk mengikuti makan malam di rumah besar mereka. Sejak disekolah tinggi Chaeyeon memilih untuk hidup berdikari dia mencari kerja sambilan untuk menampung hidupnya sendiri dia tidak ingin menyusahkan keluarga angkatnya.

Pada awalnya keputusannya itu dibangkang keras oleh appa angkatnya iaitu Encik Hwang insan yang sudah menganggap Chaeyeon seperti anak kandungnya sendiri. Melihat Chaeyeon bersungguh-sungguh pada akhirnya Encik Hwang terpaksaan menurut kemahuan Chaeyeon yang mana kini Chaeyeon tinggal bersama Sungwoon bosnya sekaligus orang yang rapat dengannya semasa dirumah anak yatim dahulu.

Di meja makan itu Chaeyeon ditemani oleh keluarga angkatnya yang terdiri daripada Encik Hwang dan Puan Hwang. Puan Hwang menunjukan muka kurang senang apabila suaminya asyik memuji Chaeyeon, sejak pertama kali Chaeyeon menjejakkan kaki kerumah mereka lagi Puan Hwang memang tidak menerima baik kehadiran Chaeyeon.

"Uncle dah tengok keputusan kamu, kamu memang hebat Chaeyeon uncle bangga dengan kamu... malam ni kamu patut makan banyak-banyak hahaha" Muka Encik Hwang menunjukan sebuah keterujaan, walaupun Chaeyeon bukan anak kandungnya dia sangat senang memiliki anak seperti Chaeyeon.

"Baiklah Uncle"

"Lagi satu Uncle ada hadiah untuk kamu, uncle dah belikan kamu kereta"

"Ta-Tapi Unc—" Encik Hwang tahu Chaeyeon akan menolak oleh itu dia cepat memotong.

"Uncle tahu kalau uncle beli kereta mahal kamu akan tolak sebab tu uncle cuma beli kereta murah tu, supaya kamu dah tak ada alasan nak tolak"

Chaeyeon berfikir seketika lalu mengangkat muka memandang Encik Hwang muka namja berumur sekitar 40 tahun itu sentiasa senyum bila memandang Chaeyeon hal itu membuat Chaeyeon selalu menyayangi dan menghormati namja tersebut.

"Terima kasih uncle..." Ucap Chaeyeon.

***

Rumah Yena,

Bunyi pergaduhan antara dua makhluk yang beradu mulut jelas kedengaran sehinggakan yena yang berada didalam bilik dapat mendengar suara mereka, yena sudah tahu apa yang berlaku dia mencapai kunci lalu keluar dari bilik.

Bila dalam situasi macam ni yena lebih memilih keluar dari rumah.

"Awak siapa nak larang saya? yena anak saya dan saya ada hak nak jumpa dia!" Bentak seorang yeoja pertengahan umur walaupun dia sudah berumur tapi penampilannya sangat bergaya memyebabkan dia tidak kelihatan terlalu tua.

My Sweet Enemy | IZ*ONE [ H ]Where stories live. Discover now