MSE | 014

314 15 0
                                    

Hanlim Multi Art School,

Keadaan kelas masih sunyi pada pagi itu kelihatan beberapa pelajar sebok buat hal masing-masing menunggu bel sekolah berbunyi tapi lain pula bagi 2 pelajar namja yang sedang melakukan rancangan jahat mereka. Semua pelajar dalam kelas sudah masak dengan perangai hanat dua monyet tersebut oleh itu mereka lebih memilih mengabaikan sahaja membiarkan apa yang berlaku.

"Wei kau tak rasakah semua ni dah melampau?" Tanya pelajar namja yang memiliki tinggi agak pendek.

"Melampau apa pulak biasalah ni lagipun aku pasti dia takkan marah punya tengoklah macam sebelum ni pun dia tak buat apa-apa kalau kita buli dia" Kata Namja yang tinggi pula.

"Kalau dia repot dengan cikgu macam mana?"

"Aku tak kesah repotlah" kata Namja tinggi itu sombong dia tekad dengan rancangannya.

"Okey tapi kau jangan nak libatkan aku pulak kali ni" Keduanya akhirnya setuju.

Sebuah baldi yang di isi dengan air sudah diletakan kemas diatas pintu kelas tinggal tunggu mangsanya sahaja, bukannya pelajar lain tidak ingin menegur tetapi mereka tidak mahu menjadi mangsa buli.

"Dia dah datang! Dia dah datang!" Heboh namja berbadan pendek itu.

Semua pelajar dalam kelas fokus memandang kepintu mereka juga tidak mahu ketinggalan menyaksikan kejadian memalukan itu.

Namja tinggi itu mengira dalam diam...

1

2

3

Cklek*

Dushhh!

"Hahahhahahhahah..."

Seperti yang diharapkan baldi berisi air itu jatuh tepat pada seorang yeoja comel yang baharu sahaja membuka pintu, melihat yeoja itu basah kuyup namja tinggi itu ketawa berdekah-dekah dan berasa sangat lucu apabila mengetahui baldi itu betul-betul mendarat dia atas kepala yeoja itu membuatkan muka yeoja comel itu tertutup.

Tidak lama kedengaran bunyi isakan yang berasal dari yeoja tersebut membuatkan namja tinggi itu terdiam, sebelum ini sudah kerap kali dia mengganggu dan membuli yeoja comel itu tetapi yeoja itu tetap tidak pernah menunjukan apa-apa reaksi dia hanya diam seolah-olah bisu.

Tapi hari ini lain untuk pertama kalinya dia melihat yeoja itu menangis...

Jelas sekali disitu dia sudah melampau!

"Hiks Hiks..."

"Sekarang awak dah puas?! Puas buat dia nangis?!" Salah seorang kawan kepada yeoja itu tidak dapat menahan emosi.

Beberapa pelajar yeoja dalam kelas segera mendapatkan kawan mereka yang sedang basah kuyup.

.

.

.

.

.

.

New face, New face New New New face🎶

Telefon Yujin berbunyi mendendangkan lagu kesukaannya sejak dibangku sekolah tinggi, dia sedikit geram kerana dimana dia sedang sebok membuat laporan kes disitu jugalah telefonnya tidak henti berdering! dia memerhati seketika telefonnya ada satu panggilan daripada ommanya keningnya berkerut tanpa berlengah dia segera menyambut panggilan itu dalam hati dia agak tertanya-tanya kenapa pula ommanya menelefon pada jam kerjanya.

Jangan cakap omma dia nak suruh dia pegi dates dengan yeoja-yeoja yang dia tak kenal tu sudah...

Dia dah jemu!

My Sweet Enemy | IZ*ONE [ H ]Where stories live. Discover now