MSE | 008

255 18 1
                                    

Puan kang atau nama sebenarnya Kang Jihyo isteri kepada CEO Kang Daniel sedang berada di salon bersama kawan-kawannya, sejak tadi mereka sebok bergosip dan berbual kosong tentang kegiatan harian masing-masing mengurus rumah tangga. Puan Kang mengambil kesempatan ini untuk menunjukan gambar anaknya kepada kawan-kawannya dia berasa bangga diri apabila mendapat pujian dari kawan-kawannya mengatakan ia memiliki seorang anak yang sangat tampan.

Tidak lama selepas itu dia mendapat panggilan telefon daripada Hyewon anaknya, segera dia mengangkat panggilan itu dihadapan kawan-kawannya...

"Omma... ada orang tampar Wonwonnn" Rengek Hyewon dihujung talian membuatkan puan kang berdiri dengan muka terkejutnya, dia sendiri tidak menyangka bahawa ada seseorang berani menampar anak kesayangannya.

"Apa?! Ada orang tampar WonWon?" Muka puan kang bertukar menjadi menyeramkan membuatkan kawan-kawannya tertanya-tanya apa yang berlaku.

"Siapa? bagitahu omma siapa orang tu berani dia tampar anak kesayang omma ni orang tu memang nak kena!" Bebel Puan Kang dengan emosi.

"......"

"Ohh dia seorang Yeoja?" Tadi kawan-kawan Puan Kang sudah mengetahui bahawa anak puan kang itu telah ditampar oleh seseorang, tetapi apabila mereka tahu anak puan kang itu telah ditampar oleh seorang yeoja dan dia mengadu pada ommanya itu menandakan dia seorang anak yang manja fikir mereka.

Kawan-kawan puan Kang berasa sedikit lucu memikirkan hal itu, tapi mereka bijak mengawal ekspresi muka mereka bimbang puan kang akan terasa nanti.

"Baiklah jangan risau nanti omma akan uruskan budak tu"

......

Setelah menyelesaikan misi mengadu kepada ommanya Hyewon segera memutuskan talian, dengan geramnya dia menoleh pada Yujin dan Chaeyeon yang sejak tadi berasa lemas dengan perangai Hyewon. Sebentar tadi ketika Hyewon ingin meletop marah pada Wonyoung Yujin dan Chaeyeon mengambil langkah bijak dengan menutup mulut Hyewon dan meminta maaf pada Wony tidak lupa mereka mengheret Hyewon hingga ke Rooftop.

"Apalah kau ni Won tu pun kau mengadu dengan omma kau" Bebel Chaeyeon tak puas hati sambil mengeleng kepala.

"Biar! Aku geram sangat dengan budak tadi tu dahlah tampar muka aku yang HENSEM ni lepas tu dia panggil pulak aku NAMJA MIANG?! Aish.." Hyewon mengetak gigi menahan geram, penangan tamparan Wony tadi masih lagi terasa sehingga kini.

Chaeyeon dan Yujin buat muka menyampah bila hyewon cakap dia hensem tapi nak buat macam mana memang dia hensem pon.

"Sudahlah Kwangbae, kalau aku jadi yeoja tadi tu pun aku akan buat benda yang sama..." Yujin.

"Yah, korang ni kawan siapa kenapa korang nak sebelah dia?" Hyewon.

Bunyi bel sekolah berbunyi menghentikan perbualan mereka...

"Dahlah jom balik kelas" Ajak Chaeyeon dua kawannya itu hanya menurut sahaja.

Semasa sedang turun dari rooftop Yujin tidak henti-henti mengejek bertapa manjanya Hyewon, dia berasa sangat geli hati apabila mendengar tadi Hyewon menyebut nama manjanya iaitu 'WonWon'.

***

Choi Yena dalam perjalan menuju kebilik kesihatan, dia mengambil keputusan untuk ponteng sehingga tamat waktu sekolah fikirannya dipenuhi dengan nasihat daripada Chaeyeon semasa di kantin tadi. Tiba-tiba dia melihat Juri sedang menghampiri segera Yena mengubah arah tujuan dia terus berjalan tanpa arah tujuan sungguh sekarang dia malas untuk terserempak dengan sepupunya itu.

Di sinilah yena sekarang, dia dapat mendengar bunyi petikan gitar dia memerhati sekeliling mencari dari mana sumber bunyi gitar tersebut dan matanya dapat menangkap sebuah pintu yang bertulis 'Bilik muzik' bunyi petikan gitar tadi mula di iringi suara merdu milik seseorang membuatkan yena sangat tertarik. Suara merdu itu seperti memanggil-manggil yena supaya masuk kedalam, perlahan-lahan tangan yena mula memulas tombol pintu lalu meloloskan diri masuk kedalam.

My Sweet Enemy | IZ*ONE [ H ]Where stories live. Discover now