MSE | 011

246 17 0
                                    

Perlahan-lahan mata Chaeyeon terbuka apa yang dia nampak cuma sebuah ruangan yang dipenuhi warna putih, sedar akan bau yang sedikit unik dan melihat pakaiannya sudah digantikan dia pasti sekarang dia sedang berada dihospital. Satu perkara lagi yang membuatkan Chaeyeon tenang untuk seketika dia melihat sakura sedang tertidur sambil meletakkan kepala disampingnya.

Satu benda baharu yang Chaeyeon tahu tentang sakura membuatkan ia ingin ketawa iaitu Sakura tidur dalam keadaan mata terbuka, dia yeoja yang unik fikir Chaeyeon...

Posisi tidur yang tidak selesa itu yang ada pada fikiran Chaeyeon, dia boleh mengagak semalam sakura langsung tidak pulang kerumah melihat pakaian yang digunakan sakura adalah pakaian semalam. Memikirkan sepanjang malam sakura menjaganya dan berada disisinya sekali lagi Chaeyeon rasa tidak menyesal telah ditikam oleh seseorang.

Lama Chaeyeon mengamati muka tenang sakura semasa tidur, tangannya mula bergerak ingin menyentuh muka sakura mengusap umbun-umbun kepala sakura namun dia membatalkan niatnya dia sedar dia tidak patut melakukan hal itu kerana dia tidak memiliki hak akan itu.

Mungkin suatu hari nanti walaupun itu agak mustahil dia berharap dia akan bebas untuk menyentuh yeoja idamannya itu...

Cklek*

"Oh kamu dah bangun" Tanya Sungwoon yang baharu sahaja membuka pintu pantas Chaeyeon meletakkan satu jari diatas bibir meminta Sungwoon tidak bising kerana dia amat bimbang sakura akan terjaga.

"Ssssssstt"

Sungwoon menghela nafas seketika sambil mengeleng kepala melihat perangai makhluk yang membuatkan dia risau sepanjang malam, semalam Sungwoon berasa bimbang apabila Chaeyeon tidak balik kerumah dia cuba menghubungi Chaeyeon malangnya Chaeyeon tidak menjawap telefon sungwoon tidak berhenti disitu kemudian dia menghubungi 3 geng keras Chaeyeon tetapi menurut mereka Chaeyeon sudah pulang terlebih dahulu.

Pada Jam lapan malam akhirnya panggilan Chaeyeon tersambung tetapi pada ketika itu Sungwoon dikejutkan pula oleh sebuah berita tentang keadaan Chaeyeon tanpa membuang masa Sungwoon meninggalkan apartmentnya bergegas menuju kehospital.

"Hyung kenapa biarkan dia tidur sini kesian dia..." Tanya Chaeyeon dalam nada berbisik.

"Aish budak ni! kamu tau tak hyung hampir kena serangan jantung semalam dengar kamu kena tikam" Balas Sungwoon geram langsung tidak membalas pertanyaan Chaeyeon itu juga dalam keadaan berbisik.

"Maaf Hyung Chae akan jelas"

"Baiklah bagitahu apa yang berlaku"

Chaeyeon mula menjelaskan hal sebenar kepada Sungwoon, kelihatan beberapa kali sungwoon mengangguk memahami penjelasan Chaeyeon itu.

"Baiklah sekarang hyung dah faham, tapi lain kali tolong hati-hati" Chaeyeon mengangguk mendengar nasihat Sungwoon.

"Cantikkan hyung?" Sungwoon turut mengedarkan pandangan kearah sakura melihat cara Chaeyeon pandang sakura dia boleh mengagak Chaeyeon memiliki perasaan pada sakura oleh itu Sungwoon berniat untuk mengusik Chaeyeon.

"Ya dia cantik... kenapa? kamu nak dia jadi kakak ipar kamu?"

"Yak! Hyung!" Suara Chaeyeon sedikit kuat kedengaran membuatkan sakura yang sedang tidur terganggu mujurlah sakura tidak terjaga pada akhirnya mereka berdua hanya mampu letakkan tangan pada mulut.

"Ssssssstt"

"Ssssssstt"

......

"Kejap! Hyung belum bagitahu Uncle Hwangkan?" Muka Chaeyeon agak panik menanti jawapan Sungwoon dia mula memikirkan bagaimana jika keluarga angkatnya tahu pasti mereka juga akan risau setidaknya appa angkat...

My Sweet Enemy | IZ*ONE [ H ]Where stories live. Discover now