MSE | 007

272 18 1
                                    

^^

Angin pagi bertiup lembut menyegarkan lagi pagi di 48 High School, waktu menunjukkan 06 : 15 am yang mana waktu yang sangat awal untuk seorang pelajar berada disekolah kerana pada waktu ini biasanya ada beberapa pelajar masih berbungkus didalam selimut menikmati tidur mereka.

Namun, ada juga beberapa pelajar yang memang rajin atau terpaksa datang terlebih dahulu kesekolah atas sebab tertentu menyebabkan kawasan sekolah tidaklah terlalu sepi tanpa penghuni salah satu daripada pelajar-pelajar tersebut ialah Jang Wonyoung.

Yeoja dengan nama panggilannya Wony itu bukanlah seorang yang sangat rajin hingga dia terlalu bersemangat datang sekolah diawal pagi, dia juga bukanlah seorang yang terpaksa datang awal pagi begini melainkan ini merupakan kehendaknya sendiri! Dia sanggup meredah kedinginan pagi hanya untuk meletakkan satu sampul surat berwarna pink berserta sekotak Coklat di Salah satu meja pelajar namja yang berlain kelas dengannya.

Wony tersenyum bahagia apabila selesai meletakkan surat cinta miliknya pada laci meja namja yang sudah mencuri hatinya sejak pertama kali dia menjejakkan kaki disekolah ini. Wony seorang yang sangat ceria dan berkeyakinan serta memiliki impian yang sangat tinggi iaitu menjadi idola, tapi bila menyangkut paut mengenai hati dia akan menjadi seorang yang payah serta pemalu dia sudah menyukai namja itu sejak sekian lama tapi dia belum berani meluahkan perasaannya.

Bagaimana untuk meluahkan perasaan? bahkan untuk bersua muka secara langsung dengan namja itu sahaja boleh membuat kedua pipinya merona merah dia sudah mengambil keputusan untuk menjadi Secret admire kepada namja itu sahaja cukup mengagumi dari jauh.

Senyuman masih lagi meniti dibibir wony tetapi ianya terus lenyap apabila dia melihat kelibat seseorang sedang bersandar pada pintu kelas.  Namja itu sedang merenung wony dengan pandangan yang sukar di fahami tanpa menunggu lama lagi Wony terus beredar meninggalkan kelas tersebut sambil memberikan jelingan padu pada namja tersebut.

Mata Hyewon terkebil-kebil dia sudah melemparkan senyuman yang cukup menawan, senyuman yang mampu menghangatkan hati sesiapa sahaja yang memandang tapi kenapa pula dia mendapat jelingan? Hyewon memandang seketika yeoja tinggi lampai itu lalu menjongketkan bahu menandakan dia tidak kesah.

Dia meluruh kearah meja kawan sekelasnya bernama Shiroma Miru, dia tersenyum bila mendapati ada Coklat didalam laci tersebut tadi dia sempat melihat Wony meletakkan disitu dia mengambil Coklat tersebut sempat dia melihat sebuah sampul surat berwarna pink dia mengabaikan sampul itu lalu melahap Coklat pada tangannya tanpa perasaan bersalah.

Wonyoung yang baru sahaja meninggalkan kelas tersebut membuat muka jijik, dia tidak menyangka bahawa dia akan terserempak dengan namja yang sangat diidamkan-idamkan oleh beberapa rakan sekelasnya kadangkala apabila berada dikelas telinganya naik bingit mendengar yeoja-yeoja gedik dalam kelas memuji ketampanan Sunbae mereka itu tapi tidak pada Wony dia memandang hyewon dari sudut yang berbeza!

Baginya hyewon hanya seorang playboy miang yang hanya reti memainkan perasaan yeoja, tiada yang menarik tentang namja itu pada pandangan Wony.

Kenapa itu semua itu boleh terjadi? kerana beberapa hari yang lalu ketika Wony hendak menyaksikan Miru Crush kesayangannya itu bermain basketball dia tidak sengaja menangkap sepasang kekasih sedang bercium di tepi tangga tanpa memperdulikan fakta bahawa ini adalah kawasan sekolah! sejak saat itu Hyewon telah memberikan satu gambaran yang buruk pada Jang Wonyoung.

***

Kringgg*

Bel sekolah berbunyi menandakan sesi pembelajaran bakal bermula, hari ini adalah hari yang paling Chaeyeon benci kerana dia perlu melihat muka masam Sakura sepanjang hari lebih parah lagi awal-awal pagi lagi Chaeyeon sudah menerima death glare dari sakura. Hmm, mesti korang taukan apa sebabnya?

My Sweet Enemy | IZ*ONE [ H ]Where stories live. Discover now