MSE | 002

380 25 3
                                    

^^

Bruk!

Satu hentaman kuat mengena tepat pada perut seorang namja yang kelihatan sangat tidak berdaya, tangannya diikat keatas seluruh mukanya juga memiliki bekas-bekas luka dan lebam.. didalam bilik tersebut cahaya sangat terbatas dimana cuma satu lampu yang hanya diarahkan tepat padanya membuatkan keadaan bilik sedikit gelap dan suram.

Didalam bilik itu juga dia ditemani oleh dua orang namja yang belum diketahui identiti mereka yang pasti mereka sedang menyiksa namja yang sedang terikat kedua tangannya dalam keadaan berdiri itu. Walaupun sudah dihujankan dengan bermacam pukulan namja yang disiksa itu tetap tidak ingin membuka mulut dia hanya mampu memandang tajam pada dua namja yang tergamak menyiksanya.

"Cepat beritahu kami siapa yang arahkan kamu semua?!" Tanya namja berkepala kecil sambil mencengkam kasar rambut namja tadi dia sudah hilang sabar sejak tadi menanti tindakbalas namja tersebut.

"Korang takkan dapat apa-apa maklumat dari aku baik korang bunuh aku sekarang..." Jawap namja itu sambil menayangkan smirk.

Bruk!

Sekali lagi sebuah tumbukan melayang pada namja degil itu tapi kali ini tumbukan tersebut ditujukan tepat kemuka, tumbukan itu bukanlah berasal daripada namja berkepala kecil tadi melainkan daripada namja bermuka cukup comel lagikan hensem.

"Susah sangatkah ke kau nak bagi kerjasama?!" Bentak namja bermuka comel itu sungguh dia bosan melayan karenah namja didepannya itu, seketika namja yang masih diikat kedua tangan tersebut tertawa perlahan.

"Hahahaha... cuma inikah polis bodoh macam korang boleh buat?!" Namja itu terus tertawa mengejek dua polis yang menyiksanya sejak tadi.

Apa yang mereka harapankan?

Jika mereka berharap akan mendapat maklumat dari penjenayah degil itu sudah pasti mereka tidak akan dapat.

Brak!

Bunyi itu bukan berasal dari tiga makhluk yang sedang berada didalam bilik tersebut, bunyi tersebut merupakan bunyi pintu yang dibuka mengejut menampilkan seorang namja cukup hensem dan tinggi dengan ekspersi datarnya. Dua polis yang sejak tadi bertugas mendapatkan maklumat menunduk hormat pada namja yang baru sahaja meloloskan diri kedalam bilik itu.

Lampu dihidupkan membuatkan kawasan seluruh bilik kembali terang mempamerkan lebih jelas kawasan dalam bilik yang agak luas itu, namja yang baru masuk kedalam bilik tersebut tidak lain tidak bukan ialah Inspektor Ahn Yujin seorang polis yang tidak dapat dipersoalkan lagi kecekapannya apabila menjalankan tugas.

Petang tadi baharu sahaja terjadi sebuah rompakan disalah satu Bank yang berada didaerah Seoul, salah satu saksi yang berada didalam bank cepat melaporkan dan pasukan Yujin segera bergegas hasilnya beberapa penjenayah tersebut berjaya melarikan diri tapi mereka berjaya membantras salah seorang ahli pasukan penjenayah tersebut.

"Jihoon, Baejin berundur biar saya yang uruskan dia..." ucap Yujin memberikan arahan pada dua orang polis iaitu Park Jihoon dan Bae Jinyoung yang berada didalam pasukannya.

"Baik inspektor Ahn!" Mereka berundur lalu memberi ruang pada namja bergelar inspektor tersebut.

"Masih degil? Taknak beri kerjasama?" Tanya Yujin bersahaja dia sudah banyak kali menguruskan penjenayah yang degil enggan memberikan kerjasama seperti ini jadi dia tidak mudah terbawa emosi.

"Apa yang korang nak polis sial?! Aku lebih rela mati dari bocorkan maklumat" kata penjenayah itu serius, Yujin masih lagi tenang sambil menayangkan senyumannya tapi tidak pula pada Jihoon dan Baejin mereka mula buat muka geram masing-masing.

My Sweet Enemy | IZ*ONE [ H ]Where stories live. Discover now