MSE | 018

278 21 13
                                    

My Sweet Enemy
@miyori_moon

.

.

.

.

.

♡♡♡

Pada sidang media yang lalu wonyoung telah mengumumkan bahawa dia akan beralih menjadi salah satu artis yang berkerja dibawah syarikat hiburan 8D creative. Keputusannya itu telah mengemparkan para fansnya juga pihak-pihak yang terlibat ditambah lagi Wonyoung tidak memberikan sebarang sebab yang munasabah! oleh itu, beberapa rumor kurang sedap mula beredar di media sosial.

Seperti yang semua tahu sebelum ini Wonyoung debut dibawah agency keluarganya sendiri sehinggakan debutnya sebelum ini menimbul Kontroversi kepada awal debutnya yang lalu, tapi lama-kelamaan perkara tersebut seakan lenyap ketika wonyoung membuktikan bahawa dia memiliki bakat yang tersendiri.

Walau bagaimanapun fans wonyoung tetap menerima dengan hati terbuka akan keputusan wonyoung itu sebagai fans Wonyoung mereka setia memberikan sokongan pada idola kesayang mereka.

Apa pula cerita tentang hubungan Wonyoung dan Hyewon?

Adakah Hyewon sudah memulakan misinya untuk berubah??

"Wonyoung-ah mulai hari ni saya akan berubah"

"Berubah???"

"Ya, saya akan berubah dan berusaha jadi seorang suami yang baik untuk awak..."

"Pfft... Hahahahaha"

"Tak ada yang kelakar Jang Wonyoung"

"Hahaha... Gila tak kelakar Yeorobun! suami saya yang playboy ni nak bertaubat? ih pleaselah awak ingat saya tak tau ke perangai awak dari dulu sampai sekarang hmm?"

"Saya Serius"

"Hmm... patutkah saya percaya?"

"Saya akan buktikan"

Sudah tiga hari berlalu sejak perbualan mereka itu, dalam tiga hari tersebut juga kata-kata Hyewon itu terus berputar-putar didalam minda Wonyoung sehingga tercetusnya pelbagai persoalan penting seperti adakah hyewon bersungguh-sungguh? Patutkah dia percaya?? Kalau pun hyewon nak berubah apa motif dia??

Semua tu buat Wony bingung tapi yang pasti Hyewon mula menunjukan bahawa dia mulai berubah buktinya dia mula melayan wony dengan baik, pulang kerumah lebih awal dari biasa dan gosip-gosip skandal diantara dia dengan artis-artis juga mula berkurang.

Kini Wony sedang berjalan menuju ke set pengambaran ditemani oleh manager terbaiknya bernama lee Daehwi, bukan hari ini dia tidak memiliki jadual photoshoot tapi dia cuma ingin berkunjung memerhati bagaimana cara kerja artis-artis dari 8D Creative sekaligus berkenalan lebih dekat dengan rakan-rakan kerja baharunya.

Ketika melihat Wony ingin berjalan masuk kedalam set Ong Seongwoo yang baharu sahaja dari toilet bertukar cemas, Seongwoo merupakan asisten kepada Hyewon bahkan dia juga tahu akan perkahwinan Bosnya tidak cukup dengan itu dia juga tahu akan misi bosnya untuk berubah menjadi baik.

Tapi baharu sekejap tadi Seongwoo meninggalkan bosnya yang sedang melakukan aksinya dan jika isteri bosnya nampak aksi Hyewon tu sudah pasti usaha hyewon selama tiga hari ini akan jadi sia-sia. Laju tangan seongwoo menghantar chat pada Hyewon cuba memaklumkan bahawa isterinya ada disini!

"Seongwoo-ssi?"

"Annyeonghaeseyo puan Kang" kata Seongwoo sambil menunduk sopan.

"Kenapa awak ada dekat sini?"

My Sweet Enemy | IZ*ONE [ H ]Where stories live. Discover now