MSE | 013

260 13 0
                                    

Mulai Chapter ni akan ada perubahan sikit cerita akan beralih ke masa kini tapi Flashback akan muncul bila-bila masa saja, yup cerita mereka akan maju mundur

Tak faham juga? Bole tanya dekat komen😊

Okeylh mari baca dulu...

Kereta Lamborghini Aventador merah milik hyewon sudah berhenti dihadapan rumah, tetapi dia masih betah duduk didalam kereta memikirkan nasihat-nasihat yang diberikan oleh tiga sahabat baiknya. Pertemuan semula petang itu antara mereka berempat cukup membuatkan mereka tenggelam dalam masa lalu mereka begitu juga Hyewon dia juga ada kenangan bersama isterinya di masa lalu yang mana dia berfikir mungkin sudah masanya dia berubah?

Ya mungkin dia boleh berubah meninggalkan tabiat-tabiat buruknya yang mana Hyewon selalu mengunjungi bar, bermain bersama ramai yeoja dan menghabiskan duit sesuka hatinya. Hyewon ingin berubah tetapi...

Dari manakah dia harus bermula?

Waktu menunjukkan sudah hampir jam 11 malam tadi hyewon memang menghabiskan masa dengan kawan-kawannya sehingga kemalam tapi dia juga menghabiskan banyak masa didalam kereta tanpa membuang masa dia segera masuk kedalam rumah.

Suasana rumah elit milik hyewon kelihatan suram seperti tidak berpenghuni, muncul persoalan difikiran Hyewon adakah Wonyoung tidak takut berada didalam rumah pada waktu begini walaupun ada maid dan perkerja kebun mereka akan berehat pada jam-jam ini.

Hyewon cuma melepaskan nafas panjang kemudian langkah diorak menuju kedapur dia haus mungkin juga lapar, didepan pintu dapur langkahnya terhenti memerhati yeoja berambut panjang sedang membelakang duduk dimeja makan sudah semestinya Hyewon kenal yeoja itu siapa lagi kalau bukan Jang Wonyoung isterinya.

"Awak makan apa tu? Kenapa belum tidur lagi?" Tanya Hyewon sedikit mengejutkan Wony.

Mulut wony sudah penuh dengan ramyeon jadi dia memilih tidak menjawap soalan Hyewon itu.

"Nyam boleh minta sikit?" Pinta Hyewon baru sahaja dia ingin mencapai ramyeon itu tuan punya ramyeon segera menelan ramyeon dalam mulutnya lalu menghalang hyewon.

"Yah... Jangan sentuh makan saya! Pergi masak sendiri" Hyewon sedikit kecut memerhati pandangan membunuh wony.

"Wony-ah bukankah awak isteri saya sepatutnya awak masakkan untuk saya" Protes Hyewon.

"Ceh isteri konon... Taknak, masak sendiri!"

Bukannya mereka tiada maid untuk disuruh tapi menurut Hyewon dan Wony jika mereka tidak balik sehingga jam 7 malam tidak perlu memasak kerana biasanya mereka sudah makan diluar atau pun mereka tidak akan balik kerumah.

Hyewon buat muka kecewa bukannya dia tidak ingin memasak tetapi dia memang tidak tahu memasak sejak kecil dia sudah dimanjakan oleh ommanya dan dia tidak tahu melakukan kerja dapur apatah lagi memasak bahkan walaupun itu ramyeon. Hyewon meneguk air liur melihat ramyeon milik wony dia mengalihkan pandangan lalu bangkit dari tempat duduk beredar menuju tangga menuju kebiliknya.

Wony hanya mampu memerhati gerak-gerik Hyewon mendaki tangga sehingga hilang dari pandangan...

kejap kenapa dia rasa bersalah?

Hyewon berbaring lemas di katil dia mengusap lembut perutnya dia juga tidak tahu kenapa tabiat makannya tidak pernah berubah dia makan dalam kuantiti yang banyak dan dia juga mudah lapar mujurlah berat badannya tidak mudah naik.

Tok Tok!

Ceklek*

Senyuman Hyewon mengembang tatkala melihat Wony berdiri didepan pintu sambil memegang dulang berisi semangkuk Ramyeon dan susu, Hyewon meletak makanan itu diatas meja tanpa membuang masa dia mula melahap ramyeon yang dibuat oleh isterinya itu. Walaupun cuma semangkuk Ramyeon Hyewon sangat menikmati hidangan itu, biasanya dia cuma akan makan ramyeon apabila berkumpul bersama yujin dan yena sebab ommanya tidak membenarkan dia makan-makanan segera itu.

My Sweet Enemy | IZ*ONE [ H ]Where stories live. Discover now