MSE | 005

325 20 0
                                    

^^

48 High School,

Pagi isnin ialah pagi yang amat dibenci oleh semua pelajar, kerana hari isnin ialah hari yang mana semua pelajar akan memulakan hari mereka menempuh pembelajar di sekolah setelah bercuti di hujung minggu. Selain itu, hari isnin juga hari bagi setiap pelajar wajib mengikut perhimpunan pagi berasak-asak di dalam dewan dan mendengar Cikgu berleter panjang lebar. Pendek kata hari isnin ialah hari yang paling tidak digemari oleh setiap pelajar di 48 High School.

Namun, lain pula bagi seorang pelajar namja bernama Ahn Yujin dia kelihatan begitu teruja entah apa yang membuatkannya teruja yang pasti dia sangat fokus mendengar ucapan dari Cikgu Hongki.

"Cikgu pasti kamu semua sudah mengetahui bahawa minggu lalu sekolah kita telah mengikuti pertandingan basketball diantara sekolah-sekolah di Seoul, tahniah kepada pasukan basketball sekolah kita kerana memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu dan mengharumkan nama sekolah ini! Oleh itu, dijemput kapten pasukan basketball sekolah kita Ahn Yujin untuk mewakili semua pasukannya menerima medal dan sijil perhargaan. Semua pelajar berikan tepukan untuk kerja keras mereka semua!"

Begitulah panjang lebar ucapan Cikgu Hongki selaku jurulatih pasukan basketball sekolah itu, apabila namanya disebut dengan bangga Yujin bangun dari bangkunya menuju kedepan dewan... bila lagi dia nak bangga dirikan selalunya asyik nama dia sahaja dipanggil sebagai pelajar yang membuat masalah. Walaupun begitu bila berkaitan sukan dia tidak pernah mengecewakan, pasukannya sentiasa mendapat tempat teratas membawa trofi untuk sekolah.

Wink*

Sempat Yujin mengenyitkan mata khusus pada seorang pelajar yeoja yang sudah mencuri hatinya sejak sekian lama, jika itu yeoja lain pasti dia sudah menjerit suka dan pengsan ditempat kejadian namun bukan pada yeoja yang baru sahaja mendapat wink dari yujin itu. Yeoja itu melemparkan pandangan jijik yang amat pada yujin seumpama baharu sahaja mendapat wink daripada seekor beruk hutan.

Yujin hanya menunjukkan muka selambanya macam selalu, sudah beratus kali dia menerima penolakan dari yeoja itu sungguh cuma manusia bernama Ahn Yujin sahaja yang tak reti serik ditolak begitu mungkin rasa malu dalam dirinya sudah hilang ditelan bumi.

Setelah menerima penghargaan Yujin diberikan ruang untuk memberikan sedikit ucapan, sambil berjalan menuju kearah mikrofon yujin mengalihkan pandang kearah pelajar didalam dewan mencari kelibat seseorang yang asyik bersembunyi dari tadi.

"Yuri macam mana ni? asih! tolonglah jangan sampai... "kata Kim minju sambil menyembunyikan mukanya dibelakang kawan baiknya bernama Jo Yuri.

"Apalah nasib aku dapat kawan pelik macam kau ni minju, kan so sweet kalau dia buat macam tu" yuri.

Namun, semua perkara memalukan yang tidak ingini oleh minju itu akhirnya terjadi jua!

"Test! Test! Emm... satu je saya nak cakap hari ni saya happy sangat sebab menang tapi saya lebih happy sebab hari ni ialah hari yang istimewa buat Crush saya... HAPPY BIRTHDAY AHN MINJOO SARANGHAEYO...♡" Ucap Yujin sambil meletakan tangan di atas kepala membuat bentuk love, Semua pelajar mulai bersorak menimbulkan kekecohan didalam dewan juga beberapa orang guru hanya mampu mengeleng kepala melihat telatah nakal yujin.

"Kan Yul aku dah cakappppp..." Rengek Minju malu apatah lagi semua mata tertuju padanya.

"Yeorubon! Boleh tak kalau kita nyanyi lagu happy Birthday untuk minju?!"

"BOLEHHHH!" Sokong semua pelajar dalam dewan.

***

Kelas 13-1,

My Sweet Enemy | IZ*ONE [ H ]Where stories live. Discover now