SELAMAT MEMBACA
Suara yang pertama menyapa gegendang telingaku. Sudah tentu suara laungan Kim Seokjin dari arah dapur. Dia ni kalau dah menjerit cicak yang melekat dekat dinding pun boleh jatuh.
Selimut aku tolak tepi kemudian bingkas bangun dari pembaringan. Selipar super mario kepunyaan nya yang aku curi semalam disarungkan dikaki sebelum menapak menuju kedapur.
" Arghh! Kau siapa! macam mana kau boleh masuk rumah ni " Tanyanya dengan mata membesar sebaik aku berdiri dihadapan meja makan.
Kedengaran gelak halus dari seorang lagi abangku yang turut berada dimeja makan itu.
" Jin Hyung. Tu Haemin lah " Ujar Namjoon Oppa.
Mata Seokjin Hyung yang besar tadi perlahan lahan dikecilkan memandang aku.
" Sejak bila adik aku berubah jadi monyet kera ni? Rambut serabai dengan baju tidur besar. Woi ni baju aku kan?! " Soalnya dengan nada naik seoktaf. Tanpa mengendahkan pertanyaannya aku terus mengikat rambut pony tail dan labuhkan punggung dikerusi berhadapan mereka berdua.
" Haemin.. Basuh muka. Dan gosok gigi dulu sayang " Aku tolehkan kepala kebelakang saat mendengar satu suara.
Lelaki tinggi lampai itu sedang berjalan ke arah kami sambil membutang lengan kemeja putih nya.
" Segak kau hari ni. Nak pergi mana? " Soal Seokjin Oppa kepada Taehyung Oppa yang baru sahaja melabuhkan duduk disebelah aku.
" Aik Hyung dah lupa ke? Tae kan kena pergi outstation dekat jepun. " Ujarnya. Roti yang baru sahaja disapukan jem oleh Seokjin Oppa disua kedalam mulutnya.
Senyuman nipis ditayangkan buat aku sebelum mengelus pipi aku yang gebu ini.
" Tak dengar apa Oppa cakap tadi " Soalnya dengan suara lembut.
" Dengar. Jap Haemin pergi dulu " aku hanya akur.
Entah kenapa antara abang aku bertiga hanya arahan Taehyung Oppa yang aku selalu turuti. Mungkin sebab dia sahaja yang suka berlembut dengan aku berbanding kedua abang aku yang perangai macam hmm entahlah susah nak cakap.
Usai membasuh muka dan gosok gigi aku mengelap muka aku dengan tuala.
Langkah aku atur semula menuju ke arah meja makan. Namun kelibat mereka bertiga sudah tiada disitu, baru berapa minit aku tinggal semua dah pakat lari.
Tanpa menunggu lama aku duduk dan hirup susu dan makan nasi goreng kimchi buatan Jin Oppa. Bunyi derapan tapak kaki membuatkan aku menoleh ke arah pintu dapur.
Ketiga tiga mereka sudah berdiri disitu siap berpakaian pejabat.
" Haemin, Oppa dengan Jin Hyung dah kena pergi ni, ada urgent meeting so terpaksa gerak awal sorry tau. " Ujar Namjoon Oppa lalu mencium dahi aku sekilas begitu juga dengan Seokjin Oppa.
" Jangan lupa basuh pinggan tau. " Sempat Seokjin Oppa berpesan. Hanya anggukan dan senyuman manis yang aku berikan kepada mereka.
" Oppa outstation dekat jepun maybe seminggu kut, anything problem just tell to them okay? Jangan berahsia apa apa. Kalau nak apa apa bagi tahu diorang " Ujar Taehyung oppa.
Okay. Ni aku sedih. Tak pernah pernah dia tinggalkan aku selama seminggu. Habis tu lepas ni aku nak bermanja dengan siapa kalau bukan dia? Cuma dia yang aku rasa selesa bila aku minta sesuatu. Dengan dua orang tu serius aku rasa kekok.
Sebab sebelum ni Taehyung Oppa je yang selalu penuhi permintaan aku. Baik dengan aku. Sebab itu aku rasa sangat selesa dengan dia. Bukan aku nak cakap yang dua orang abang aku tu jahat. Tapi diorang ada je alasan bagi kat aku bila aku minta sesuatu.
" Baik Oppa " Senyum ditayangkan untuk menyedapkan hati dia. Entahlah dia perasan ke tidak muka aku masam mencuka tadi
" Jaga diri jangan nakal nakal. Tak nak tengok Oppa marah kan? Jadi.. patuh dengan arahan Oppa tau " Macam tahu tahu aje dia ni aku nak keluar kejap lagi. Siap bagi warning awal awal
" Ya Oppa. Haemin janji takkan nakal " Sekali lagi senyuman aku ukir. Tapi senyuman palsu.
" Goodgirl! dah Oppa pergi dulu. Kunci pintu jangan benarkan orang yang tak dikenali masuk. Faham " Aku hanya mampu pekakkan telinga dengar dia bercakap.
Sebenarnya aku gembira. Memandangkan mereka bertiga dah sibuk dengan kerja masing masing baik aku curi curi keluar. Ya! Aku tahu mereka bertiga akan marah. Tapi Haemin tak pernah kisah.
Lagipun bukan mereka bertiga tahu yang aku akan keluar nanti. Taehyung Oppa Outstation. Seokjin Oppa dan Namjoon Oppa rasanya busy sangat hari ni. Paling tidak balik pun pukul 10 malam.
Hilang sahaja kelibat Taehyung Oppa dari pandangan dengan perasan gembira aku meloncat dan berlari masuk ke bilik.
A/N: Sila nyatakan komen anda. Jika ramai yang bersetuju saya akan update setiap hari. 🙌

ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Accident | Jungkook
FanfictionStatus : [OnGoing] " Dah blah sekarang. Aku kira sampai tiga kalau kau masih ada disini sampai kiraan ketiga aku tarik balik semua perjanjian kita tadi " Ujar Jungkook. Tangannya diangkat keudara. " Satu " Haemin membungkukkan badan dan mengucapkan...