Sugathemostcute 2019
Mempersembahkan
" Accident "
Idea asal dan jalan cerita
Idea ni muncul selepas saya dengar dan hayati lagu We Don't talk anymore cover Jungkook ft Jimin.Susunan ayat dan segala jalan cerita dihasil dari otak saya sendiri.
🌟🌟🌟
Nota
Cerita ini hanyalah rekaan semata mata. Tiada langsung kaitan dengan yang masih hidup dan yang sudah pun meninggal dunia. Harap maklum.
Di anggarkan 15 Bab mengandungi 600 lebih patah perkataan dalam setiap bab.
🌟🌟🌟
Prolog
" Kau tengok apa kau dah buat dengan kereta aku " Ujarnya dengan suara menahan marah. Haemin sengih dan menggaru kepala yang tidak rasa gatal
" Maafkan saya encik saya tak sengaja " Kata Haemin seraya keluar dari kereta. Dengan langkah yang perlahan dia atur ke bonet kereta lelaki itu. Matanya membulat tatkala melihat bumper kereta lelaki itu hancur berkecai
" Ikut aku ke bengkel. Awas kalau kau cuba lari. aku dah catat nombor flat kereta kau " Lelaki itu masuk kedalam keretanya.
Haemin bagaikan kaku ditempat berdiri. Sedar akan Haemin yang masih membatu lelaki tersebut menekan hon dengan kuat. Kalut haemin masuk kedalam kereta.
" Tapi saya tak ada duit " Haemin tundukkan kepala. Malu. Jungkook berdekah menambahkan lagi perasaan geram Haemin padanya
" Dah agak. Kau sebenarnya miskin dan tak mampu pun nak bayar kos ganti rugi atas kereta aku " Jungkook senyum. Sinis. Haemin tahan air mata yang mula membandel dikelopak mata
" Aku tak kisah! Aku nak kau bayar sekarang jugak! Kalau kau tak mampu bayar. Kau balik jalan kaki. Kereta tu kau serahkan pada aku, biar aku jual untuk baiki kereta aku ni. halah kereta mercedes apa lah sangat. Murah! " Laju sahaja air mata Haemin merembes keluar. Jimin yang daritadi hanya menjadi pemerhati berasa kasihan.
" Kim Haemin? " Soal suara ditalian. Haemin merasa pelik. Macam mana si pemanggil tahu nama dia. Dan macam mana pulak boleh ada nama Jk dikenalan telefonnya
" Ya saya. Awak siapa macam mana boleh--" Ayat Haemin dipotong.
" Dapat nombor telefon saya dan tahu nama saya. Bukan begitu? " Ujar Lelaki itu seakan akan tahu apa yang ingin ditanyakan Haemin
" Haah "
" Aku Jungkook lelaki yang kau dah hancurkan kereta export nya tadi petang " Haemin mengkancing gigi. Dia lupa yang Jungkook pernah ambil telefon dia sewaktu mereka berada di bengkel tadi. Sedar akan Haemin yang sudah membisu Jungkook teruskan sahaja percakapannya
" Esok aku jemput kau pukul sepuluh pagi. Ada hal penting aku nak bincang dengan kau. Ni soal kos kereta aku. Jimin dah naikkan harganya "
" Apa!?" Membuntang mata Haemin.
YOU ARE READING
[OG] Accident | Jungkook
أدب الهواةStatus : [OnGoing] " Dah blah sekarang. Aku kira sampai tiga kalau kau masih ada disini sampai kiraan ketiga aku tarik balik semua perjanjian kita tadi " Ujar Jungkook. Tangannya diangkat keudara. " Satu " Haemin membungkukkan badan dan mengucapkan...