SELAMAT MEMBACA
Jungkook memandang kaku manusia yang sedang mengacukan pistol ke arahnya.
" Lepaskan dia " arah Taehyung mendatar.
" Kalau aku tak nak " sengih Jungkook. Sinis.
Taehyung lantas menarik picu pistolnya, Haemin sudah menggelengkan kepala kepada abangnya. Agar tidak meneruskan niatnya. Jeritan manusia yang berada didalam cafe itu mula kedengaran.
" Lepaskan lah Encik. Encik tak takut ke kalau dia bunuh encik? " Rayu Haemin. Air matanya sudah berkaca. Jungkook terpaku seketika sebelum lengan Haemin dilepaskan.
Dia juga tahu yang Haemin tengah menahan sakit daritadi akibat genggaman nya yang begitu kuat.
Haemin lantas berlari dan menyembunyikan diri dibelakang Taehyung. Jungkook hanya memandang dingin Taehyung dengan Haemin. Kedua tangannya dimasukkan kedalam kocek seluar.
Taehyung lantas ambil kad yang berada ditangan adiknya. Dan dicampak ke dada Jungkook. Kad itu jatuh betul betul dihadapan kaki Jungkook.
" Urusan kau dengan dia dah selesai. Ambil kad tu. Jangan kacau dia lagi kalau kau tak nak peluru ni tembus kat badan kau. Jangan main main dengan aku Jungkook " ujar Taehyung berbaur ugutan
Haemin membulatkan matanya, terkejut. Abangnya baru sahaja menyebut nama Jungkook? bermakna Taehyung memang mengenali Jungkook??
" Kecil betul dunia ni kan? Tak sangka aku jumpa kau lagi " Kata Jungkook dan tergelak mengejek.
Kad hitam milik Taehyung itu dikutip. Dia membelek kad itu berulang kali sebelum kad itu...
Dipatahkan oleh Jungkook
" Kau buat apa ni setan! " jerit Taehyung. Pistol masih di acukan pada Jungkook
" Buta ke? Tak nampak aku buat apa tadi? " Jungkook mengangkat kedua keningnya sambil tersenyum sinis
" Pergi masuk kereta. Sekarang " arah Taehyung pada Haemin. Rahangnya kelihatan bergetar.
Haemin menggeleng
" Jom balik. Haemin tak nak Oppa gaduh dengan Monster tu " Kata Haemin. Lengan Taehyung dipaut erat.
" Memandangkan kau dah patahkan kad tu. Urusan kita selesai. Cau " Taehyung berkata sebelum pistol disisip dibelakang seluarnya.
Jungkook hanya diam, matanya menghantar pemergian Taehyung dan Haemin. Setelah kelibat kedua manusia itu hilang dari pandangan matanya. Dia mengeluh lemah.
Raut wajahnya yang dingin tadi sudah berubah mendung.
Bahunya tiba tiba ditepuk oleh seseorang. Jungkook menoleh ke sisi. Suga menghadiahkan dia senyuman yang paling manis didunia.
" Nanti aku tolong kau untuk dapatkan dia. Jangan risau, jangan sedih. Kau tau kan aku tak suka kau lemah macam ni " Ujar Suga sambil menepuk Jungkook berkali kali
" Hyung janji? " Suga mengangguk. Jungkook sudah tersenyum.
____
Enjin kereta dimatikan sebelum aku keluar dari perut kereta . Dahi aku berkerut memandang kereta yang berada digaraj rumah itu.
Kereta siapa ni? Takkan Jin Oppa beli kereta baru? Tapi aku macam kenal aje kereta ni. Macam pernah nampak. Tapi kat mana eh?
" Oppa. Tu kereta siapa? " Tanyaku kepada Taehyung Oppa yang baru sahaja keluar dari kereta. Taehyung Oppa hanya mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.
Tanpa buang masa aku melangkah ke pintu rumah. Dan yaa aku pelik. Pintu rumah aku tidak berkunci.
" Janganlah buat muka terkejut sangat. Seokjin Hyung dengan Namjoon Hyung dah balik. Sebab tu pintu tu tak berkunci " suara Taehyung Oppa menyapa gegendang telinga aku.
Dia berdiri tepat dibelakang aku. Tanpa menunggu lama aku menolak daun pintu. Alangkah terkejutnya aku. Melihat seorang manusia yang sangat aku kenali sedang berdiri dihadapan aku.
Beg sekolah aku jatuh melurut ke lantai. Aku menggosok kedua mata aku bagaikan tidak percaya.
Aku tak salah nampak kan?
Aku tak mimpi kan?!
Manis sahaja senyuman dibibirnya
" Hoseok Oppa!! " jeritku lantang.
Tubuhnya lantas aku peluk. Hoseok Oppa Juga turut membalas pelukanku.
" Bila Oppa balik? Oppa masih kenal Haemin kan? Eeee Oppa tahu tak Haemin peminat Oppa nombor satu tau. Haemin selalu ajak Taehyung Oppa pergi tengok...."
Belum sempat aku menghabiskan ayatku. Hoseok Oppa menekapkan jarinya ke bibir ku. Spontan aku terdiam.
" Shhh. Yaa Oppa tau semua tu. Haemin tak perlu terangkan. Apa yang Oppa tau sekarang Oppa rindukan Haemin sangat sangat " Tubuhku ditarik kedalam dakapannya. Aku hanya tersenyum saat Hoseok Oppa mengelus rambut aku perlahan
____
Taehyung hanya tersenyum nipis melihat aksi romantik yang berada dihadapan matanya. Sudah lama dia berniat ingin menyatukan Haemin dengan J-Hope. Seja dibangku sekolah lagi niatnya itu disimpan didalam hati. Dia yakin J-Hope mampu menjaga dan mendidik adik bongsunya yang liar itu.
" Uhuk uhuk uhuk " Taehyung lantas memandang ke arah Tangga. Seokjin yang baru melangkah turun sambil membuat batuk palsu itu dipandang sepi.
" Taehyung ada ubat batuk tak? Tekak aku tiba tiba sakit lah tengok dua reptilia ni bermesraan " Soal Seokjin sambil melirik ke arah Haemin dan J-Hope yang sudah memandangnya tajam
" Ada kat dapur tu tapi dah expired kot, Takpe Hyung minum je. Kalau jadi apa apa nanti dua orang ni akan bawak Hyung ke hospital " selamba Taehyung bercakap.
" Ohh kau nak bunuh aku lah ni? Woi kau ingat kalau aku mati kau takkan nangis ke? Eish macam aku tak tahu yang hari itu aku pengsan kat office kau bukan main menangis sampai banjir bilik office aku "
" Blah blah blah " Kata Taehyung sebelum menaiki anak tangga sempat dia menguling biji mata ke atas.
J-Hope dan Haemin hanya mampu mengekek ketawa melihat muka Seokjin yang sudah memerah. Sesekali wajah lelaki itu membuat mimik muka ingin menangis.
TO BE CONTINUE
A/N: mana pilihan korang?
JHope x Haemin
Or
Jungkook x Haemin
ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Accident | Jungkook
Hayran KurguStatus : [OnGoing] " Dah blah sekarang. Aku kira sampai tiga kalau kau masih ada disini sampai kiraan ketiga aku tarik balik semua perjanjian kita tadi " Ujar Jungkook. Tangannya diangkat keudara. " Satu " Haemin membungkukkan badan dan mengucapkan...
![[OG] Accident | Jungkook](https://img.wattpad.com/cover/192723975-64-k400811.jpg)