SELAMAT MEMBACA
Jung Hoseok atau dikenali sebagai J-Hope memarkirkan kereta ferrari nya betul betul dihadapan bangunan Kim Holding.
Beberapa pasang mata mula memandang jejaka itu. J-Hope melontarkan pandangan kehadapan. Cermin mata Hitamnya dipakai. Jaket kulit berwarna merah dibetulkan sebelum kakinya melangkah masuk ke lobi.
Kim Seokjin yang tengah berdiri ditengah tengah lobi itu bersama beberapa orang lelaki terus menoleh ke arahnya.
J-Hope berdiri sambil tersenyum senget memandang Seokjin. Kaki kanan mengetuk lantai dengan perlahan. Tangannya disilang kedada.
" Korang gerak dulu ke tapak pembinaan tu nanti aku menyusul " Ujar Seokjin kepada rakan rakan nya.
" Baik bos "
" Yes? Can i help you " Soal Seokjin yang sudah berdiri dihadapan J-Hope. Kedua tangan dimasukkan dalam kocek seluar. Sudah menjadi habit seorang lelaki.
" Encik Pink ada? " soal J-Hope bergurau. Seokjin terus meluku kepala J-Hope dengan kuat. Mengadu kesakitan lelaki itu
" Hyung! " Seokjin dan J-Hope terus menoleh ke kanan.
" Taehyung! " Jerit J-Hope seraya berjalan meluru ke arah Taehyung, kedua dua mereka berlaga bahu sebelum berpelukan.
Seokjin menguyukan mata, menyampah!
" Bila hyung sampai! Kenapa tak bagi tahu nak balik korea. Kan boleh Tae ambil pergi airport " kata Taehyung tersenyum manis.
Gembira melihat sahabatnya yang sudah hampir 5 tahun tidak bersua muka.
" Baru je sampai. Aku saja tak bagi tahu. Konon nya nak surprise buat korang " jawab J-Hope. Taehyung mengangguk faham
" Dah waktu lunch ni, jom keluar. " Taehyung menilik jam ditangan. J-Hope hanya menganggukkan kepala. Setuju.
" Hyung, jom? " Ajak Taehyung kepada Seokjin yang dari tadi hanya memerhati.
___" Haemin sihat? Dah lama aku tak jumpa dia. Last jumpa dia pun masa dia masih berumur 12 tahun " soal J-Hope sambil memandang tiga kim itu silih ganti.
" Sihat je. Dah besar panjang budak tu. Makin nakal " kata seokjin sebelum menyuapkan makanan kedalam mulut.
" Dia kat mana? " soal J-Hope lagi. Air ais americano dihirup guna straw
" Sekolah lah. Aku yakin bila dia nampak kau memang menjerit kerasukan lah budak tu nanti " Sampuk Namjoon pulak
" Kenapa pulak? " Soal J-Hope keliru.
" Yelah, dia minat gila dekat kau. Setiap kali movie kau keluar, dia mesti ajak aku pergi cinema tengok movie tu " terang Taehyung sambil tergelak. Mengingati dirinya diheret ke panggung wayang semata mata nak tonton movie terbaru J-Hope.
J-Hope sudah menjadi pelakon aksi terkenal di amerika syarikat. Semenjak menerima tawaran berlakon dia terus berpindah ke sana. Dan langsung tidak pulang ke tanah air.
" Hahaha aku tak sabar nak beri kejutan dekat dia. Weh aku tumpang rumah korang eh. Aku malas nak tidur hotel " Kata J-Hope seraya menjungkit kedua keningnya berkali kali
" No hal bro. Rumah kami rumah kau juga " Taehyung menepuk bahu J-Hope. Jam ditangan dikerling sekilas
" Got to go. Aku kena ambil Haemin dekat sekolah. " Ujar Taehyung kemudian berdiri. Baru sahaja dia ingin melangkah suara J-Hope sudah kedengaran
" Woi Taehyung. Aku nak ikut " Kata J-Hope
" Sorry bro. Jumpa kat rumah. Aku ada hal lagi lepas ambil Haemin " Terang lelaki itu berserta senyuman dibibir
" Oh tak apa lah " J-Hope angguk dan turut membalas senyuman sahabatnya itu.
___
Jungkook mundar mandir dibilik pejabatnya. Satu kerja pun belum disiapkan. Fikirannya terus menerus melayang kepada Haemin.
Saat terbayang wajah Haemin Jungkook mula menguntum senyum. Dia sedar. Dia sudah jatuh cinta pada Haemin. Sejak hari pertama lagi dia bersua muka dengan gadis itu.
Dalam masa yang sama Jungkook takut. Ya takut jika dia tidak dapat bertemu lagi dengan Haemin. Gadis yang sudah berjaya membuatkan dia kalah dengan sifat ego nya.
Tok Tok Tok
Jungkook menoleh ke arah pintu yang baru sahaja dikuak dari luar. Jungkook menghela nafas berat. Punggung dilabuhkan kembali ke kerusi kerja nya.
" Eo? Suga Hyung? ada apa? " Soal Jungkook pada Suga yang sudah melabuhkan duduk di atas sofanya.
" Aku saja singgah sini, nak tengok kau hidup lagi ke tak " Balas lelaki itu sambil berpeluk tubuh. Kakinya di angkat dan diletak diatas meja kopi.
Jungkook hanya mampus menjulingkan mata ke atas. Meluat dengan sikap sahabatnya yang satu itu, terlampau savage!
" Fon kau kat mana? " Soal Suga lagi.
" Kat dalam laci ni ha " balas Jungkook lemah.
" Aku call banyak kali tak dapat dapat. Asal? Phone kau habis batteri? " Suga mula menduga. Jungkook menggeleng
" Aku saja matikan phone aku sebab aku tak nak Haemin call. Hyung nak tahu tak? Dia dah ada duit untuk bayar semua hutang tu. " Suga mengangguk kepala berserta mulut yang sudah muncung kedepan.
Jungkook sudah pun menceritakan kesemuanya pada Suga. Bermula dari perlanggaran kereta sehingga dia membawa Haemin kerumah untuk memasakkan dia makanan. Dan mengaku Haemin itu Girlfriend to be nya
" Jadi apa kaitan? " Dahi Suga mula berkerut. Pelik dengan sikap Jungkook. Sepatutnya Jungkook gembira kerana Haemin akan membayar semua hutang hutang itu.
" Hyung tahu kan? Aku cintakan dia. Macam mana kalau dia dah bayar semua hutang tu dan aku dah tak ada peluang nak jumpa dia "
" Nanti aku rindu.. " Ujarnya lagi dengan nada perlahan. Jungkook tertunduk
" Hyung pun tahu kan yang aku suruh dia bayar hutang ni semua bersebab " Kepalanya di angkat semula memandang Suga.
" Ya Jungkook aku tau, kau dah cerita semuanya. Macam ni je lah. Apa kata kau pergi jumpa dia. Dan kau luah semua perasaan kau kat dia sebelum dia nak bayar hutang tu. Sebab kalau kau biar dia bayar hutang tu dulu and then baru kau luah perasaan kau, dia akan makin benci kat kau tau " monolog Suga dengan panjangnya.
" Hyung dengan sifat cerdik berpisah tiada hahaha thanks for the good idea Hyung, kookie pergi dulu " Kata Jungkook. Suga mengangguk dengan Senyuman gummy nya.
TO BE CONTINUE

ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Accident | Jungkook
FanfictionStatus : [OnGoing] " Dah blah sekarang. Aku kira sampai tiga kalau kau masih ada disini sampai kiraan ketiga aku tarik balik semua perjanjian kita tadi " Ujar Jungkook. Tangannya diangkat keudara. " Satu " Haemin membungkukkan badan dan mengucapkan...