Bab Enam

209 28 3
                                        

SELAMAT MEMBACA

Takut? Ya itu yang Haemin rasakan ketika berhadapan dengan Seokjin dan Namjoon yang berdiri di pintu rumah sambil memeluk tubuh masing masing

" Dari mana? " Suara Seokjin dingin sahaja bertanya

" Sekolah " Entah kenapa ayat itu yang terkeluar dari mulutnya. Memang tidak logik dan sukar dihadam oleh dua abangnya mendengar jawabannya tadi

" Siapa yang hantar tadi? " Haemin memandang semula ke pintu pagar. Kereta yang menghantarnya tadi sudah hilang.

" Erm kawan "

" Sejak bila Haemin suka berkawan! Setahu Oppa Haemin jenis tak suka bergaul! " Haemin terkejut dengan Suara jerkahan Namjoon. Kepala ditundukkan.

" Kereta Oppa tu siapa yang rosakkan? " Haemin diam. Dia tahu hendak memberikan jawaban apa kepada Seokjin

" Haemin yang bawa kereta Oppa keluar kan?! " Suara Seokjin mula naik tiga oktaf.

Sebentar tadi mereka pulang kerumah pukul lapan. Kerja pun sudah lama siap. jadi mereka sengaja pulang awal. Dengan niat ingin membawa Haemin keluar bersiar siar atas permintaan Taehyung. Kesian katanya Haemin selalu terkurung didalam rumah sahaja.

Saat sampai kerumah mereka merasa pelik kerana rumah kosong tanpa Haemin. Jadi Seokjin dan Namjoon ingin keluar mencari Haemin, namun rahsia memang tidak boleh disimpan lama lama. Seokjin terlihat bonet keretanya remuk dan hancur calar sana sini.

" Ya. Haemin minta maaf. Haemin bukannya sengaja rosakkan kereta Oppa. Haemin tak sengaja. Sungguh. Percaya lah cakap Haemin kali ini "

" Kereta tu langgar dengan apa? "

" Kereta Orang "

" Jadi macam mana dengan kereta orang yang kau langgar tu? "

" Lebih teruk dari kereta Oppa. Hancur. Dia minta Haemin bayar ganti rugi, Haemin cakap bagi Haemin masa sampai Taehyung Oppa balik " Jelasnya. Seokjin terkedu.

Haemin mengambil keputusan dengan berterus terang, semakin dia sembunyikan semakin besar masalah nanti.

" Aku taknak masuk campur, korang selesaikan lah sendiri. Ni kalau Taehyung tahu apa jadi entahlah apa akan jadi kat kau nanti Haemin " Namjoon berlalu pergi. Haemin mengetap bibir menahan esakan dari terkeluar.

" Oppa tak sangka yang Haemin sanggup tipu kami. Tak ingat apa yang Taehyung selalu pesan " Soal Seokjin.

" Jangan berahsia! Jangan nakal! Jangan buat hal. Haemin tahu oppa. Haemin dah kecewakan oppa semua, maafkan Haemin " Haemin menyambung kata kata Seokjin.

Seokjin tersenyum sinis dan menepis tangan haemin yang berpaut di lengannya.

Menyesal! Memang itu perkataan yang tepat dengan keputusan yang dia telah buat, kenapa mudah sangat dia bersetuju dengan suruhan Jungkook? Kalau dia tahu beginilah penyudahnya. Dia sanggup habiskan harta keluarganya untuk membayar ganti rugi kereta Jungkook.

Kalau bukan sebab dia bersetuju dengan Jungkook tadi. Mesti sudah lama dia berada dirumah dan Seokjin tidak akan tahu mengenai keretanya.

Tapi setelah difikir fikirkan memang salah dia juga sebab sudah melanggar peraturan yang diberikan padanya oleh ketiga abangnya itu. Lagi bagus juga kalau Seokjin sudah mengetahui hal sebenar, tidak ada lagi yang perlu dirisaukan.

Taehyung! Ah sudah pasti lelaki itu akan mengamuk bila balik seoul nanti. Dan haemin kena hadapinya dengan hati terbuka. Dia pun sudah bersedia untuk dimarahi oleh Taehyung.

" Kau dah kenapa tersengih sengih kook? " Ayat itu yang ditanyakan Suga ketika Jungkook masuk kedalam rumah. Senyuman Jungkook kendur.

" Makanan atas meja tu siapa masak. kau ? " Jungkook geleng

" Someone special yang masak untuk kook. " Senyuman mula terukir dibibir. Suga mula keliru. Menggaru kepala yang tidak gatal

" Teman wanita kau? " Sekali lagi Jungkook geleng. Dahi Suga sambungkan kening.

" Bakal teman wanita Jungkook " Jungkook tersenyum penuh makna.

Suga merasa pelik. Sudah hampir tujuh tahun dia tinggal serumah dengan Jungkook. Dan ini kali pertama Jungkook bercakap mengenai teman wanita.

Tanpa menunggu lama Suga mula menjamah makanan tanpa mengajak Jungkook, malas sebenarnya. Jungkook sibuk berangan. Mendongak memandang siling sambil tersengih sengih.

Entah apa yang dibayangkan oleh sahabatnya tika itu. Biarlah dia dengan dunia dia sendiri, bak kata Suga utamakan dulu perut yang sudah berkeroncong.

" Hyung? Macam mana nak melamar perempuan supaya dia terima kita jadi teman lelaki dia? " Soal Jungkook. Punggung dilabuhkan berhadapan Suga. Siku letak atas meja dan dia menopang dagu sambil senyum pandang Suga.

Suga masih dengan sikapnya yang langsung tidak ambil peduli dengan perbuatan comel Jungkook. Sudah berkali kali sebenarnya Jungkook melakukan benda sebegitu didepannya. Dan dia salah seorang lelaki yang beruntung sebab boleh tonton benda comel itu.

Jungkook mewarisi sifat Suga. Bila dengan orang yang dia paling rapat sahaja sikap manja dan rengekan itu dikeluarkan. Namun bila diluar Jungkook dikenali sebagai lelaki dingin yang tiada perasaan.

" Kau lamar dia dengan cara kau nyanyi rap. Nyanyi lagu AgustD " Rahang Jungkook tiba tiba jatuh. Suga sudah tersenyum sinis.

TO BE CONTINUE

A/N: Terima kasih kepada yang menyokong cerita ini. Saya hargai sangat sangat. Ada masa lapang saya akan balas komen korang nanti ye ❤

[OG] Accident | JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang