SELAMAT MEMBACA
Kehadirannya dihadapan Sunghanjung Highschool menjadi topik perbualan hangat disekolah itu. Bukan hanya para pelajar perempuan. Pelajar lelaki guru guru dan makcik cleaner dan tukang kebun juga heboh membicarakan tentang dirinya.
Manakan tidak. Dia lelaki pertama yang paling kacak pernah singgah di sekolah tersebut.
Tangan Haemin menggengam tali beg sekolahnya. Langkah disusun menuju ke pagar sekolah. Awal awal lagi dia sudah mendapat panggilan dari lelaki itu dan menyuruhnya keluar dengan cepat.
Dari jauh Haemin terlihat sekumpulan pelajar yang berkerumun dihadapan pagar. Dengan lemah longlai dia teruskan juga kaki melangkah.
Jungkook perasan akan Haemin yang sedang menghampirinya lantas senyuman manis diberikan. Dia menepis tubuh seseorang yang dari tadi menggatal dengan dirinya.
" Sayang! Lambatnya " Jungkook terus melingkarkan tangan dipinggang kecil Haemin dan menarik Haemin untuk masuk kedalam kereta
Dia sangat terkejut dengan tindakan spontan Jungkook. Adakah dia salah orang? Ada kah ini lelaki yang dia kenal semalam, fikirannya serabut. Secepat ini Jungkook berubah dan melayannya dengan baik?
" Kau jangan nak perasan okay, aku buat macam tu sebab aku menyampah dengan perempuan murah yang duk kacau aku tadi " Jungkook bersuara saat kereta berjaya meluncur laju meninggalkan sekolah
Haemin mencebik geram. Ingatkan Jungkook dah berubah betul-betul rupanya hanya lakonan semata mata.
" Kita nak kemana ni? " Soal Haemin saat sedar yang mereka bukan menuju ke arah bengkel
" Siapa kata kita nak ke bengkel? " Jungkook sudah tersenyum nakal.
" Habis tu nak kemana? " Soalan yang meniti dibibir Haemin mengundang gelak tawa yang besar dari Jungkook
" Rumah aku " Jungkook kenyit mata sebelah.
Jantung Haemin mula menjalankan tugas mengepam darah dalam kelajuan yang luar biasa. Haemin raup wajahnya. Keluhan berat dilepaskan. Kepala semakin sarat memikirkan apa sahaja yang bakal terjadi nanti.
Akhirnya dia tertunduk dengan kedua dua belah tangannya menutup wajah.
" Kau tahu apa sebab aku nak bawa kau kerumah aku ? " Soal Jungkook tiba tiba
" Tak. Kenapa ya? " debaran didada semakin memuncak
" Sebab.... "
" Jimin ada kat rumah aku, tengah baiki kereta aku. Aku taknak sebenarnya dia buat dekat bengkel. Baik buat kat rumah aku aje " Tenang dan cukup bersahaja Jungkook menerangkan. Haemin menghembus nafas lega.
" Dah sampai. Jom " Jungkook menanggalkan seatbelt nya dan menapak keluar. Begitu juga dengan Haemin. Dia mengekori langkah Jungkook kesebuah garaj yang terdapat diluar rumah itu.
" Rumah aku lagi besar dari rumah dia, berlagak nak mampus. Kalau kau tahu siapa aku sebenarnya kau akan terkejut Jungkook " Gumam Haemin dalam hati bersama cebikan dibibir.
" Yow Jungkook, eo? Haemin ? " Jimin terkejut melihat Haemin berdiri dibelakang Jungkook
" Aku yang ajak dia kesini. Nak jelaskan kos yang sebenar untuk baik pulih kereta aku " Jimin angguk walaupun sebenarnya tidak faham dengan penerangan Jungkook
" Kos sebenar apa ? " Jimin berbisik ditelinga Jungkook. Jungkook hanya memberikan signal menggunakan mata agar Jimin diam.
" Ikut aku " Ujar Jungkook senada. Haemin pandang Jimin sekilas. Jimin mengangguk dengan senyuman
Walaupun dilanda perasaan takut Haemin masih jugak akur dengan arahan Jungkook. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia harus tunduk dan turuti semua permintaan Jungkook.
Lagi pelik bila dia ikut masuk kedalam rumah Jungkook. Dia bukannya kenal Jungkook sangat, mana tahu Jungkook punya niat jahat ke atas dirinya, mana tahu lelaki itu menyimpan dendam kerana sudah merosakkan kereta kesayangan Jungkook.
" Jumlah yang kau harus bayar dua ratus juta won " Haemin ternganga
" Tapi encik saya manaada duit sebanyak tu "
" Kau ingat aku kisah? Cari lah sampai dapat " Jungkook raih kening
" Semalam encik cakap kalau saya jumpa encik hari ni encik akan kurangkan sedikit kos nya kan " Haemin sudah tersenyum mengejek. Nasib baik dia ingat apa yang dikatakan Jungkook semalam. Tidak semena mena ayatnya tadi mendiamkan Jungkook.
" Baiklah. Aku potong satu ratus juta won jadi jumlah yang kau perlu bayar tinggal seratus juta " Haemin mengangguk. Senyuman makin melebar. Syukur kerana Jungkook masih berpegang pada janjinya semalam
" Tapi dengan satu syarat " Senyuman Haemin mula kendur. Manakala Jungkook sudah tersenyum sinis.
" Apa dia ? "
" Masakkan aku makanan untuk malam ni sahaja dan bersihkan rumah aku. Tingkat atas kau jangan kacau. Kemas area ni sahaja. Lepas kerja kau siap aku hantar kau balik. Dah! Pergi buat kerja. kau ada masa lima jam dari sekarang " Ujar Jungkook
Mahu atau tidak Haemin kena ikut. Jikalau dia menolak sudah semestinya Jungkook akan tarik balik penawaran mereka sebentar tadi. Jam dikerling Sudah pun pukul tiga petang. Kaki mula melangkah kedapur. Jungkook pula sudah menghilangkan diri ke garaj.
Buat pertama kali anak bongsu usahawan terkemuka didunia jadi pembantu rumah buat lelaki bernama Jeon Jungkook.
TO BE CONTINUE

ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Accident | Jungkook
FanfictionStatus : [OnGoing] " Dah blah sekarang. Aku kira sampai tiga kalau kau masih ada disini sampai kiraan ketiga aku tarik balik semua perjanjian kita tadi " Ujar Jungkook. Tangannya diangkat keudara. " Satu " Haemin membungkukkan badan dan mengucapkan...