Bab Empat

205 25 0
                                    

SELAMAT MEMBACA


Haemin tersenyum kelat melihat kereta abangnya memasuki perkarangan rumah. jam ditilik sebentar. Tepat pukul 10 malam. Dah agak mereka berdua akan balik pada waktu sebegini. Mereka cukup sibuk menguruskan hal syarikat.

Haemin hembus nafas gemuruh. Takut sebenarnya. Janganlah Seokjin tilik seluruh keretanya nanti. Dia belum bersedia mendengar leteran lelaki itu. Bukan dia tak tahu, setiap malam Seokjin akan memeriksa seluruh keretanya. Takut takut kalau tercalar ke apa.

Hembusan nafas lega terkeluar saat Seokjin jalan melintasi Haemin yang ada dipintu. Tubuhnya direbahkan atas sofa. Tali leher dilonggarkan. Haemin mengikuti langkah Namjoon masuk kedalam rumah.

Namjoon juga turut melabuhkan duduk disebelah Seokjin.  Kedua dua nya pelik melihat Haemin yang masih tercegat dihadapan mereka.

" Kau dah kenapa pandang kitaorang macam tu? Ada apa apa ke kat muka kitaorang ni? "Soal Seokjin sambil meraba raba seluruh muka.

" Tak ada apa. Haemin naik dulu, tadi cuma nak pastikan Oppa berdua dah balik ke belum " Haemin tersenyum hambar dan menuju ke tingkat atas.

Pintu bilik ditolak dan pertama sekali bunyi yang Haemin dengar adalah bunyi deringan telefon pintarnya. Segera kaki diatur menapak ke meja lampu.

Telefon pintar dicapai. Tertera nama Jk di kaca telefon. Dahi berkerut melihat nama si pemanggil. Tanpa menunggu lama dia menjawab panggilan itu.

" Kim Haemin? " Soal suara ditalian. Haemin merasa pelik. Macam mana si pemanggil tahu nama dia. Dan macam mana pulak boleh ada nama Jk dikenalan telefonnya

" Ya saya. Awak siapa macam mana boleh--" Ayat Haemin dipotong.

" Dapat nombor telefon saya dan tahu nama saya. Bukan begitu? " Ujar Lelaki itu seakan akan tahu apa yang ingin ditanyakan Haemin

" Haah "

" Aku Jungkook lelaki yang kau dah hancurkan kereta export nya tadi petang " Haemin mengkancing gigi. Dia lupa yang Jungkook pernah ambil telefon dia sewaktu mereka berada di bengkel tadi. Sedar akan Haemin yang sudah membisu Jungkook teruskan sahaja percakapannya

" Esok aku jemput kau pukul sepuluh pagi. Ada hal penting aku nak bincang dengan kau. Ni soal kos kereta aku. Jimin dah naikkan harganya "

" Apa!?" Membuntang mata Haemin. Setahu dia

" Ingat! pukul sepuluh pagi " Ujar Jungkook sebelum panggilan terputus.

" Aku belum habis cakap dia dah matikan. Hish nak kena call balik ni " Tanpa menunggu lama Haemin menyambungkan kembali panggilan.

Kedengara gelak tawa dihujung talian sebelum Jungkook bersuara. Ada kemungkinan Jungkook sedang lepak bersama kawan kawannya.

" Apa lagi? Aku busy kau tahu tak " Ohh kau busy. Jadi aku yang busy esok kau nak ajak jumpa tak rasa bersalah pulak. Enam belas patah perkataan itu hanya mampu diluah didalam hati.

" Esok saya sekolah. Boleh kita berjumpa petang? " Takut takut Haemin bersuara.

" Pukul berapa? " Haemin tersenyum. Gembira Jungkook terima alasannya.

" Pukul dua kut "

" Bagi alamat sekolah kau. Biar aku datang sana ambil kau esok " Membuntang mata Haemin. Tamat riwayat dia kalau Jungkook jemput dia dekat sekolah. Memang Jungkook akan menjadi tatapan para pelajar perempuan disekolah nya nanti. Dan paling teruk semua akan menyangka yang dia ada hubungan dengan Jungkook.

" Takpe saya boleh datang sendiri ke bengkel esok "

" Naik kereta mercedes tu lagi? " Sinis sahaja suara Jungkook bercakap. Haemin cuba mengawal nafas dari melenting. Kalau ikutkan hati dah lama dia maki hamun si Jungkook ni.

" Tak. Naik teksi kut "

" Tak payah naik teksi lah. Buang masa. Aku nak jemput kau dekat sekolah esok. Aku tahu kau sekarang tengah mengelak dari aku kan. Kau tahu tak apa padahnya bila kau mungkir janji "

" Tak ! " Haemin sedang memancing amarahnya Jungkook.

" Janji yang kau nak bayar kereta aku lah! "

" Yang tu saya dah janji tapi kena tunggu selepas dua minggu kan. Takkan lah baru sehari encik dah nak tagih ini melanggar syarat namanya " Muka Haemin dah merah padam. Kemarahannya akan meletus bila bila masa sahaja

" Aku bukan nak tagih sekarang, aku ajak jumpa esok sebab aku nak bagitahu kos keseluruhan yang jimin dah letak untuk kos kereta aku. "

" Kalau macam tu encik bagi tahu je lah sekarang. Saya akan bayar tak kira berapa pun "

" Kau yakin kau mampu? "

" Yelah tapi berapa " Biji matanya diguling ke atas. Tanda meluat.

" Dua ratus juta " Hampir meloncat keluar biji mata Haemin mendengar ayat yang baru sahaja dilafazkan Jungkook

" Encik ni main main kan? "

" Muka aku ni nampak macam suka bergurau ke? " Haemin diam.

" Aku akan kurangkan kos tu asalkan kau jumpa aku esok " Keluhan berat dilepaskan Haemin

" Baiklah. Saya datang bengkel esok "

" Berapa kali aku nak cakap. Biar aku jemput kau lah perempuan malang. Tell me what is your name school ? "

" Suhanjung Highschool. Saya tunggu encik dekat luar ek " Jungkook hanya bergumam. Jantung Haemin tiba tiba berdegup kencang segera dia menamatkan panggilan.

TO BE COUNTINUE

[OG] Accident | JungkookWhere stories live. Discover now