Bab Sembilan

222 24 2
                                    

SELAMAT MEMBACA

Taehyung tersenyum manis sehingga kedua pipinya menaik. Adik kesayangannya yang sedang berlari ke arahnya dipandang begitu lama.

" Aiguuu, kenapa mesti lari ni. Bukannya Oppa akan tinggalkan Haemin pun " Tutur Taehyung saat Haemin berdiri dihadapannya.

Kelihatan gadis itu tercungap cungap mencari nafas. Pintu kereta bahagian belakang dibuka. Beg sekolah serta buku buku diletakkan di atas kerusi sebelum pintu itu ditutup kembali.

" Saje je nak lari sebab Haemin nak cepat cepat. Jum Oppa kita pergi bayar hutang tu. Haemin takut kalau kita lambat jumpa mamat kerek tu dia akan naikkan lagi harga pembayaran " Bebel gadis itu sambil menarik narik lengan Taehyung agar memasuki kereta.

Dahi Taehyung berkerut.

" Jap. " Kata Taehyung, Haemin yang sedang bertungkus lumus menariknya tiba tiba terdiam

" Kenapa Haemin takut sangat dengan dia? " Tanya Taehyung berserta kening kirinya diraih tinggi. Haemin mengeluh

" Dia jahat! Dia macam monster suka tengking tengking Haemin sampaikan dia suruh Haemin masakkan dia makanan kat rumah dia. Penat tau. Berpeluh peluh satu badan sebab masak haritu " Bibir Haemin dijuih. Mata Taehyung membuntang luas. Tangannya dikepal penumbuk

Adik kesayangannya diperlakukan sedemikian rupa! Dia tak dapat terima!

" Jum. Nanti cerita dekat Oppa semua yang dia buat kat Haemin " Ujar Taehyung. Kepalanya mengisyaratkan Haemin agar masuk kedalam kereta. Haemin mengangguk dengan laju.

___

Mesej yang diterima dari Haemin lima belas minit yang lalu masih dipandang oleh Jungkook. Gadis itu mengajak Jungkook untuk bertemu di Cafe bernama Bring the soul.

Bibir lelaki itu mengukir senyuman yang ceria. Dia sudah tidak sabar untuk mengungkapkan perasaannya pada Haemin. Soal hutang? Jungkook ikhlaskan saja. Niatnya untuk berjumpa dengan gadis itu bukan lah untuk menuntut bayaran.

Tapi. Untuk melamar Haemin menjadi kekasih abadi nya.

___

Kereta yang dipandu oleh Taehyung berhenti tepat dihadapan pintu cafe. Sengaja dia memarkingkan kereta nya disitu, tujuan agar lelaki monster yang adiknya ceritakan itu tahu bahawa Haemin bukan gadis biasa.

" Bagi kad ni dengan dia. Cakap kat dia yang kad ni dah jadi hak milik dia, dia boleh gunakan semua duit yang ada dalam tu. Lepas bagi kad ni Haemin terus blah. Okay? " Haemin memandang kad hitam yang dihulur Taehyung.

" Oppa tak nak ikut sekali? " Soal Haemin. Taehyung menggeleng.

" Oppa tak nak keruhkan keadaan. Oppa takut tak boleh halang diri Oppa untuk bunuh dia selepas dengar apa yang dia buat dekat Haemin sebelum ni " jujur Taehyung berkata. Haemin tersenyum kelat. Kemudian angguk. Dia faham dengan apa yang disampaikan Taehyung

Bukan dia tidak faham dengan sikap panas baran Taehyung. Masa bercerita didalam kereta tadi pun Taehyung beratus kali mencarut dan bersumpah untuk membunuh Jungkook.

Namun disebabkan dipujuk oleh Haemin Taehyung hanya akur. Demi adik kesayangan!

Haemin keluar dari perut kereta, susuk tubuh Jungkook didalam cafe sudah kelihatan dari luar.

Dia berjalan penuh angkuh memasuki Cafe itu, Jungkook yang perasan akan kehadirannya disitu lantas berdiri. Senyuman lelaki itu semakin melebar tatkala matanya bertembung dengan anak mata Haemin.

___

Taehyung hanya memerhati dari luar. Namun beberapa saat kemudian mata Taehyung terbeliak besar diikuti mulut yang terbuka.

" Jeon Jungkook?? " Ayat itu meniti dibibir Kim Taehyung.

Yaa! Dia sangat mengenali lelaki itu. Baru sahaja dia hendak melangkah masuk kedalam Cafe, niatnya terbantut saat lengannya direntap seseorang

Kepala ditolehkan menghadap gerangan yang menjadi penghalang tadi

" Kau buat apa dekat sini? " soal Taehyung mendatar.

" Biarkan mereka urus sendiri. Bagi mereka waktu untuk berbincang " Ujar si penghalang. Taehyung tersenyum sinis.

" Tak semudah itu Suga! " Tangan Suga yang memegang lengannya ditepis kasar. Kakinya kembali melangkah masuk kedalam cafe.

___

Haemin berpeluk tubuh. kedua keningnya diraih, kad hitam yang diberikan Taehyung tadi dicampak ke atas meja yang dihuni Jungkook.

Jungkook terkesima

" Encik Jk. Saya kesini untuk melunaskan semua hutang saya. Maaf saya tak bawa duit cash. Saya bayar guna kad kredet boleh? Tapi jangan risau. Saya bayar lebih dari yang encik mahukan. " kata Haemin dengan senyuman manis nya. Jungkook masih diam. Langsung tidak mampu bersuara.

" Ambil lah kad kredet tu. Kad tu dah jadi hak milik encik sepenuhnya. Okay dah. Lepas ni jangan kacau saya lagi. Terima kasih atas budi baik encik selama ini " Ujar gadis itu sebelum beredar. Sengaja dia menekan perkataan budi baik agar Jungkook terasa.

Setapak dua dia melangkah meninggalkan Jungkook. Tiba tiba pergelangan tangannya ditarik. langkah Haemin mati.

Tubuhnya dipusingkan menghadap Jungkook

" Aku tak nak kad ni. " kata Jungkook. Kad itu diletakkan ditelapak tangan Haemin

" Habis tu encik nak apa ? " soal Haemin dengan reaksi pelik

" Aku nak kau jadi teman wanita aku " Terang Jungkook mendatar. Haemin tergamam

" Encik ni gila ke? Encik ingat saya akan ikut cakap encik? Hell no. Never! "

" Ya! Aku memang gila! Aku dah tergila gilakan kau Haemin! " jerit Jungkook dengan kuat. Dia sudah tidak peduli dengan mata mata yang memandang ke arahnya.

" Lepas lah! Sakit! " Rayu Haemin. Sedaya upaya dia melonggarkan genggaman Jungkook yang bagaikan pisau menusuk ke pergelangan tangannya.

" Jeon Jungkook! Lepaskan dia, atau kau aku bunuh " Serentak Haemin dan Jungkook menoleh ke arah suara tersebut.

" Kau?? " Jungkook bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang.

TO BE CONTINUE

[OG] Accident | JungkookWhere stories live. Discover now