Bab Tujuh

224 26 1
                                        

SELAMAT MEMBACA

Pagi mula melabuhkan tirai dimana seluruh penduduk seoul akan sibuk dengan tugasan masing masing. Turun ke pejabat. Pergi sekolah. Bangun pagi urus rumah bagi yang suri rumah. itulah yang sering dilakukan oleh penghuni penghuni kota seoul setiap hari.

Tidak terkecuali Haemin yang harus ke sekolah hari ni. Awal pagi lagi dia sudah pun bangun dan bersiap hendak ke sekolah. Saat turun ke tingkat bawah Haemin tergamam melihat sang abang yang sedang merenungnya tajam. Tiada secalit senyuman yang menghiasi wajah abangnya ketika itu.

" Bila Oppa balik ? " Soal Haemin takut takut. Taehyung menghampirinya. Telapak tangan haemin basah akibat menahan gugup.

" Haemin baik baik sahaja kan? Tak ada luka kat mana mana kan? " Taehyung memegang kedua bahunya, seluruh badan Haemin ditilik

" Haemin baik baik aje Oppa " Dahi Haemin berkerut seribu. Pelik. Sepatutnya Taehyung memarahinya bukannya menanyakan soalan seperti itu kepada nya.

" Baguslah. Hampir tercabut jantung ni tahu tak. Semalam Jin Hyung call yang Haemin terlibat dalam kemalangan kecil " Mata Haemin terbeliak. Itu kah yang disampaikan Seokjin pada Taehyung?

" Haemin tak apa apa. Tapi kereta Seokjin Oppa yang hancur dan dia marah sebab haemin dah rosakkan kereta kesayangan dia " Haemin tertunduk.

" Ha! mengadu " Jerkah seseorang yang baru melangkah turun dari tingkat atas

"Hyung. Kita tak boleh salahkan haemin. Sebenar nya salah kita bertiga sebab tak ada masa langsung dengan Haemin. Tak ingat ke apa amanah Eomma dan Appa sebelum mereka meninggal? " ujar Taehyung dengan intonasi lembut

" Jaga haemin bagus bagus dan jangan sesekali biar dia kesunyian, sebab bila dia kesunyian dia akan buat hal yang kita sendiri tak dapat jangka. Tengok lah sekarang " giliran Namjoon berbicara.

Haemin Taehyung Seokjin menoleh ke arah Tangga. Namjoon segak memakai kot sambil menyarungkan jam ditangan.

" About kereta hyung tu. Nanti tae ganti " Taehyung menepuk bahu Seokjin dengan perlahan. Seokjin menghela nafas berat.

" Aku tak marah sebenarnya kereta tu rosak. Boleh aje dibaiki bila-bila masa bukannya aku tak mampu. kereta boleh dibaiki, nyawa ? Mana nak cari, macam mana kalau dia terlanggar kereta orang tu kuat sangat dan dia aish susah lah aku nak cakap " ujar Seokjin sebelum melangkah ke dapur. Kedua tangan elok terletak didalam kocek seluar.

" Aku cuma risaukan adik kesayangan kau ni ha. Bawa kereta Jin hyung keluar senyap-senyap, lepas tu dia accident pun tak reti bagi tahu kita. Eeee nak aje aku pelengkung kepala tu " gerutu Namjoon geram. Haemin tersengih nakal.

" Maafkan Oppa tau sebab tak jaga haemin dengan baik. Tak apa lepas ni kami akan ambil cuti dan kita pergi holiday dekat Paris " membulat sedikit mata Haemin

" Serious Tae? " tanya namjoon. Taehyung mengangguk. Haemin mula menjerit suka. Lengan Taehyung dipaut mesra

" Oppa.. Haemin nak pinjam duit oppa boleh " kelopak mata dikedip berulang kali.

" Buat? " soal Taehyung dengan kening diangkat

" Nak bayar ganti rugi kereta lelaki yang haemin dah langgar tu " spontan Haemin bercakap.

" Boleh. Petang balik sekolah kita jumpa dia dan lunaskan semua hutang haemin hari ni juga "

" Thank you oppa " Tubuh Taehyung didakap erat. Lelaki itu tersenyum nipis . Rambut Haemin dielus lembut.

Jarang sekali Taehyung mengatakan tidak. Dan sangat senang untuk Haemin mengungkap keinginannya.
__

Jungkook mengorak langkah masuk kedalam Bangunan Jeon Holding. Seperti biasa semua pekerja perempuan akan berkumpul dilobi untuk bergosip tentang dirinya.

Langkah kaki berhenti dihadapan lift. Sementara menunggu lift tersebut terbuka. Jungkook mula memerhati sekeliling. Dahi berkerut seribu. Sekumpulan perempuan dilobi berkumpul sambil berbisik sesama sendiri.

Saat melihat Jungkook yang merenung mereka tajam. Sepantas kilat semua kembali ke tempat masing masing. Jungkook hanya menggeleng. Bukan dia tidak tahu. Semua perempuan didalam syarikatnya itu menyukainya.

Pintu lift terbuka. Jungkook masuk. Sampai ditingkat 60 Jungkook keluar dan berjalan menuju ke biliknya.

Punggung dilabuhkan dikerusi kerjanya. Tangan nya mula membuka laptop. Jari sibuk menaip sesuatu. Tiba tiba telefon pintarnya berdering kuat. Jungkook lantas mengeluarkan telefon dikocek seluarnya.

Tertera nama Haemin di skrin telefon. Jungkook mula berdehem kasar, bagi menggarau kan lagi suaranya. Lantas jari menyapu skrin.

" Hello Encik " suara Haemin menyapa ditalian.

" Hmm " Jungkook hanya menggumam.

" Boleh kita berjumpa petang ni? " soal gadis itu, Jungkook mendaratkan siku dimeja. Telefon masih ditekap ditelinga

" Kenapa. Kau dah ada duit untuk bayar kereta aku? " soalan dibalas soalan.

" Haah dah ada Encik sebab tu saya nak jumpa petang ni. " Lantas Jungkook berdiri. Terkejut. Sepantas itu gadis itu berjaya mencari duit?

" Encik..? " tegur Haemin lagi setelah agak lama Jungkook tidak bersuara.

" Tengoklah kalau aku tak busy " mendatar sahaja Jungkook menjawab.

" Baiklah nanti saya send alamat kalau Encik jadi nak jumpa saya " Ujar Haemin sebelum talian diputuskan.

Jungkook terdiam. Tali leher mula dilonggarkan. Kedua siku dilabuhkan atas meja. Dahinya diletakkan pada telapak tangan. Dia sendiri tidak menjangka begitu cepat gadis itu berjaya mencari duit sebanyak itu.

Seandainya Haemin akan membayar kesemua hutang itu. Dia tidak akan berpeluang lagi untuk berjumpa gadis itu. Dan gadis itu akan membenci diri nya kerana sudah bersikap kasar sebelum ini.

TO BE CONTINUE

[OG] Accident | JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang