Bab Dua

215 27 11
                                        

SELAMAT MEMBACA

BAMMMM!!

Bunyi yang amat kuat mengejutkan Haemin. Serta merta enjin kereta dimatikan. Tubuhnya mengigil ketakutan. Ketukan cermin kereta disisinya menambahkan lagi rasa terkejutnya yang kian menebal.

Perlahan cermin diturunkan. Seorang lelaki bercekak pinggang memandangnya dengan muka dingin seperti ais.

" Kau tengok apa kau dah buat dengan kereta aku " Ujarnya dengan suara menahan marah. Haemin sengih dan menggaru kepala yang tidak rasa gatal

" Maafkan saya encik saya tak sengaja " Kata Haemin seraya keluar dari kereta. Dengan langkah yang perlahan dia atur ke bonet kereta lelaki itu. Matanya membulat tatkala melihat bumper kereta lelaki itu hancur berkecai

Begitu kuat dia langgar kereta tadi sehingga bumper itu pecah. Tangan naik memijat kepala yang terasa perit. Dia sudah buat masalah. Dan sudah tentu kalau tiga abangnya itu tahu. Mahu tak bernanah telinga kena dengar leteran mereka nanti

" Ikut aku ke bengkel. Awas kalau kau cuba lari. aku dah catat nombor flat kereta kau " Lelaki itu masuk kedalam keretanya.

Haemin bagaikan kaku ditempat berdiri. Sedar akan Haemin yang masih membatu lelaki tersebut menekan hon dengan kuat. Kalut haemin masuk kedalam kereta.

Dari belakang Haemin ekori kereta lelaki itu sehingga lah kereta itu berhenti disebuah bengkel yang agak jauh dari tempat Haemin langgar kereta  tadi.

Haemin hanya mengekori kereta lelaki itu dari belakang. Hampir 20 minit dia memandu. Sehinggalah kereta lelaki itu berhenti disebuah bengkel besar.

" Eo Jungkook? Pahal kau datang sini " Sergah seorang lelaki yang berada dibengkel itu

" Jimin aku nak kau baiki kereta aku " Ujar Jungkook itu saat keluar dari perut kereta. Sempat mata melirik ke belakang

Haemin masih berdiri ditepi kereta. Langsung tiada niat untuk mendekati lelaki bernama Jungkook.

" Siapa tu kook? Awek kau ek? " Kening jimin terjongket sedikit. 

" Dia lah perempuan malang yang dah langgar kereta aku sampai hancur " Jungkook mendengus marah sebelum memandang Haemin tajam

Tidak sanggup rasanya Haemin menatap pandangan tajam dari Jungkook. Cepat-cepat kepala dialihkan memandang ke arah kereta yang sudah usang dibengkel itu.

Bibirnya berkumat kamit membebel. Dah lah panas terik dia pulak kena ekori lelaki itu sampai ke bengkel. Bukan salah dia sepenuhnya. Salah Jungkook juga sebab memandu tak pakai mata. Dah lah dia cuba nak keluar parking dan tiba tiba sahaja kereta milik Jungkook diparkingkan dibelakang keretanya.  Mahu tak kena langgar kalau secara tiba tiba ada kereta disitu.

Pesanan Taehyung sebelum berangkat ke jepun tadi mula bermain difikirannya.

Jaga diri jangan nakal nakal. Tak nak tengok Oppa marah kan? Jadi.. patuh dengan arahan Oppa tau

Haemin mengeluh kecil rasa menyesal mula bertandang kedalam hati. Kalau sahaja dia tidak ikutkan nafsu untuk keluar tadi. Mesti semua ni takkan terjadi. Dan juga dia takkan kena bebel nanti bila balik. Dah lah kereta yang dia bawak tu kereta Seokjin.

Habis hancur berkecai telinga dengar Seokjin membebel malam nanti. Kereta kesukaan Seokjin kut, sampaikan dia jadikan perhiasan ditempat letak kereta dan sanggup menumpang dengan Namjoon. Semata mata tak nak calarkan kereta kesayangannya.

Dan hari ini Haemin sudah pun mencipta sejarah hitam buat pertama kali di hidup Seokjin.

" Hei kau! sini " Jungkook memanggil haemin. Tangannya jugak tidak lepas memberikan signal agar gadis itu datang ke arahnya.

" Kau dengar apa dia nak cakap. Ha jimin cakap lah " Kata Jungkook tatkala Haemin sudah berdiri dihadapannya dengan Jimin

" Gadis comel. Dari apa yang saya dah periksa bumper kereta Jungkook dah rosak, awak sendiri nampak kan? " Lembut sahaja Jimin menuturkan kata, haemin mengangguk lemah

" Kalau nak baiki saya rasa kos nya dalam sepuluh juta dollar " Mulut haemin ternganga dan matanya membesar dek kerana terkejut mendengar kata kata jimin sebentar tadi

" Mahalnya. Tukar bumper je kut "

" Hei kau ingat kereta aku tu kereta murah, kereta aku export dari Paris kau tau tak! ops sorry rasanya kau tak tahu menahu pun pasal kereta " Haemin gulingkan mata ke atas. Meluat dengan sikap riak Jeon Jungkook.

" Habis tu macam mana? Awak nak tak bayar? " Soal Jimin setelah penat melihat Haemin dan Jungkook berpandangan seakan akan kucing yang tengah berebut ikan.

" Tapi saya tak ada duit " Haemin tundukkan kepala. Malu. Jungkook berdekah menambahkan lagi perasaan geram Haemin padanya

" Dah agak. Kau sebenarnya miskin dan tak mampu pun nak bayar kos ganti rugi atas kereta aku " Jungkook senyum. Sinis. Haemin tahan air mata yang mula membandel dikelopak mata

" Aku tak kisah! Aku nak kau bayar sekarang jugak! Kalau kau tak mampu bayar. Kau balik jalan kaki. Kereta tu kau serahkan pada aku, biar aku jual untuk baiki kereta aku ni. halah kereta mercedes apa lah sangat. Murah! " Laju sahaja air mata Haemin merembes keluar. Jimin yang daritadi hanya menjadi pemerhati berasa kasihan.

TO BE CONTINUE

[OG] Accident | JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang