Bab Tiga

212 26 3
                                        

SELAMAT MEMBACA

" Dah tak payah nangis lap air mata palsu kau tu. Aku tak rasa kesian pun dekat kau "

" Bagi saya masa sikit boleh? Saya akan bayar tapi saya kena minta duit dari abang saya dulu "

" Dahlah Jungkook. Bagi aje lah dia masa. Kau kan kaya apa salah nya kau lepaskan dia kali ni je. Bukannya dia sengaja kan " Ujar Jimin mengundang perasaan marah pada diri Jungkook. Boleh pulak Jimin bela perempuan tu. Siapa sebenarnya kawan baik Jimin sekarang Jungkook atau Haemin.

Tiba tiba timbul perasaan kasihan dihati Jungkook namun segera dia singkirkan perasaan itu, apa yang dia tahu. Perempuan itu sudah rosakkan kereta kesayangannya. Dan perempuan itu kena bertanggungjawab dan bayar semua ganti rugi tanpa merungut!

" Boleh lah encik.. Saya janji tak lama bagi saya dua minggu " Haemin sedaya upaya merayu agar Jungkook mempercayainya dan memberikan dia masa untuk mencari duit.

Lama Jungkook diam. Dalam diam dia sibuk memandang Haemin, menilik wajah gadis itu. Dia akui gadis itu mempunyai rupa paras yang cantik.

" Encik? " Tangan dilambai lambai dihadapan muka Jungkook. Cepat-cepat Jungkook alihkan pandangan pada Jimin yang sedang tersenyum mengejek

" Baik. Sebelum itu bagi aku telefon kau dan kad pengenalan kau " Pinta Jungkook. Tangan kiri ditadahkan. Haemin angguk dan cuba berjalan ke arah kereta. Jungkook menyambar lengan Haemin

" Kau nak ke mana? Aku minta kad pengenalan dengan telefon kan, bukannya suruh kau blah "

" Telefon dan kad pengenalan saya ada dalam kereta " Ujar Haemin dengan sayu, kedua anak mata Jungkook dipandang silih ganti. Sekali lagi Jungkook melarikan pandangan ke arah lain.

Tidak tahu kenapa saat gadis itu menuturkan kata dengan begitu sayu dan memandangnya dengan mata berkaca dia turut berasa sakit dan kasihan. Pegangannya pada lengan gadis itu dilepaskan. Serta merta Haemin berlari anak menuju ke kereta.

" Berlembut lah sikit, sampai bila kau nak perang dingin dengan semua kaum perempuan " Jungkook diam. Jimin menggeleng sebelum masuk semula kedalam bengkelnya. Kerja yang tertunda tadi harus diteruskan

Jungkook sembunyi senyum saat melihat gadis itu kembali berlari mendekatinya.

" Ni kad pengenalan saya dan ini telefon saya " Tercungap cungap haemin mencari nafas.

Kad dan telefon bimbit bertukar tangan. Segera jungkook mencatat nama dan nombor kad pengenalan gadis itu. Tak lupa juga dia mencatat nombor Haemin dan memasukkan nombor telefonnya kedalam kenalan Haemin.

" Aku bagi kau masa dua minggu start dari hari ini aku kira, semua maklumat kau aku dah catat. Kau lari siap kau! Aku tak teragak agak lapor dekat polis "

" Terima kasih Encik. Saya janji akan bayar secepat mungkin bila saya dah dapat duit nanti "  Haemin menundukkan badan berkali kali. Senyuman dibibir akhirnya terukir jua. Walaupun dalam hati sebenarnya dia tengah risau.

Ya risau akan Seokjin Namjoon dan Taehyung yang akan memarahinya bila tahu tentang masalah ini.

" Dah blah sekarang. Aku kira sampai tiga kalau kau masih ada disini sampai kiraan ketiga aku tarik balik semua perjanjian kita tadi " Ujar Jungkook. Tangannya diangkat keudara.

" Satu " Haemin membungkukkan badan dan mengucapkan terima kasih

" Dua " Haemin berlari masuk kedalam kereta.

" Tiga " Hilang kelibat haemin diluar kereta dan dengan cepat kereta itu lesap secara tiba tiba. Tawa Jungkook meletus

" Haemin.. Comel betul perangai kau " Kepala Jungkook geleng banyak kali. Senyuman dibibir masih ada.

" Jimin Ssi! " Jungkook menjerit dan masuk mencari jimin.

" Nae " Malas malas Jimin menjawab.

" Baiki kereta aku sekarang juga! " Jimin gulingkan mata, bila dia nak sekarang itu tandanya kena buat sekarang. Tak ada perkataan ' Sekejap ' dalam hidup Jungkook.

Pantang nenek moyang dia bila orang berkata sekejap dengan arahan dia. Mahu tidak mahu Jimin terpaksa memberhentikan kerja membaiki kereta pelanggan Vvip nya dan membuat kerja membaik pulih kereta milik lelaki bernama Jeon Jungkook.

Kalau bukan sahaja Jungkook banyak berjasa kepada dia. Mana mungkin dia mahu turuti permintaan Jungkook.

Haemin memberhentikan keretanya ditepi jalan. Air mata yang laju membasahi pipi dibiarkan. Pandangannya semakin kabur disebabkan air mata yang banyak bertakung dikelopak mata.

Stereng dipukul kuat. Maruahnya jatuh! Disebabkan sikap dia yang cuai, dia terpaksa rendahkan ego. Mendengar caci makian lelaki itu tadi sungguh hatinya berasa terguris. Kata kata lelaki itu bagaikan pisau yang tajam menghunus hatinya.

Dia dihina.

Tapi Haemin bersyukur lelaki itu tidak mengetahui siapa diri dia yang sebenar. Dimata lelaki itu dia cuma lah seorang gadis miskin yang tidak punya apa apa.

Jungkook silap. Haemin bukan lah seperti yang dia sangka. Haemin anak kepada Kim Hyun seok pemilik Kim Holding yang terkenal di kota seoul. Dan mereka juga lah yang digelar keluarga terkaya didunia.

TO BE CONTINUE

[OG] Accident | JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang