3SDGT 20

299 17 4
                                    

"So malam ni korang nak makan apa??" Tanya cg Khairul selepas mereka solat magrib berjemaah
"Kami just follow" kata Hani dan Sha
"Min??" Tanya cg khairul
"tak kesah" kata cg Syamin
"kalau macam tu kita makan dekat area sini je lah...esok baru kita cari makan jauh sikit ok??" tanya cg Khairul
"Okay!!" Jawab Sha,Hani dan Adriana bersemangat...tetapi tidak pada cg Za'im....cg Za'im tetap dengan muka risaunya...Sha perasan dengan riak muka cg Za'im terus menarik baju cg Za'im keluar dari homestay

"Abg ok tak??" Tanya Sha risau dengan abgnya...
Cg Za'im hanya senyum tanpa membuka mulutnya
"Mulut abg tu ada emas permata ke??" Perli Sha...
"Tak ada lah abg ok...tak payah risau lah" kata cg Za'im sambil berjalan masuk semula kedalam..baru satu langkah baju cg Za'im ditarik lagi
"Eh kejap...jangan ingat kita baru declare adik abang sha tak kenal abg..." kata Sha...sejak Sha terserempak dengan cg Za'im ditangga (rujuk 3SDGT 7) Sha mula mencari maklumat dan perangai cg Za'im..salah satunya apabila cg Za'im dalam keadaan bermasalah dia tak bermaya untuk bercakap...

"Stalker adik abg ni!!" Gurau cg Za'im sambil menolak nolak lembut bahu Sha menggunakan jari telunjuknya
"Abg serious please" Sha malas melayan perangai 'masuk air' abangnya
"Abg ok...dah jom masuk siap siap kita nk keluar" cg Za'im terus menarik baju Sha masuk kedalam rumah...
"Ya Allah kau selamatkan lah keluarga baru ku ini dari mala petaka ya allah" berdoa Sha dalam hati...itu sahaja yang mampu dilakukan dia yakin hanya Allah sahaja mampu memahami isi hati hambanya...

Selesai makan di sebuah gerai yang tak jauh dari homestay mereka...cg Khairul menyatakan aktiviti yang akan dilakukan esok
"Esok kita akan ke sebuah sekolah sbb abg min dengan abg ada hal sikit dekat sekolah tu lepastu nanti kita gi makan n baru jenjalan ok.."
"Okay..." jawab mereka semua...

Malam itu di homestay cg Za'im duduk di luar tak lama selepas itu Sha menegurnya
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam...tak tidur lagi?? esokkan nak keluar jauh" soal cg Za'im
"Sha tak dapat tidur selagi abg tak tidur" jawab Sha
"Kenapa ni??"
"Sha risau pasal abg...abg..Sha kenal abg...Please cerita dekat Sha" pujuk Sha
"Abg ok Sha...tak ada apa apa pun abg cuma terfikir banyak kerja belum siap" tipu cg Za'im
"Banyak kerja??"
"Haah...banyak sangat sampai tak cukup tangan"
"Ada apa apa yg Sha boleh tolong mana tahu Sha boleh kurangkan kepenatan abg" cadang Sha

"Tak apa Sha focus untuk PT3 je...score semua subjek"
"Tapi Sha tak senang duduk tengok abg Sha ni masam je" ngadu Sha
"Cian adk abg ni...dh jom masuk tidur...dh pukul 12 lebih dah tak elok anak dara duduk dengan anak bujang dekat luar tengah tengah malam ni" ajak cg Za'im yang sebenarnya nak mengelakkan diri dari ditanya lagi...Sha hanya mengikut cg Za'im masuk kedalam rumah..sebelum mereka masuk ke bilik masing masing Sha sempat memesan sesuatu pada cg Za'im

"Abg...kalau ada apa apa masalah bagi tahu Sha...please jangan sorok kalau abg sorok lagi Sha risau takut sedih semua ada...Please abg sayang Sha kan??" Cg Za'im hanya mampu senyum dalam perasaan bersalah dengan adiknya...

Selepas Sha menutup pintu biliknya Cg Za'im pula melangkah masuk ke dalam biliknya,menutup pintu dan terus melepaskan dirinya di atas katil yang empuk...cg Za'im baring dengan selesa sambil menjawab soalan Sha yang tak terjawab tadi
"Abg sayang Sha...abang terpaksa sorok dari Sha sebab abang tak nak Sha risau pasal keselamatan kita semua...abang tak nak mood gembira dan bahagia yang baru Sha rasa tak sampai sebulan ni hilang"

Kata cg Za'im dalam hati supaya cg Tajrie yang lena dibuai mimpi tidak terbangun...akhirnya cg Za'im terlelap setelah penat memikirkan apa yang bakal belaku kepada keluarga kecil yang baru dibina ini...

*******

"Abang Straight!!!"  jerit Sha dan Hani selepas mengambil result PT3 mereka
"Wah!! Alhamdulillah...Tahniah!!" Ucap cg Za'im,cg Tajrie,cg Khairul dan cg Syamin
"Nk hadiah" minta Sha
"Boleh esok kita orang bawak korang keluar" kata cg Syamin
"Betul??" Hani mahukan kepastian
"Yer...kita org dh cadang kalau korang dapat result bagus kita orang bawak keluar" kata cg Khairul pula
"Kalau kita orang dapat result yang tak bagus...tak keluar lah??" Tanya Sha

"Of course tak...nanti tu rotan abg min tu yang keluar" kata cg Tajrie sambil menunjuk rotan yang dipegang cg Syamin...
"Eeeerrrr" Sha dan Hani terkelu melihat rotan yang dipegang cg Syamin itu
"Wan!! Suka sangat kacau dia orang..." marah cg Syamin
"Suka tengok dia org terkejut comel" kata cg Tajrie sambil menghabiskan sisa gelak tawanya...Sha dan Hani hanya memandang cg Tajrie tak puas hati
"Tak lah kalau korang dapat result tak bagus pun kita orang bawak keluar sebab kita orang yakin yang korang dah buat yang terbaik" jawab cg Syamin
"Dah dah jom makan abg belanja abg Im bayar" gurau cg Khairul
"Eh kita pulak" terkejut cg Za'im yang sedang melihat result PT3 adik adiknya

Selepas makan cg Za'im,cg Syamin,cg Tajrie dan cg Khairul menghantar Sha dan Hani ke pintu pagar sekolah...
"Terima kasih abang untuk semua ni!!!" Jerit Sha dan Hani sambil melintas jalan
Tiba tiba ada satu kereta bermodel Vios memandu laju dan merempuh mereka berdua...
"Sha Hani!!!!" Jerit cg Za'im

3 sahabat dan guru tercinta ✔️✔️Where stories live. Discover now