3SDGT 34

447 10 1
                                    

Sha sedar matanya terus tertumpu pada cg Syamin yang berada di hadapannya
"Siapa ni abang??" Tanya Sha pada Amar
"Sha tak ingat??" Sha geleng. 2 sahabat dan abang abang mereka terdiam
"Abang cari doktor kejap" cg Syamin terus keluar mencari doktor

Doktor datang dan memeriksa Sha
"Awak umur berapa??" Tanya doktor
"12 tahun" jawab Sha. Selepas mendapat jawapan itu doktor keluar dan mendekati Amar dan yang lain
"Cik Syahmina mengalami Amnesia tapi dia boleh dia pulih dengan sokongan dari keluarga" kata doktor
"Maksud doktor dia mengalami Amnesia retrogred??" Tanya Amar
"Betul, dan dari apa yang saya tanya Cik Syahmina dia kata dia berumur 12 tahun jadi ingatan yang dia ingat hanya 4 tahun dahulu sahaja" abang abang 3 sahabat terus terduduk, kecewa..

Amar menguatkan diri dan masuk bersama yang lain
"Abang kenapa ramai orang, kawan kawan abang ke??" Tanya Sha
"Sha tak ingat ke tu siapa??" Tanya Amar sambil menunjuk kearah cg Syamin
"Tak, siapa dia??"
"Cikgu Sha, cikgu harimau, cikgu Syamin, tak ingat??" Sha geleng
"Semalam Sha buat apa??" Tanya Amar
"Sha pergi sekolah lah kan abang hantar" jawab Sha
"Dekat sekolah Sha buat apa??"
"Jawab UPSR last day, kenapa??"

"Umur Sha 15 tahun tau" kata Naz
"Kenapa pulak??" Pelik Sha. Amar serahkan Kad pengenalan Sha dengan phonenya
"Cuba Sha kira, tahun Sha lahir dengan tahun sekarang"
"2004 tolak 2019... 15??" Sha makin pelik
"Sha accident depan sekolah minggu lepas sebab selamatkan Mimi dengan Hani?? Tak ingat" tanya Amar
"Tak, tapi Sha ada mimpi Sha kena langgar sebab tolak 2 budak ni"
"Sha ingat tak kereta apa??" Tanya Naz, Sha geleng

Cg Za'im membuat report polis dan Aina ditangkap atas kesalahan langgar lari dan merompak, Aina dikenakan hukuman penjara 7 tahun dan denda sebanyak RM 15,000 (author hentam je kalau salah bagitahu ye)

********************

4 tahun kemudian...

Ingatan Sha masih belum pulih. Sebulan selepas dia keluar dari hospital Sha dapat melanjutkan pelajarannya ke Kolej Vokasional (KV) bersama Hani dan Mimi dalam masa yang sama Hani dan Mimi membantu Sha mengingati semula segala kenangan mereka yang berharga. Abang abang mereka datang hampir setiap minggu untuk melawat mereka dan untuk merapatkan semula hubungan mereka, walaupun Sha hanya ingat ketika dia masuk SMK Serendah sahaja.

"Sha kau nak tahu tak masa kita kena panggil dengan abang Min yang dia nak pergi Semporna tu paling seram wey" cerita Mimi
"Haah dah lah masa tu dia baru lepas marah kelas kita" Hani sambung, Sha hanya fokus mendengar
"Abang Min garang gila sebab tu kita panggil dia harimau lepastu kau yang bagi nama Maumau tu" kata Mimi
"Aku tak ingat apa apa pun" kata Sha sedih
"Tak apa, jangan paksa kita orang akan tolong kau" Mimi memeluk Sha
"Haah, kita kan adik beradik" kata Hani sambil memeluk mereka

Mimi dan Hani memberikan gambar 3 sahabat bersama abang abang mereka sejak hari pertama mereka masuk ke KV dan berharap dengan gambar itu Sha boleh ingat semula segala galanya. Setiap hari sebelum tidur Sha akan melihat gambar yang diberikan Hani dan Mimi dalam masa yang sama Sha cuba mengingati semula.

Keesokkan harinya mereka ke kelas seperti biasa, dalam kelas Sha tak dapat fokus kerana kepalanya sakit dan segala memori yang dia lupa datang sekali gus
"Aarrhh!!" Erang Sha
"Sha kau okay tak??" Tanya Mimi
"Kepala aku sakit"
"Jom aku bawak kau pergi tandas" ajak Hani
"Tak apa aku okay lagi" tiba tiba Sha pengsan

********************

Sha sedar abang abangnya berada dihadapannya menunggu Sha sedar
"Aargh!" Kepalanya sakit
"Sha??" Panggil cg Syamin
"Abang Min" sepanjang tempoh Sha hilang ingatan, Sha tak pernah memanggil cg Syamin sebagai 'Abang Min' Sha memanggilnya abang Syamin
"Sha okay??" Tanya cg Za'im
"Sha...Sha...Sha" kata kata Sha tak dapat diteruskan
"Sha kenapa??" Tanya cg Tajrie
"Sha rasa"
"Sha rasa??" Mereka menantikan kata kata yang akan keluar dari mukut Sha

"Sha dah ingat" abang abangnya dan 2 sahabat memandang antara satu sama lain
"Uu..ulang balik" pinta cg Khairul tergagap
"Sha dah ingat semuanya, dulu Sha pandang pelik abang min sebab abang pakai baju pengawas lepastu abang garang gila. Masa form 3 abang Rul pecahkan rahsia abg Min yang dah jatuh hati dengan sikap kita orang sejak abang suruh kita orang jaga kelas masa abang pergi semporna. Hari last prektikal abg Im tunaikan permintaan Sha, abang Wan bagi buku nota kecik, betul??" Abang abang 3 sahabat angguk serentak dengan air mata mereka mengalir gembira, Mimi, Hani, kak Nabila dan kak nadiah memeluk Sha erat. Abang abang 3 sahabat terus keluar dan ke surau untuk sujud syukur

********************

5 bulan kemudian...

"Korang duduk depan abang tau nervous ni" kata cg Za'im
"Relax lah Im nikah je bukannya pancung kepala kau pun" sindir cg Tajrie
"Kau diam!! Tahu lah kau dah past" marah cg Za'im, yang lain hanya menahan ketawa melihat gelagat cg Za'im yang nervous
"Tu lah sapa suruh kahwin umur 30 kan dah kena nganjing" sindir Sha juga
"Eh abang awak tu kahwin umur 31 tak kena sindir pulak" kata cg Za'im sambil menunjuk kearah Naz dan Amar

"Eh kita orang kahwin umur 31 tapi tak last, hang kahwin last" gurau Naz
"Dah lah, jom nanti lambat" ajak cg Khairul
"Jangan kau sebut nama perempuan lain sudah tau Im" gurau Amar
"Diam lah!!" Marah cg Za'im. 3 sahabat mengetawakan cg Za'im

Akhirnya ayat 'aku terima nikahnya' terlafaz diri mulut cg Za'im, perasaan yang sama dirasai 3 sahabat semasa ayat itu terlafaz di mulut cg Tajrie 3 bulan lepas. Mereka menahan sebak dan dalam hati mereka berharap supaya hubungan mereka tidak terhenti disitu.

"Jom ambik gambar!!" Ajak cg Za'im.
"Jom" mereka mendekati cg Za'im dan isterinya.
Selesai bergambar 3 sahabat memeluk isteri cg Za'im
"Kakak baru kami!!" Sorak mereka dan melepaskan ciuman di pipi isteri cg Za'im serentak

********************

2 bulan selepas tamat pengajian di KV mereka mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UPSI pula, mereka memilih untuk mengambil kos Ijazah Sarjana Muda (ISM) Psikologi.

6 tahun lebih 3 sahabat berada di UPSI akhirnya mereka convo dan terpancar kecerian di wajah mereka selepas nama mereka disebut
"Merdeka!!!" Sorak 3 sahabat selepas melangkah keluar dari dewan
"Tak sangka 6 tahun lebih kita duduk dekat UPSI ni akhirnya keluar jugak" kata Sha
"Betul tu!" Sokong Mimi
"Sat mana abang abang kita??" Soal Hani pelik, kerana batang hidung mereka langsung tak terlihat sejak mereka keluar dari dewan

"Bu!!" Sergah abang abang mereka serentak
"Mak hang!!" Latah Sha
"Abang ni!!" Marah Sha
"Wah!! berjaya adik abang ni cuma abang kecewa" kata cg Za'im
"Kenapa??" Tanya Hani
"Ye lah korang tak nak ambik ISM Geografi" kata cg Za'im sambil menundukkan kepala kecewa
"Dah tak payah nak kecewa sangat" tegur cg Tajrie. 3 sahabat mengetawakan cg Za'im

"Ya Allah aku bersyukur padamu, pelbagai rintangan yang kau berikan kepada kami, akhirnya kau hadirkan kebahagiaan buat kami. Insyaallah kebahagiaan ini akan kekal selama lamanya" doa cg Khairul dalam hati

-TAMAT-

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nanti dulu ✋🏻✋🏻...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Belum habis tau, ada special episode untuk readers

SWIPE UP
☝🏻☝🏻

Jangan lupa like and comment tau 😉😉

3 sahabat dan guru tercinta ✔️✔️Where stories live. Discover now