"Siapa??" Tanya Mimi
"Mimi tak kenal??" Tanya cg Tajrie, Mimi senyum
"Gila tak kenal abang Mimi dua orang ni" gurau Mimi
"Nur Syamimi!! Please jangan buat macam tu lagi faham!" Marah cg Za'im
"Sorry, janganlah marah" pujuk Mimi
"Ikutkan hati nak je abang cubit cubit Mimi ni tau" geram cg Tajrie
"Sorry. Mama mana??" Tanya Mimi
"Balik. Kejap nanti dia datang lah" jawab cg Za'im
"Mimi nak makan?? Minum??" Tanya cg Tajrie
"Nak minum je" cg Za'im menuangkan air dan hulur pada Mimi"Abang keluar kejap nak call abang Min" kata cg Tajrie
"Abang" panggil Mimi. Cg Tajrie mengalihkan pandangan kepada Mimi
"Kalau kak long dengan adik ada Mimi nak cakap" pinta Mimi. cg Tajrie angguk dan melemparkan senyuman"assalamualaikum abang"
"waalaikumsalam Wan, ada apa apa berita??"
"alhamdulillah Mimi dah sedar"
"alhamdulillah boleh cakap dengan dia??"
"kejap"cg Tajrie menghulurkan phonenya pada Mimi
"assalamualaikum??"
"waalaikumsalam, Mimi okay??"
"okay, cuma sakit sikit badan"
"ni abang ada bincang dengan mama"
"bincang apa??"
"lepas Mimi habis PT3 Mimi akan stay sini sampai habis SPM"
"betul?!"
"ye, tapi ada satu syarat mama bagi"
"apa??""Mimi kena balik sana setiap cuti sekolah dan 2 minggu sebelum mula sekolah tahun baru"
"senang je syarat mama tu"
"senang memang senang tapi Mimi kena stay dengan abang tau, kalau abang kena pindah Mimi pun pindah tau"
"tak kesah lah sebab Mimi tahu Sha dengan Hani pun akan duduk dengan abang kan?"
"mana tahu??"
"adalah, abang Sha dengan Hani ada dengan abang tak??"
"dia orang ada kelas dengan abang Khairul sampai pukul 2 nanti dah habis abang suruh dia call Mimi tau"
"abang jangan bagi tahu yang Mimi dah bangun tau""kenapa??"
"saja"
"ye lah, abang ada kerja nak buat ni, jangan lupa makan semua tau"
"okay, bye assalamualaikum"
"waalaikumsalam"
Panggilan Dimatikan..."abang tahu kan Mimi pindah Serendah balik?"
"tahu tapi abang Min yang tak bagi kita orang bagitahu Mimi" jawab Cg Tajrie
"tak sabarnya!!"
"dah rehat" arah cg Za'im
"okay""Wan aku keluar kejap" pinta cg Za'im
"dah lah Im kau call macam mana pun dia tak akan angkat" cg Tajrie dah tahu apa tujuan sebenar cg Za'im keluar
"aku akan tuntut bela, aku tak akan duduk diam, dia dah langgar adik aku" cg Za'im tetap berkeras
"Za'im, kita biar pihak polis buat siasatan" cg Tajrie menenangkan cg Za'im
"Sampai bila Wan??" cg Za'im masih berkeras"Za'im, jangan masuk campur kerja polis, kita tunggu siasatan polis dan yang penting kita jaga Mimi lagi pun tak elok kita fitnah dia, walaupun kita tahu dia yang buat. InsyaAllah kebenaran akan berpihak kepada kita" cg Tajrie tetap tenang mengawal cg Za'im
"Okay" cg Za'im mengalah
"Dah dari kau sebok pasal perempuan tu baik kau turun bawah gi beli bubur untuk Mimi, aku nak mee goreng" arah cg Tajrie
"Duit??" Minta cg Za'im sambil menghulurkan tangan
"Berkira!!. nah" cg Tajrie menghulurkan duit. Cg Za'im senyum dan mencapai duit yang dihulur
"Terima kasih abang" ucap cg Za'im sambil mengusap rambut cg Tajrie
"Rambut aku!!" Marah cg Tajrie, cg Za'im melarikan diri********************
"Abang Min!!" sergah 2 sahabat
"Ya Allah!!" spontan ayat itu keluar dari mulut cg Syamin
"Hahahahaha!!" pecah tawa 2 Sahabat
"Nak abang mati awal ke?!" geram cg Syamin
"Jangan lah marah kami gurau kasar je" kata Sha sambil senyum kambing
"Dah lah tak payah nak senyum sangat, ni abang Khairul mana??" tanya cg Syamin
"Dah balik" jawab Hani
"Ouh dah lah siap kita balik abang penat ni" ajak cg Syamin sambil mengemas barang
"Abang penat sebab??" tanya Hani"Tadi ada budak buat hal" jawab cg Syamin
"Buat hal?? buat apa??" tanya Sha
"Hisap vape" jawab cg Syamin. 2 sahabat hanya angguk
"Ni abang ada berita" kata cg Syamin
"Apa dia??" Tanya 2 sahabat serentak
"Tadi abang Wan ada call"
"Kenapa?? Mimi okay??" Tanya Hani
"Abang Wan suruh call dia kul 4:30 petang nanti" kata cg Syamin. 2 sahabat hanya diam risau mungkin
"Dah lah jom balik" ajak cg Syamin lagi. 2 sahabat hanya mengikut langkah cg Syamin tanpa bersuara*******************
Selepas hantar Hani cg Syamin terus memandu ke taska Harraz dan balik ke rumah. Sampai di rumah Sha terus mendokong Harraz dan naik ke tingkat atas tanpa mengeluarkan apa apa suara, cg Syamin yang faham perangai Sha cuma diam dan melihat gelagatnya sahaja.
"Assalamualaikum Wan"
"Waalaikumsalam ni Mimi abang Wan tidur, macam mana abang??"
"Abang suruh dia orang call Abang Wan pukul 4:30 so Mimi buat video call sebelum 4:30 lah"
"Okay!! Thanks abang"
"Hmm okay, tapi jangan call sekarang pukul 3:30 nanti sebab kita orang baru sampai rumah"
"Baru pukul 2:50 so Mimi kena tunggu 40 minit lah ni?!"
"Yer adikku tersayang"
"Okay"
"Dah lah abang nak rehat penat"
"Okay!! Bye Assalamualaikum
"Waalaikumsalam"
Panggilan dimatikan...********************
Cg Syamin baru mahu melelapkan mata cg Khairul pula menelefonnya
"Aduh!! Baru nak tidoq" rungut cg Syamin
"Hello Assalamualaikum Min"
"Waalaikumsalam, kenapa Rul??"
"Hani call aku tadi dia cakap mak dia tak ada dekat rumah"
"Aik tadi yang dia masuk rumah macam mana??"
"Mana ada dia masuk rumah, dia dekat luar"
"Tak betul tadi dia masuk rumah, aku tunggu dia sampai dia masuk baru aku balik""Tak dia dekat depan rumah, dia cakap ada kereta Vios depan rumah tu"
"Vios!! Okay aku pergi ambik dia sekarang"
"Hah aku pun on the way pergi rumah dia ni, nasib baik aku tak balik rumah lagi"
"Aik tadi dia orang cakap kau dah balik"
"Memang lah tapi aku tertinggal barang dekat makmal aku patah balik"
"Hah okay lah aku pergi sekarang, bye Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
Panggilan dimatikan..."Sha!!" Sha!!" Panggil cg Syamin. Sha terus keluar dari biliknya
"Kenapa abang??" Tanya Sha
"Abang nak pergi rumah Hani, Sha tutup tingkap atas semua duduk bawah bawak Yaz sekali" arah cg Syamin. Sha terus menutup semua tingkap di tingkat atas dan mendokong Harraz turun ke bawah
"Pintu belakang abang dah kunci, kalau ada apa apa Sha call je abang pintu ni kunci dari dalam tau" Sha angguk faham
"Abang pergi dulu Assalamualaikum" ucap cg Syamin
"Waalaikumsalam"Cg Syamin terus memandu keretanya ke rumah Hani , sampai di depan rumah hanya cg Khairul bersama Arissa di depan rumah Hani
"Rul Hani mana??" Tanya cg Syamin*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*Agak agak Hani ada tak dekat rumah, ke Hani dah di culik Aina??
Stay tuneJangan lupa like and comment tau 😉😉
YOU ARE READING
3 sahabat dan guru tercinta ✔️✔️
AdventureSinopsis Cerita ni mengisahkan tentang 3 sahabat Nurhani (Hani), Syamimi (Mimi) dan Syahmina (Sha) yang sangat menghormati dan suka membantu guru guru...Di sebabkan sifat mereka yang ringan tulang menyebabkan 4 orang guru iaitu cg Za'im,cg Syamin,c...