3SDGT 24

241 10 2
                                    

"Hello...Assalamualaikum Za'im"
"Waalaikumsalam...kenapa bang??"
"Ni tadi ada kereta ikut kita orang tau...sampai rumah"
"Ikut sampai rumah?!..kereta apa??"
"Vios Kelabu"
"Tak silap Za'im tu kereta Aina...no plat dia??"
"Abang tak sempat nak tengok...tapi dia ada tunjuk gambar 3 beradik masa dekat Pasar Tani Terapung hari tu"
"Dia ikut kita sepanjang kita dekat Kelantan ke??"
"Abang tak tahu...lusa kita jumpa semua dekat kedai simpang Serendah...boleh??"
"Boleh...tanya Naz dengan Amar dia orang ok ke"
"Betul jugak dia orang shif eh..."
"Haah...Ni abang masuk lah kunci semua pintu...nanti pasal Naz dengan Amar Za'im tanya"
"Okay lah.."
Panggilan di matikan...

"Apa yang dia nak dengan adik adik aku ni" kata cg Syamin dalam hati
"Abang??..abang okay??" Tanya kak Nabila yang risau melihat cg Syamin yang gelisah
"Okay...2 beradik dekat atas kan??" Tanya cg Syamin mahukan kepastian tentang 2 sahabat
"Haah dengan Yaz.." lega cg Syamin mendengar jawapan dari isterinya

Sedang cg Syamin rehat di ruang tamu sambil menunggu kak Nabila mengemas dapur tiba tiba ada satu bunyi di tingkat atas...cg Syamin terus bangun dan memanggil 2 sahabat
"Sha!!...Hani!! Apa tu??" Tapi tiada satu pun suara, cg Syamin mula risau
"Sha!!...Hani!!" Panggil lagi cg Syamin
"Abang??...kenapa??" Kak Nabila terus ke depan selepas mendengar cg Syamin memanggil 2 sahabat
"Abang dengar something pelik dekat atas" jawab cg Syamin
"Dia orang bergurau kut" kak Nabila menenangkan cg Syamin yang dari tadi tak senang duduk. Mana taknya macam macam boleh jadi kepada adik kesayangannya
"Abang naik atas kejap tengok.."
kak Nabila hanya mengangguk membenarkan suaminya naik ke atas melihat 2 sahabat

Sebelum naik cg Syamin pastikan pintu depan dan belakang dikunci rapi
"Pintu belakang dah kunci??" Tanya cg Syamin
"Dah..." selepas mendengar jawapan itu cg Syamin mula melangkah satu per satu anak tangga sambil memanggil 2 sabahat
"Sha??..Hani??" Tapi masih tiada jawapan dari mereka yang cg Syamin dengar hanya tangisan budak
Cg Syamin mengetuk pintu bilik mereka sebelum masuk ke dalam tapi tiada nyahutan...kerisauan makin kuat dirasai cg Syamin
"Abang masuk eh.." cg Syamin meminta izin sebelum membuka pintu bilik untuk masuk...

Cg Syamin terkejut melihat Harraz yang menangis sambil terbaring bersama Sha dan Hani yang pengsan serta lebam di muka
"Sha!!..Hani!!" Jerit cg Syamin terkejut
"Abang apa jadi??" Kak Nabila memanggil cg Syamin dari bawah
"Sayang call ambulance sekarang!!" Arah cg Syamin sambil mendokong Harraz memujuknya

Sambil membuat panggilan kak Nabila berlari ke atas mahu melihat keadaan 2 sahabat
"Ya Allah!!" Terkejut kak Nabila melihat 2 sahabat yang terbaring. Cg Syamin menghulurkan Harraz kearah isterinya dan cuba mengejutkan 2 sahabat, tapi tiada respon diberikan mereka

10 minit kemudian terdengar siren dari 2 ambulance di luar rumah...cg Syamin mengekori dari belakang dan kak Nabila berada dalam ambulance bersama Harraz.
Sampai di hospital Sha dan Hani diusung ke bilik kecemasan...sementara menunggu 2 sahabat yang dirawat cg Syamin call yang lain

Hampir sejam mereka dirawat akhirnya doktor keluar
"Doktor macam mana keadaan adik kami??" Tanya cg Tajrie
"Mereka tiada apa apa yang serious..cuma disebabkan ada luka di belakang kepala Syahmina saya terpaksa jahit...jangan risau mereka akan sedar dan saya akan pindahkan mereka ke wad biasa"
"Terima kasih doktor...doktor, boleh saya tahu apa puncanya??" Tanya cg Khairul
"Dari luka yang saya tengok pada Hani itu luka seperti di tumbuk dan pada Syahmina mungkin dia ditumbuk dan dihentak berkali kali" jawab doktor itu.
"Terima kasih doktor.." ucap kak Nadiah sambil mendokong Arissa selepas melihat cg Khairul terduduk mendengar jawapan Doktor tersebut
"Sama sama saya minta diri dulu ya.."

Tak lama selepas itu cg Syamin dan cg Za'im yang baru balik dari balai polis datang kearah mereka sambil berlari
"Macam mana dia orang??" Tanya cg Syamin
"Hani cuma lebam biasa...Sha kena jahit sebab ada luka dekat belakang kepala dia.." jawab cg Tajrie.
"Ni semua salah Za'im...salah Za'im" Cg Za'im menyalahkan diri sendiri sambil mengetuk ngetuk tangannya di dinding
"Za'im! Za'im!! Dengar ni tak ada sesiapa pun salah dalam keadaan ni...bukan salah abg min bukan salah kau..okay??" Cg Tajrie menenangkan sahabatnya
"Salah aku Wan..kalau dari dulu aku dengar cakap dia benda ni tak akan jadi" Cg Za'im masih menyalahkan dirinya
"Memang!! Memang salah kau..kalau kau dari dulu dengar cakap dia benda ni semua tak akan jadi!!" Cg Khairul menengking cg Za'im
"Rul sabar Rul..." cg Syamin menahan cg Khairul yang sudah sedia untuk memberikan buku lima kepada cg Za'im
"Za'im minta maaf...Za'im minta maaf sangat sangat" cg Za'im sedar kesilapanya

"Kau ingat maaf kau tu boleh kembalikan adik aku dekat dalam tu?!" Amarah cg Khairul tak dapat dikawal lagi..Buku lima tepat mengena tepi bibir cg Za'im
"Abang!!" Kak Nadiah terkejut terus menarik badan suaminya
"Dah!!...ni hospital bukan tempat bergaduh dan bukan masanya untuk kita bergaduh...masa macam ni kita kena bersatu bukan bergaduh lagi pun dalam kes ni tak ada sesiapa pun yang bersalah...kita dah bincang, Za'im tak akan pisah dengan 3 beradik walau apa pun terjadi...kita tunggu Naz dengan Amar balik nanti kita bincang...okay??" Cg Tajrie menenangkan keadaan yang kelam kabut

Betul pada masa inilah 2 sahabat perlukan abang abang mereka...jika abang abang mereka bergaduh, besar kemungkinan ia akan membuatkan 2 sahabat makin sakit..
"Za'im jom kita balik rumah siap siap kita jumpa Aina" ajak cg Tajrie...cg Za'im hanya akur dan sebelum dia meninggalkan yang lain dia sempat memohon maaf kepada semua...

Perlahan lahan bayang cg Za'im dan cg Tajrie hilang dari pandangan mereka
"Rul jom kita bincang dekat luar.." ajak cg Syamin
"Kalau macam tu kita orang pergi tengok Sha dengan Hani lah" kak Nabila meminta izin suaminya
"Pergilah.."
"Abang sayang pergi eh.." kak Nadiah meninta izin sambil mengusap bahu cg Khairul...
cg Khairul hanya angguk tanpa bersuara

Selepas kak Nabila dan kak Nadiah pergi cg Syamin memulakan langkah keluar dari hospital kearah satu pondok yang disediakan oleh pihak hospital dan diikuti cg Khairul di belakang...selepas mereka duduk dengan selesa cg Syamin menyoal cg Khairul

"Kenapa kau geram sangat dengan Za'im??"
"Entah aku rasa dia penyebab semuanya jadi"
"Tapi kita dah bincang dekat Kelantan kan...walau apa pun terjadi Za'im tak akan berpisah dengan 3 beradik"
"Aku tahu...tapi kalau benda jadi lagi teruk??"
"Kita lalui sama sama..kau sendiri tahu kan betapa sayangnya 3 beradik dengan kita...kalau sorang hilang agak agak dia orang tak marah kita??"

Cg Khairul hanya diam..tiada jawapan untuk soalan cg Syamin dan perlahan lahan dia mula tenang dan tiada lagi api kemarahan..

"Assalamualaikum...Za'im?"
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Kesian cg Za'im makan jugak buku lima cg Khairul...

Apa pun thanks sebab menyokong 3SDGT...jangan lupa like and comment 😉😉

3 sahabat dan guru tercinta ✔️✔️Where stories live. Discover now