Intro : 99%

6.4K 724 125
                                    

iamyourcupcake 2019

iamyourcupcake 2019

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

99%

Kim taehyung feat Hwa Yoon Seo

Karya pendek 20 bab

Fiksyen romantis,

inspirasi filem : me before you

Had umur : 15 tahun

___________________

Idea asal dan jalan cerita
:
iamyourcupcake© 2019

Dilarang menciplak mana-mana bahagian dalam karya ini tanpa kebenaran dan izin menulis terlebih dahulu.

__________

Prolog

Sebut sahaja nama keluarga Kim. Seluruh pelusuk kota Seoul pasti sibuk bercerita tentang seorang lelaki misteri ini.

Lelaki yang sungguh perfect di mata gadis-gadis. Satu-satunya anak tunggal dan pewaris syarikat Kim.

Wajah kacaknya, sikapnya yang terlalu suka berfoya-foya hanya sementara.

Insiden letupan di syarikat milik keluarganya meranapkan segalanya.

Dia disahkan lumpuh. Hidupnya bertukar kusut selepas itu. Setelah sekian lama hidup memencilkan diri, Puan Kim enggan melihat kondisi anaknya bertambah teruk.

Kehadiran Yoon Seo dilihat sebagai satu peluang keemasan. Tawaran sebagai penjaga peribadi anak lelaki mereka yang sakit ditawarkan bersama ganjaran yang lumayan.

Pulihkan Taehyung kembali kepada asal bukan mudah. Yoon Seo cuba pelbagai cara.

Pesanan ibu Taehyung sentiasa dipegang kemas olehnya. Gadis itu nekad untuk mengembalikan semula senyuman di wajah Taehyung.

__________

"Tolong munculkan semula senyuman di wajah anak saya. Please, you are my last hope."

Tatapan mata wanita tua itu terhenti lama di wajahku. Telapak tangannya menggenggam erat tanganku.

Nafasnya dihembus gusar. Air mata yang mengalir deras diseka laju. Senyuman lebar tetap dihias lebar di wajahnya.

Hatiku seolah dirobek. Sebaknya tiada penghujung melihat riak mendung Puan Kim.

"Apa yang Puan mahu saya lakukan?"

Bibirnya dikemam resah. Kelopak matanya dikedip perlahan.

"Awaklah 1% yang akan melengkapkan hidup anak saya."

Hati gadis itu berdegup kencang. Kata-kata Puan Kim membisikkan satu suara hati yang mendebarkan.

"You will be the perfect person for my son, Kim Taehyung."

_____

Harap prolog okay.

Coming soon • August

Komen.

[C] 99% | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now