18

2.6K 507 27
                                    

99% • Kim Taehyung

Layanan Taehyung selepas malam hari lahirnya itu sungguh istimewa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Layanan Taehyung selepas malam hari lahirnya itu sungguh istimewa. Sudah beberapa minggu momen luahan perasaan itu berlalu pergi.

Aku tetap tersengih sendirian. Ketawa comelnya, wajah kacak milik Tae dan suara garau dan dalamnya. Lengkap pakej meruntun hatiku.

Jam di dinding dikerling sekilas. Aku jatuhkan semula pandangan mataku di atas kalendar mini.

Hari ini cukup tiga puluh hari seperti yang sentiasa bermain di lidah Taehyung.

Dia asyik ulang benda yang sama.

Layan aku macam Prince tepat 30 hari kita bersama.

Setiap hari dia melafaz ayat yang sama. Hati aku turut terkesan dengan tutur katanya yang berbaur aneh.

"S-saya mandikan awak ya?"aku membalas gugup apabila Taehyung memeluk pinggangku dari arah belakang.

Deheman perlahan suara serak basah itu memberi signal 'ya'. Lantas, aku bergerak turun dari katil.

Rambutnya yang kusut dikemaskan semula. Aku geram dengan mimik comel wajah tampan itu seraya pipinya dicubit kuat.

"Layan prince baik-baik. Aku nak pulang dengan rasa bahagia. Dari kau seorang."

Aku menayangkan wajah cemberut. Sewaktu ingin memapah tubuh tinggi lampai itu, Taehyung sempat buat hal.

Kepalaku ditolak ke wajahnya.

Ccup.

Ciuman bibir Taehyung menempel di bibirku. Lama kami berkeadaan sebegitu. Dia peluk aku lain macam.

Kuat dan erat. Nafasnya memberat setiap kali dihembus keluar.

"Aku takut, Yoo Seo. Nanti aku sunyi tanpa kau."

Bicara sayunya merobek hatiku sekali lagi.

-tbc-

A/N:

Saya harap percubaan saya membuat kisah sedih tangkap lelehhh menjadi.

Hihihi. Kalau hambar tahap tenuk, maafin eomma ya.

Guwa try. I lob u semua yang sudi baca this crappy fanfic.

At least ada pembaca kecil semua ni memberi inspirasi kepada saya untuk taip hingga ke akhir.

Gracias, Mi amore. Dua bab akhir menyusul.

[C] 99% | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now