99% • Kim Taehyung
Sepanjang beberapa hari menguruskan Taehyung, aku mampu menarik nafas lega.
Taehyung menurut kata. Jarang sekali dia mahu bertindak agresif kecuali waktu dia mahu makan.
Hujung bajuku ditarik seseorang. Aku menoleh seraya aku mengangguk kepala secara automatiknya.
"Saya siapkan makanan untuk awak. Taehyung, kita turun bawah sekarang?"aku soal sambil menyelak juntaian rambutnya yang menutupi dahi.
Aku tatap renungan sepasang mata berwarna Hazel itu. Hobi terbarunya boleh buatkan rona pipiku memerah.
Suka je mata tu perhatikan aku macam cctv setiap masa.
Aku malu tapi mahu! Siapa je tak nak dipandang manusia berwajah tampan itu?
"..."dia balas bisu seperti biasa. Aku papah badannya menuju ke kerusi roda.
Baru hendak menolak kerusi roda tersebut, sekeping surat coretan tangan dilipat segi empat kecil disuakan ke arahku.
Kepalanya ditundukkan ke bawah. Aku jeling wajahnya yang merah seperti menahan rasa malu.
"A-apa ni Taehyung?"
Telapak tangannya memberi isyarat agar aku meneliti tulisan kecil di atas surat tersebut.
Aku sembunyikan senyuman yang mahu terukir. Surat itu dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Kerusi roda yang diduduki Taehyung ditolak keluar dari bilik tidurnya.
"Baiklah, Taehyung. Saya akan baca bila awak tidur nanti."
Coretan ringkas itu bermain-main di fikiranku. Pesanan comel Taehyung menyebabkan aku makin tidak sabar ingin melihat isi kandungan surat tersebut.
'Terima kasih untuk 30 hari yang istimewa ini. Jaga aku elok-elok.'
Aku terdiam sejenak. Isi surat tersebut menimbulkan banyak persoalan.
Taehyung pasti baik-baik sahaja kan?
-tbc-
A/N:
Terima kasih gais. Saya tak sangka ada juga yang membaca karya sendu sesendu ini.
Fanfic ini memang saya nak betul-betul sedih.
Harap bertaebahlah semua.
Komen komen komen. Komen korang buatkan saya bersemangat untuk update. Thanks untuk sokongan yang diberi.
T. T
Saya terharu.
YOU ARE READING
[C] 99% | Kim Taehyung
Fanfiction"Pegang janjiku. I always be your angel, sayang." Start: 27/7/2019 End: 26/8/2019 Cover by: @soofiathefirst