99% • Kim Taehyung
A/N:
Saya akan tamatkan siri ini pada bab yang ke-20. ❤
-----
Udara segar menderu lembut. Aku berhenti menolak kerusi roda yang diduduki Taehyung lalu aku bergerak ke hadapannya."Saya harap awak happy."aku lafaz perlahan seraya menggosok nakal permukaan rambut Taehyung yang beralun lembut.
Lelaki itu mengangguk setuju dengan kata-kataku. Sudut hujung bibirnya bergerak membentuk senyuman kecil.
"......"balasan bisunya disulami gelak tawa berbunyi bahagia. Walaupun perlahan bunyi gelakan itu, aku buat-buat tak dengar.
Bila lagi nak muncul bunyi suara garau itu? Peluang mendengar dia gelak kecil aku tak akan sia-siakan.
"Saya tunggu suara awak...sebut nama saya."aku berjeda. Jemarinya digenggam kuat lalu aku membalas renungan matanya.
"Hwa Yoon Seo. Itulah nama saya."
Taehyung tetap pasif daripada memberi sebarang reaksi selepas itu. Terbuai sendirian lelaki itu melayan sekitar pemandangan tasik di luar rumah agamnya.
Aku mencuri pandang gelagatnya dalam diam. Lelaki itu mengeluarkan sekeping kertas kecil. Sebatang pen dikeluarkan daripada kocek seluarnya.
Perasaan sebak yang menyerang ditahan agar Taehyung tidak menyedari renungan rahsiaku ini.
Aku lihat dia seka air mata yang mengalir di pipi. Kertas itu dicoret dua baris ayat sebelum dia lipat kecil.
Apa lagi yang Taehyung mahukan?
-tbc-
YOU ARE READING
[C] 99% | Kim Taehyung
Fanfiction"Pegang janjiku. I always be your angel, sayang." Start: 27/7/2019 End: 26/8/2019 Cover by: @soofiathefirst