99% • Kim Taehyung
---author's note---
Saya berharap korang berpuas hati dengan ending begini. I wanna see my beloved readers comment down there. So, selamat membaca.
Prepare sehelai tisu. Cukup ke?
----
"Kau kuat, Taehyung. D-demi dia."ujarnya sebak. Dibiarkan jemarinya merangkul sisi lengan Yoon Seo.
Kelopak mata si lelaki cuma mampu terbuka separuh. Dia sedar tubuhnya tidak boleh bertahan lama. Senyuman kecil terbit di wajah.
Mata redupnya memerhati pemandangan luar sana yang dihiasi sinaran matahari. Tubir mata bergenang itu pecah akhirnya.
"Finally, your prince can rest now."bibirnya berkata perlahan. Bibirnya dikemam resah. Cecair masin dan likat di dalam mulut itu meresap ke reseptor lidah.
Kesan batuk-batuk kecil malam tadi membawa padah.Puas dia menunggu beberapa jam kemunculan matahari di luar sana.
Dia nak berehat. Letih menanggung sakit di dunia. Bahu Yoon Seo digoyang lembut. Namun, gadis itu tidak terjaga dari tidur yang nyenyak.
Lena dan asyik dilamun mimpi sehingga kejutan Taehyung pada pagi itu tidak memberi kesan.
"I love you sayang. Nanti bangun. Peluk aku kuat-kuat. Jangan menangis lama sangat. Aku tak sanggup."
Jemarinya dikepal menjadi penumbuk kecil. Ditemani nafas berbunyi kasar, dia daratkan tumbukan berulang kali.
Sakit itu tetap tak akan hilang.
"Selamat pagi, Yoon Seo. Ada rezeki kita bertemu lagi."
Dia dapat rasakan tubuh gadis itu bergerak sedikit demi sedikit. Dia tarik nafas sedalam-dalamnya.
Air mata lebat membasahi pipi. Dia angkat wajah. Tatapan mata itu berakhir apabila kepala Taehyung jatuh terkulai layu di atas bahu Yoon Seo.
"Sayonara."
Sayup-sayup suara dan bunyi hembusan nafasnya mengendur. Genggaman jemarinya yang kuat terungkai bebas daripada jemari Yoon Seo.
Dahinya sudah tidak berkerut. Kelopak mata yang terbuka separuh terpejam rapat.
Seolah hari esok tidak wujud lagi baginya.
-------
T-tak. Aku tak bermimpi. Tubuh lembik tidak bermaya Taehyung aku goncang sekuat hati.
Bangunlah Tae.
Bangun Tae.
Kau jahat.
Bangunlah.
Responsnya kekal pasif. Aku memeluk tubuhnya yang sejuk. Jujur aku mendengar ucapan selamat pagi daripada Taehyung.
Fikiranku cuma menganggap Taehyung ingin bergurau. Telahanku tersasar jauh.
Aku memeriksa nadinya. Sebarang denyutan lenyap dari tubuhnya.
"Taehyung, m-maafkan aku."
Telingaku di dadanya. Tepat di kawasan terletaknya jantung lelaki itu.
Tanganku yang menggigil merangkul tubuhnya daripada jatuh ke bawah. Air mataku deras mengalir seperti empangan yang pecah.
Dadanya ditumbuk lemah. Aku menggeleng kepala. Janji yang diamanahkan Taehyung kepadaku kembali terngiang-ngiang di fikiran.
Bodohnya kau, Yoon Seo. Setiap hari Taehyung memberi klu.
Adakah kau terlalu bodoh untuk sedar?
T-tak, sayang. Tidak sama sekali.
Telingaku masih ditekap di dadanya. Walaupun degupan jantung sudah sunyi daripada berdegup kencang, aku enggan melepaskan tubuhnya.
Well, aku butakan hati dan mata. Aku sedar dia menunggu masa untuk mati.
Tapi, aku buat-buat bodoh. Aku pekakkan telinga kerana aku tahu realiti seperit ini akan tetap mengirim salam perkenalan.
Taehyung tinggalkan aku.
Aku tahu. Aku tak akan lupakan momen indah setiap kali mata kita bertemu.
Tatapan matanya yang sentiasa buatkan hati aku asyik dugeun dugeun.
Pelukan lenganku pada tubuh Taehyung dikemaskan lagi. Aku kucup seluruh inci wajahnya yang pucat.
Air mata jatuh. Senyuman kecil terbentuk paksa di hujung bibir.
"Awak kuat demi saya. Saya juga a-akan lakukan perkara yang sama."
Aku leraikan pelukan. Pipi Taehyung yang basah dengan tangisanku dilap bersih.
Aku tak dapat nafikan bibirku menggeletar saat kata-kata terakhir ini meluncur di bibirku.
"I'll miss you, T-Taehyung."
Terima kasih.
Terima kasih untuk memori singkat dan manis ini, Kim Taehyung.
You will be remembered.
Always.
-tamat-
YOU ARE READING
[C] 99% | Kim Taehyung
Fanfiction"Pegang janjiku. I always be your angel, sayang." Start: 27/7/2019 End: 26/8/2019 Cover by: @soofiathefirst