99% • kim taehyung
Seharian Taehyung tersenyum bahagia. Mirip seperti lelaki yang baru melangsungkan perkahwinan.
Hakikatnya terlalu memeritkan. Dia buang segala aura sedih yang asyik mahu hinggap pada dirinya.
Buat apa nak sedih? Takdirnya akan berakhir seperti ini. Dia redha. Hati dia cukup senang melihat kasih sayang yang dicurah ikhlas oleh Yoon Seo.
"Dah wangi dan segak, Taehyung saya ni. Cuba senyum manis lagi."usik Yoon Seo.
Taehyung membalas permintaan teman wanita itu. Jemarinya yang menggenggam kuat tempat pemegang kerusi roda langsung tidak disedari Yoon Seo.
Senyuman manisnya mengaburi derita yang ditanggung Taehyung sehingga saat terakhir itu.
"Aku cinta kau, Yoon Seo."
Luahan itu menambah debaran menggila di dada Yoon Seo. Jemari Taehyung yang berada di atas paha ditarik lalu dia sulam erat jemari mereka berdua.
Posisi gadis itu duduk melutut di hadapan kerusi roda Taehyung. Panahan anak mata mereka bersatu sehingga kepala Taehyung menunduk ke bawah.
"Terima kasih kerana kau sudi siapkan aku sampai jadi kacak macam ni. Sayang, aku nak cakap something ni."
Dahi Yoon Seo jelas berkerut. Semakin gelabah dirinya tika iris mata Taehyung berkaca.
"Saya c-cinta awak juga. Taehyung, don't make me scared. Yoon Seo tak kuat kalau Tae macam ni."bergetar suaranya membelah kesunyian malam.
Bahunya ditepuk lembut oleh lelaki itu. Taehyung menarik telapak tangan Yoon Seo seraya tawa kecil terhambur di bibirnya.
"Then, be strong for me. Janji kau kepada aku. Jangan mungkirinya."
Taehyung menghalakan jari telunjuknya ke katil. Bahu gadis itu dipeluknya mesra sebelum tubuhnya dipapah ke tengah katil.
Dia sandarkan kepalanya di bahu Yoon Seo. Imej bulan yang bersinar indah melegakan hati.
Kewujudan Yoon Seo melengkapkan malam tersebut. Sambil melayan celoteh kecil dari bibir Yoon Seo, liurnya ditelan perit.
Kabur. Pandangan matanya bertambah kabur. Malah, ianya bersilih ganti dengan tahap kesakitan yang mencengkam tepat di jantung.
"Teman aku tidur, Yoon Seo. Sebab aku tak nak tengok muka kau nangis. Buruk ah."guraunya kasar.
Yoon Seo membebel kecil. Dia menurut permintaan Taehyung tanpa banyak soal.
"Pagi nanti saya nak awak kejutkan saya. Boleh tak Taehyung?"
Taehyung mengangguk lemah. Selimut tebal itu ditarik untuk menyelimuti tubuh mereka berdua.
"Kalau aku mungkir janji, kau jangan marah aku Yoon Seo."dia berbisik terlalu perlahan. Matanya melirik ke arah Yoon Seo.
Sayangnya, balasan jawapan terakhir itu lambat sampai. Dia elus lembut helaian rambut Yoon Seo.
Rahangnya diketap kuat. Telapak tangannya menekup mulutnya yang terbatuk kecil.
"Sempat ke aku kejutkan dia?"
Kesan darah di atas telapak tangan dilap rakus. Kelopak matanya dipejam rapat.
"Sabar, Taehyung. Kau kena tahan. Jangan hampakan Yoon Seo."
-tbc-
YOU ARE READING
[C] 99% | Kim Taehyung
Fiksi Penggemar"Pegang janjiku. I always be your angel, sayang." Start: 27/7/2019 End: 26/8/2019 Cover by: @soofiathefirst