99% • Kim Taehyung
Aku melambai tangan. Pemergian Encik dan Puan Kim dihantar hanya di depan pintu.
Bunyi ngauman enjin kereta mulai lenyap dari deria pendengaranku. Dengan hati yang berat, aku kerah bukaan langkah kaki menuju ke tingkat atas.
Mujurlah rumah agam ini serba mewah dan lengkap dengan kemudahan lif. Semuanya memudahkan aku untuk menguruskan keadaan Taehyung yang sedia lumpuh.
Ppranggg.
Aku bergegas naik tika bunyi hempasan kaca berbunyi kuat.
Daun pintu ditolak kasar. Sepasang mataku membulat tika imej Taehyung yang tidak berbaju menjamah ruang mata.
"M-mandi."lafaznya tidak bersuara. Tubuhnya disandarkan lemah beralaskan bantal-bantal empuk di atas katil.
Aku membaca pergerakan mulutnya.
Jemarinya rakus melucutkan butang-butang baju kemeja putih itu. Nafasnya dihela kasar. Kelopak matanya dikedipkan berulang kali.
Signal jelas menandakan dia mahu aku laksanakan perintahnya secepat mungkin.
"M-mandikan aku."ucapnya lagi.
Iris mata Hazel itu merenung tajam. Aku larikan pandangan bila sedar tubuh tegapnya itu mengganggu seluruh fokusku.
"Now. "Bisikannya membuatkan aku gerun. Bahunya dipegang kemas lalu aku cuba memapah perlahan figura tubuh tinggi lampai itu ke kerusi roda.
Malang tidak berbau, aku tersilap aturan langkah. Berat tubuhnya gagal dikawal menggunakan kudrat kecilku.
"M-mandi."ulangnya untuk kali ketiga.
Aku balut cemas tubuhnya tatkala aku sedar sesuatu yang berbahaya.
Fabrik baju di bahuku dicengkam lembut jemarinya. Lekuk bibir Taehyung terbenam kuat di bahuku yang terdedah.
Damn. Sukar dan rumit tugasku sebagai babysitter lelaki dewasa. Aku risau diri terus hanyut.
Segera tubuh Taehyung dipapah semula ke kerusi roda.
Sumpah. Dapat aku melihat pipi aku dan dia merona merah. Hati yang berdegup kencang aku abaikan.
Biar hati berbicara. Jangan melayan. Kelak aku binasa.
-tbc-
A/N:
Dalam karya ini, korang akan jumpa sisi berbeza Tae yang agak menggeramkan, baran dan menggoda.
Itu personaliti dia. Cuma, karya ini genre sad romances.
Jadi, fikir-fikirkanlah. ;)
YOU ARE READING
[C] 99% | Kim Taehyung
Fanfiction"Pegang janjiku. I always be your angel, sayang." Start: 27/7/2019 End: 26/8/2019 Cover by: @soofiathefirst