12

2.7K 500 20
                                    

99% • Kim Taehyung

Yoon Seo menggelabah teruk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Yoon Seo menggelabah teruk. Dia sukar melawan panahan anak mata menyinga Taehyung.

Cukup dapat pakej free kena cium dan disapa suara mahal lelaki itu. Gadis itu terkunci mulutnya.

"Hurm?"Taehyung menyoal ringkas. Selimut tebal yang membaluti badan ditolak ke tepi.

Rasa panas dan berdebar menyebabkan fikirannya tidak tentu arah.

Suara emas yang dipendam lama sejak beberapa bulan yang lalu terkeluar juga. Dia buka sengaja.

Akibat sentuhan bibir Yoon Seo, Taehyung mampu menuturkan sebaris ayat lengkap tanpa gagap.

"S-saya tak berniat nak ganggu awak tidur. Maafkan kesilapan saya. This is all my fault. "

Taehyung memegang kemas bahu Yoon Seo. Tubuh gadis itu yang membongkok takut ditegakkan semula.

Taehyung menunjukkan riak bengis. Sekali-sekala dia mahu mengusik gadis itu.

Kertas yang dilipat kecil dimasukkan ke dalam genggaman telapak tangan Yoon Seo.

Misi 30 hari semakin suntuk dan dia dikejar masa.

Masa terlalu mencemburui Taehyung untuk kekal menghirup udara di dunia ini.

Kepalanya disandarkan di bantal. Apabila dia mendengar pintu biliknya ditutup oleh Yoo Seo, kelopak mata dibuka luas.

Lengannya memeluk tubuh sendiri. Dia tarik nafas sedalam-dalamnya dan dia hembus kasar dan bunyi memberat itu melolos dari celah bibir.

"A-aku ada baki masa yang sedikit. Tuhan, andainya m-masa bergerak lambat."tuturnya sebak. Wajahnya diraup berulang kali.

-tbc-

[C] 99% | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now