99% • Kim Taehyung
"Taehyung, jamahlah sedikit. Penat tau eomma masakkan. Please."pujuk Puan Kim.
Permukaan bahu anaknya diusap lembut. Sudu berisi bubur yang dihalakan tepat mendekati bibir anaknya menemui jalan buntu.
Kusut fikiran wanita tua itu memikirkan keadaan Taehyung yang semakin merosot saban hari.
"Huh."balas suara garau itu. Perkataan inilah yang hanya digunakan olehnya sejak beberapa bulan yang lalu.
Sudu tersebut ditepis kasar. Kepalanya dibenamkan semula di bantal seraya kelopak matanya dipejam rapat.
Dia tahu sikapnya begitu kurang ajar. Tapi, emosinya terlalu sensitif untuk berhadapan dengan keluarga atau sesiapapun yang melawatnya.
"Eomma mahu Taehyung yang dahulu. Mana boleh mengalah? Kami sayang Tae. Jangan putus harapan. Ada peluang untuk anak eomma sembuh."lirih suara wanita itu.
Dadanya terasa sakit menanggung sebak yang dipendam setiap hari. Pipi Taehyung dikucup lalu Puan Kim bergerak keluar dari bilik tidur tersebut.
Usai pemergian eommanya, kelopak mata Taehyung tercelik luas. Bibirnya bergerak menuturkan kata-kata tanpa sebarang suara.
Jemarinya yang bergetar menyentuh kawasan paha dan kakinya yang sudah hilang keupayaan. Sekali lagi, air matanya membasahi kulit pipi.
Bibirnya dikemam resah. Tatapan matanya memandang sayu suasana petang yang kelihatan di luar tingkap.
Dia dambakan kebahagiaan seperti dahulu. Namun, dia sedar semua itu hanya mampu menjadi renungan matanya dari jauh.
Hidupnya sudah hancur sejak insiden letupan di tempat kerjanya enam bulan yang lepas.
-tbc-
A/N:
Watak Taehyung dalam cerita ini:
Dia lumpuh dan suka membisu. Dia dah takde keyakinan untuk bercakap dan lebih suka hidup memencilkan diri.
Jadi, watak heroin akan jadi penjaga Tae nanti. ❤
So far, pembuka cerita bosan sikit. Tunggu plot bergerak ya. ^^
YOU ARE READING
[C] 99% | Kim Taehyung
Fanfiction"Pegang janjiku. I always be your angel, sayang." Start: 27/7/2019 End: 26/8/2019 Cover by: @soofiathefirst