03

3.2K 577 22
                                    

99% • Kim Taehyung

Cawan kertas berisi air kopi panas didekatkan ke bibir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cawan kertas berisi air kopi panas didekatkan ke bibir. Aku hirup perlahan-lahan sambil melarikan pandangan ke arah suasana di luar tingkap kafe.

Tenang. Namun, hatiku mengatakan sebaliknya.

Aku gosok permukaan dada yang berombak. Degupan jantung tidak berhenti menggila sejak kedatanganku di kafe 30 minit yang lalu.

"Adik dah lama  tunggu? Maaf tau. Ahjumma lambat sikit sebab nak uruskan baby besar dekat rumah tu."

Aku menunduk hormat. Segera aku genggam kuat kedua-dua telapak tangan yang menggeletar cemas.

Setiap kali hadir interview kerja, rasa gugup selalu menyerang aku.

Tatapan lembut sepasang mata dari kerusi berhadapan denganku ini memberi satu mesej tersirat kepada aku.

Bakal majikan aku ini pastinya orang yang baik-baik sahaja kan?

Wanita berusia separuh abad itu meletakkan satu keping gambar di atas meja.

Senyumannya melebar. Jari telunjuknya terhenti lama di situ.

Wajah kacak seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 25 ke atas mencuri fokus iris mataku.

Takkanlah aku nak habiskan cuti semester dengan menjaga anaknya yang cukup dewasa ini?

"Dia anak saya. Kim Taehyung. Anggap jelah dia macam anak asuhan Cik Yoon Seo. Jadi babysitter kami untuk dua bulan je. Boleh kan?"ucapnya dalam nada suara mengendur.

Tutur katanya bergerak perlahan. Ketawa kecil seakan dipaksa keluar dari bibir Puan Kim untuk menutup segala kesedihan yang bersarang di hatinya.

"Saya setuju. Anytime saya boleh mula bekerja."

Aku menyambut huluran tangan Puan Kim. Aku sempat merenung sekilas.

Lega hati tatkala wajah suram wanita itu kelihatan sedikit ceria daripada biasa.

-tbc-

A/N:

Saya harap anda tidak kebosanan membaca cerita sedih ini.

:')

[C] 99% | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now