07

3.3K 659 87
                                    


99% • Kim Taehyung

"Awak kena jamah sedikit bubur ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak kena jamah sedikit bubur ni. Lepas ni,makan ubat pula. Please, Taehyung."aku memujuk lelaki itu.

Dia tepis kasar telapak tanganku yang mendarat di bahunya. Sudu berisi bubur ayam terpelanting sadis ke atas lantai.

"......"dia menunjukkan tanda-tanda kecil ingin mengamuk. Bantal-bantal kecil ditolak sehingga bertaburan ke bawah.

Jemarinya meraup cemas wajahnya berulang kali. Kemungkinan dia panik semakin jelas ketara.

Dada Taehyung berombak. Helaan nafasnya turun naik dan berbunyi kuat. Cuak habis aku nak handle mamat ni.

"T-tak nak makan. Nak tidur."aku perhatikan gerak mulutnya mengujarkan ayat ini satu persatu.

Apabila aku terlihat tubuhnya menggeletar teruk, lengan didepa lalu tubuh Taehyung dipeluk kuat.

Badannya tetap menggigil. Bahuku terasa basah dengan air matanya. Aku biarkan kepala Taehyung mendarat di bahuku.

"Tae, bertenang. Saya janji untuk kekal setia menemani awak."lancar bibirku menuturkan janji yang tidak pasti kepadanya.

Aku menggenggam kuat telapak tangannya. Pada awalnya, Taehyung bergelut ingin melarikan diri.

Kedegilan aku tetap diteruskan. Biar Taehyung mengamuk ,asalkan aku berjaya menghalangnya daripada berkelakuan agresif.

"Taehyung kuat. I knew it."pujukanku menggunakan nada lembut persis ibu memujuk anak kecil.

Aku tarik tubuh Taehyung yang terkulai lemah rapat ke sisiku. Helaian rambutnya diusap berhati-hati.

"....ughhh."dia membalas melalui bunyi rengusan nafas kedengaran berat.

Aku hulurkan tangan. Aku tersenyum lebar kerana jemari yang menggigil takut itu menyambut huluran tanganku.

Jemari aku dan dia dibiarkan bersulam erat. Aku gagal mengawal desakan diri daripada mengucup lembut pipi Taehyung.

Jujur aku rasakan jemarinya mulai berhenti menggigil. Hembusan nafas lelaki itu mengendur dan berbunyi tenang semula.

Aku toleh kepala memandang Taehyung. Matanya yang berkaca merenungku dalam.

"...."

Dia kedipkan mata sebanyak tiga kali. Pesanan Puan Kim automatik muncul di benak fikiran.

'Kalau Tae kedip mata tiga kali, maksudnya dia sayangkan orang tu.'

Aku menepis firasat hatiku. Hatiku menolak keras kata-kata Puan Kim. Mustahil seawal ini Taehyung jatuh sayang terhadap aku.

Jangan berfikir mengarut, dearself.

-tbc-

A/N:

Wah. Votes almost 1k.

Thank you semua. 😭❤

[C] 99% | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now