❣ 01 | Pengantin Ekspress

919 33 1
                                    

You broke a promise and made me realize. It was all just a lie.

AAAHHHH !”

Pekikan itu bergema di seluruh banglo dua tingkat itu. Pagi-pagi dah kecoh , entah apa nak jadi.

"Hei kau kenapa hah ?!" Bentak seorang lelaki yang terjaga dari tidurnya di atas katil aku. Aku ulang , KATIL AKU !

"Kau siapa ?! Kenapa kau boleh ada dalam rumah aku ?!" Tanyaku dengan nafas yang tercungap-cungap. Marah ni marah !

"Hello Nur Hani Sofea ? Kau lupa ke apa yang jadi semalam ?" Sindir lelaki itu.

Eh dia tahu nama panjang aku ! Semalam ? Kedua-dua keningku hampir bertaut dan berlakulah kerutan di situ. Aku cuba mengimbas kembali memoriku tentang hari semalam.

Setelah semua maklumat sampai dari impuls saraf ke otak , barulah mataku terbeliak. Aku menutup mulutku yang ternganga.

Mindaku kembali dibayangi peristiwa yang telah berlaku ,

"Encik.. Tolong saya encik... Tolong kahwin dengan saya... Tunang saya larikan diri. Tolong saya encik , saya tak nak mak ayah saya dapat malu. Tolong saya encik... Huwaa..."  Aku melutut kepada seorang lelaki yang aku rempuh sebentar tadi.

Pakaian pengantin masih tersarung di tubuhku. Fazrul , kau memang kejam ! Kalau aku jumpa kau nanti , aku siat kau hidup-hidup !

"Bangun." Satu patah perkataan itu keluar dari mulut lelaki itu.

Aku patuh arahannya dengan mulut yang masih tersebek. Baru aku perasan , lelaki itu turut berpakaian Melayu yang sama tona dengannya. Harapanku menjadi semakin tinggi

"Tolong saya encik..." Rayuku lagi.

"Apa yang aku dapat kalau aku tolong kau ?" Tanya lelaki itu mendatar.

"Encik boleh minta apa-apa je. Saya janji saya akan tunaikan. Cuma tolong kahwin dengan saya pleaseee ?" Tanpa berfikir panjang , aku terus merayu dan merayu.

"Okey.." Ujar lelaki itu.

"Betul ni encik ? Alhamdulillah , ya Allah..." Aku mengucapkan syukur berkali-kali kehadrat Ilahi.

The Unexpected Marriage [HIATUS]Where stories live. Discover now