❣ 04 | Luahan Hati

464 24 2
                                    

It's hard to tell your mind to stop loving someone when your heart still does.

MALAM terakhir bulan madu kami , Dhiyat mengajak aku ke sebuah tempat yang cantik , katanya. Apacerr , semua tempat cantiklah ! Aku rasa nak tinggal dekat sini terus pun ada. Tapi aku rindukan Malaysia juga. Hm.

"Naik bot malam-malam ni ?" Tanyaku sebaik sahaja Dhiyat melangkah ke dalam sebuah bot yang sudah ditempahnya.

"Habis tu ? Kau nak berenang ? Ha pergilah ," balas Dhiyat selamba.

Aku mencebik. Tanya sikit nak sindir. Tanya sikit nak perli. Urgh ! Jawab elok-elok tak boleh ke Tengku Dhiyat Ammar ?

"Yelah-yelah.." Aku turut berpijak ke lantai bot itu. Uii , jangan bergoyang..

Seorang staff atau pekerja lelaki yang bertanggungjawab dalam memandu kami ke tempat yang dikatakan Dhiyat itu , mula memandu (?) bot itu. Tak lama kemudian , kami tiba di sebuah terowong yang bersaiz sederhana besar. Gua agaknya.

"Kau nak tahu ni apa ?" Tanya Dhiyat memecahkan kesunyian antara kami.

"Apa ?"

"Glowing Worm Cave ," ujar Dhiyat ringkas.

"Ohh..." Aku mengangguk perlahan dengan kerutan seribu di dahi. Curiousity kills the cat , bak kata omputih.

Masuk sahaja ke dalam gua itu , kegelapan menyimbah kami berdua. Aku secara automatik memeluk lengan Dhiyat. Takut.

"Eii asal gelap sangat ? Diorang tak letak lampu ke ?" Tanyaku bertubi-tubi. Masa-masa macam ni , mata ni mulalah melilau ke sana ke sini. Tertengok benda kang naya je.

"Tak perlu letak lampu. Creatures dalam ni mampu untuk terangkan gua ni." Balas Dhiyat sambil tersenyum. Penakut !

"Mana ?" Tanyaku lagi. Suami aku ni biul ke apa ? Tak nampak ke gelap ni ? Mana yang cerahnya.

"Kejap lagi kau tengok lah ," balasnya.

Beberapa minit kemudian , barulah aku dapat melihat kebesaran Ilahi itu. Cahaya neon yang berwarna biru kehijau-hijauan memenuhi dinding gua tersebut. Butiran-butiran kecil berwarna yang melekat pada dinding gua itu mampu untuk membuatkan aku terdiam. Tergamam sampai tak boleh keluarkan suara.

"Subhanallah , cantiknya !" Hanya itu yang meniti di bibirku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Subhanallah , cantiknya !" Hanya itu yang meniti di bibirku. Dhiyat mengangguk setuju.

Bot yang kami naiki itu dihentikan oleh staff tadi di tengah-tengah gua itu , memberi ruang kepada kami untuk menikmati keindahan kejadian ciptaan Allah itu.

Ingin sahaja aku menggunakan kemudahan teknologi masa kini , iaitu smartphoneku untuk menangkap foto gua itu. Namun , apa nak buat. Aku kena ikut peraturan tempat ni.

Untuk pengetahuan korang , Glowing Worm Cave atau Gua Waitomo ini terletak di daerah Waikato. Di dalam gua ini terdapat sejenis speises ulat ‘bercahaya’ yang sangat unik dan ianya sudah terbentuk sejak 30 juta tahun dahulu. Ada banyak cara untuk anda meneroka tempat ini, salah-satunya dengan menaiki bot.

Sebelum dibenarkan masuk, pelancong selalunya akan diberi sedikit taklimat oleh tour guide yang bertugas. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi, seperti tidak merokok, tidak dibenarkan mengambil apa-apa gambar termasuk video dan paling penting untuk anda tahu, semua pelancong yang masuk ke dalam gua ini akan dipaksa menyanyi.

(Betapa gigihnya aku search pakcik Google 😌)

"Mr and Mrs , why don't both of you sing a song. If you wanna know , singing in this cave is the must thing to do here." Staff lelaki itu mula bersuara di belakang kami.

Aku dan Dhiyat saling berpandangan.

"Awak jelah , saya tak nak." Ujarku laju.

"Kau tak dengar ke dia cakap , 'both of you?' Ke ada orang lain selain kau dekat sini..." Sengaja Dhiyat melilaukan matanya di sekelilingnya.

Aku pantas menepuk bahunya. Dia ni boleh pulak buat main perkara macam ni. Kalau benda tu ada betul-betul baru tahu.

"Saya tak--"

"Land in Miami , the air was hot from summer rain
Sweat drippin' on me , before i even knew her name la la la. It felt like ooh la la la , yeah , no."

"Sapphire moonlight , we danced for hours in the sand , tequila sunrise , her body fit right in my hands , la la la. It felt like ooh la la la , yeah.."

What the ? Banyak-banyak lagu dalam dunia ni , lagu ni juga yang dia nyanyi... Kalau pasangan yang saling mencintai tu lainlah nak berduet lagu ni pun. Ini ?

Dia mengerlingku sekilas.

Aku menarik nafas dan menghembusnya kasar. Sumpah Tengku Dhiyat Ammar ni suka buat aku annoying dengan dia. Mahu tak mahu aku terpaksa juga sambung nyanyian tu.

"I love it when you call me señorita , i wish i could pretend i didn't need ya , but every touch is ooh la la la , it's true la la la... Ooh i should be runnin' ,"

"..ooh you know i love it when you call me señorita , i wish it wasn't so damn hard to leave ya , but every touch is ooh la la la , it's true la la la  , ooh i should be runnin' , ooh you keep me coming for ya."

Akhir sekali , kami berdua menyanyikan korus itu dengan perasaan sebal dan semestinya bukan lahir dari hati. Huh.

Staff lelaki tadi menepuk kedua-dua tangannya seraya tersenyum melihat 'kemesraan' pasangan itu yakni aku dan Dhiyat !

Hidup ini penuh dengan penipuan.

"Jangan perasan ," kata Dhiyat tiba-tiba.

Aku menjuihkan mulutku ke depan. Eleh , aku tahulah !

"Well , you too.." Balasku selamba.

Dhiyat hanya mendiamkan diri. Aku mengemam bibir perlahan. Dah kenapa lelaki ni ?

"Aku selalu nyanyi lagu ni dengan dia ," ujarnya lagi.

Keningku terjongket sebelah. 'Dia' ? Ex dia ?

"Your ex ?" Tanyaku berani.

Dhiyat menyungging senyuman pahit.

"Tapi tulah , aku terlalu bodoh sebab terlalu yakin yang dia akan jadi pemilik hati aku yang sah." Ujarnya seraya tergelak kecil.

Entah kenapa aku rasa macam kecewa ? Hilang terus mood honeymoon , mood hilang tension tu semua. Tak-tak... Aku just tak luas hati sebab dia buat luahan tu masa honeymoon. Like , what the...

Haih , merepek kau Hani. Nasib baik esok dah nak balik Malaysia.

"Ehm.. Kau dah lama dengan dia ?" Tanyaku sekadar berbasa-basi.

"Almost 5 years ," balasnya pendek.

Ohh , patutlah teruk sangat patah hati ni. Kesian juga aku tengok suami aku ni. Tanpa sedar , aku tersenyum hambar.

"Kau kena ingat , kita sebagai manusia hanya boleh merancang. Yang menentukannya , Allah. Kalau dah Allah tentukan takdir kita macam tu , macam tulah jadinya. Begitu juga sebaliknya. Kau kena terima qada' dan qadar Allah , Dhiyat."  Pesanku lembut sambil bermain-main dengan jari-jemariku.

"Entahlah.." Keluhnya berat. Dia membongkok ke depan sambil meraup mukanya. Matanya terpejam rapat.

Sekali lagi , aku tersenyum nak tak nak sahaja selepas melihat keadaan Dhiyat pada waktu itu.

Dia masih tak boleh move on ,

Dia masih cintakan ex dia .

Pada malam itu , bersaksikan glowing worms , sekeping hati telah kembali berdarah dan sekeping lagi hati perlahan-lahan retak seribu.

The Unexpected Marriage [HIATUS]Where stories live. Discover now