❣ 06 | Hani 'Hilang' ?

435 27 2
                                    

Soulmates find each other like the light in the darkness.

DHIYAT mengurut kepalanya yang masih berasa berpusing. Semuanya akibat dia terlalu ikutkan nafsu sehinggakan sebotol kencing syaitan itu habis diteguknya. Dia mengucapkan syukur kepada-Nya kerana dia masih bernafas pada pagi itu serta dia selamat balik ke rumahnya.

Keadaan banglo pada pagi itu tidak seperti biasa. Selalunya dia akan mendengar bunyi riuh-rendah sudip berlaga dengan kuali dari dapur. Begitu gigihnya Hani Sofea belajar memasak.

Namun , dia berasa agak pelik kerana bunyi-bunyi itu tidak menyapa pendengarannya pada pagi itu. Dhiyat mengerling jam locengnya.

"Allah ! Patutlah... Mesti dia dah pergi kerja ni ," ujarnya kalut. Dia bangkit dari pembaringannya dan bergegas menyiapkan diri.

Dia pun dah lewat sebenarnya !

"Eh gelapnya ? Takkan Hani pun bangun lewat sampai tak sempat buka langsir semua ni ?" Monolog Dhiyat sebaik sahaja dia turun ke ruang tamu.

"Ah lantaklah ! Aku dah lewatttt !" Tanpa berasa sangsi , dia terus keluar dari rumahnya itu dan menuju ke pejabat milik keluarganya.

❤❤❤


"Assalamualaikum umi !" Ujarku setelah berada betul-betul di hadapan rumah warisan tradisional itu.

"Waalaikumussalam ," sayup-sayup kedengaran suara wanita menjawab salam dari dalam rumah. Mungkin di dapur.

Beberapa saat menunggu , terjengul wajah wanita kesayanganku di muka pintu kayu jati itu.

"Umiii !" Aku berlari anak memanjat anak-anak tangga , mendapatkan tubuh itu.

"Hani !" Wanita itu turut teruja melihat anak bongsunya itu. Dia menarikku ke dalam pelukannya.

"I miss you , umi.." Gumamku.

"Miss you too , sayang.." Balas Umi. Jangan main-main dengan umi aku ni ! Nampak je kampung , tapi bertaraf kebangsaan ni !

Mata tuanya tertancap pada bagasi hitam di tangan anaknya itu. Bagasi ?

"Mana si Ammar tu ?" Tanya Umi sebaik sahaja pelukan terlerai.

Aku mengawal air mukaku. Senyuman diukir.

"Dia... busy sikit umi. Lagipun dia kena backup kerja yang dia tinggal hari tu ," bohongku.

Maafkan Hani , umi.

"Takpelah.. Jom masuk." Ajak Umi tatkala melihat riak wajah anaknya itu.

Ya Allah , semoga rumah tangga anak-anakku baik-baik sahaja. Amiiinnn...

❤❤❤

Dhiyat sekali lagi berasa bingung apabila banglonya itu sunyi sepi bagaikan tiada yang menghuninya. Selalunya , Hani setia menunggunya di ruang tamu untuk menyambutnya. Tetapi segala-galanya aneh hari ini.

Kelibat Hani langsung tidak kelihatan. Malah , keadaan banglonya itu sama sepertimana keadaannya pagi tadi.

"Mana Hani ni ? Takkan tak balik lagi kut ? Dah lewat ni.." Rungut Dhiyat sambil mengerling jam dinding.

Dia mengeluarkan smartphonenya lalu terus menekan kenalan yang disimpan sebagai 'Hani Sofea' itu. Kemudian , smartphone itu dilekapkan ke telinga.

The Unexpected Marriage [HIATUS]Where stories live. Discover now