❣ 09 | Aisyah

399 19 0
                                    

"AISYAH !" Aku berlari memeluk sahabat karibku sejak sekolah menengah itu.

"Wei Hani ! Rindunya dekat kau ! Dah dekat sebulan kita tak jumpa kan ?" Balas Aisyah.

"Ha'ah.. Kau la busy sangat. Sampaikan majlis aku pun tak pergi ," usikku acah merajuk dengannya.

"Sorry laa.. Dah kerja aku banyak , nak buat macam mana ? Eh , so how ? Macam mana life kau lepas dah jadi isteri orang ni ?" Ujar Aisyah seperti teruja.

"Best ! Kau pun kena cepat-cepat kahwin tau. Aku tak boleh nak describe perasaan tu macam mana." Jawabku sambil tersenyum. Mempunyai Dhiyat sebagai suami adalah satu anugerah terbesar kurniaan Allah bagiku.

"Wow.. Mesti Fazrul sweet gila kan ?!" Ujar Aisyah sambil membuat muka geli bersama sengihan.

Senyumanku kian pudar. Asyik-asyik nama tu. Stress aku !

"Nope. My husband is not Fazrul." Balasku tenang.

"What ?!" Aisyah membuat muka terkejut beruk. Hek eleh , over minah ni.

"Yup.. Something happened and i got married with another man ," balasku. Cukup tenang.

"Siapa ?" Tanya Aisyah.

"Dhiyat Ammar. Aku bersyukur sangat dia yang jadi suami aku. Si Fazrul tu memang terbukti tak guna , hm.." Aku tersenyum sinis.

"Ohhh... Kau tak sedih ke ?" Tanya Aisyah.

"Buat apa nak sedih ? Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Well , yeah.. Aku patut berterima kasih pada dia sebab dia tak datang majlis tu. If not , aku takkan jumpa Dhiyat aku." Balasku sambil tersenyum apabila teringatkan Dhiyat.

"Sorry Hani..." Ujar Aisyah sedikit sedih.

"Kenapa pulak kau ni ?" Tanyaku.

"Yelah... Kan aku yang recommend kan si Fazrul tu," balas Aisyah.

"Halah... Dia yang buat keputusan tu , bukan kau." Ujarku memujuknya.

"Hm.. Aku doakan kau hidup bahagia , Hani." Ujar Aisyah sambil tersenyum segaris.

"Hani !"

Aku berpaling ke belakang. Kelihatan Dhiyat berlari anak ke arahku.

"Kenapa ni ?" Tanyaku hairan.

"Kedai runcit dekat mana ?" Tanya Dhiyat sebaik sahaja berhenti berlari.

"Buat apa ?"

"Umi suruh beli barang ," balas Dhiyat.

Aku bingkas bangun dari tepian bendang sawah itu. Seluar di bahagian punggung aku tepuk berkali-kali bagi menyapu rumput-rumput kering yang melekat.

"Jom , Hani temankan. Aisyah aku pergi dulu ea ?" Pamitku. Aisyah mengangguk kecil. Matanya menikam lelaki di sebelah rakannya itu.

"Tengku ?" Gumamnya perlahan.

Pasangan sejoli yang semakin jauh meninggalkannya itu ditatap lagi.

"Patutlah familiar je nama suami kau , Hani."

❤❤❤


Malam itu , aku dan Dhiyat duduk melepak di pangkin rumah yang berhadapan dengan sawah padi.

"Kau cakap dengan siapa dekat sawah tadi ?" Tanya Dhiyat memecahkan kesunyian malam.

"Tadi ? Aisyah , kawan saya." Balasku.

The Unexpected Marriage [HIATUS]Where stories live. Discover now