❣ 05 | Crushing On Him

455 28 1
                                    

Hiding your feelings is not the easy way out but sometimes it's the only thing you can do.


SEJAK peristiwa di dalam Glowing Worm Cave itu , hubungan aku dan Dhiyat sedikit renggang berbanding kebiasaannya. Dan sejak itu jugalah Dhiyat menjadi lebih pendiam dan suka termenung.

Tanya sepatah , jawab sepatah. Tanya berpatah-patah pun jawab sepatah. Kadang tu , angguk dan geleng je yang jadi jawapan. Beruntung ex Dhiyat sebab ada pasangan yang setia macam ni. Tapi dah ada yang setia , kaya , handsome macam ni pun still tak reti nak bersyukur. Apa nak jadi manusia zaman sekarang.

Tapi , perubahan Dhiyat itu tidak bermakna dia tak boleh nak tunaikan janjinya kepadaku tempoh hari. Sampai sahaja di tanah air ,  Dhiyat terus membawa aku ke banglonya yang terletak berhampiran bandar Johor.

Sewaktu aku sibuk mengemas banglo tersebut , tiba-tiba smartphoneku berdering. Tanpa melihat nama pemanggil , aku terus menjawab panggilan tersebut.

"Hello ?" Tanyaku terlebih dahulu bersama kerutan di dahi.

"Assalamualaikum , Nur Hani Sofea Bt Ahmad Kamil."  Balas satu suara wanita di hujung talian.

Mataku membuntang. Mati aku!

"Er waalaikumussalam umi ! Umi apa khabar ?" Tanyaku ramah. Aku menepuk dahiku beberapa kali.

Ya Allah , ampuni aku kerana aku telah menjadi anak derhaka...

"Bertuah punya anak ! Dah kahwin tu tak reti nak bermalam dekat kampung ni dulu ke ?! Dah lupa asal usul ke apa Hani ?" Laju sahaja peluru berpandu itu keluar dari mulut wanita itu , umiku sayang.

"Umi... Hani minta maaf. Hani tak ingat langsung pasal kampung sebab terlalu banyak masalah yang Hani fikirkan dekat sini. Umiii !!! Maafkan Hani umi... Hani dah jadi anak derhaka kan umi ?" Aku mula tersebik-sebik biarpun wanita itu tidak dapat melihatnya.

"Kau ni Hani... Aku bebel sikit menangis. Dah jadi isteri orang pun masih cengeng macam tu ke ?" Balas wanita itu lembut untuk memujuk anak gadisnya itu.

"Hani dah jadi anak derhaka umi... Apa yang boleh Hani buat supaya umi maafkan Hani ?" Tanyaku bersungguh-sungguh. Rasa penyesalan dan serba salah terhadap keluargaku membuak-buak di dada.

"Hehee... Ni yang aku nak dengar Hani ," Aku rasa umi tengah senyum sekarang ni. Jangan minta yang pelik-pelik umiku sayang.

"Cepatlah cakap. Umi nak apa ?" Tanyaku lembut , menanti jawapannya.

"Senang je Hani. Aku tak minta banyak pun ," balas wanita itu masih berbasa-basi.

"Umi... Cepatlah bagitau ," gesaku.

"Balik kampung , bermalam kat sini. Ajak menantu umi tu juga."

Aku tersentak. Dah agak dah.

"Em inshaallah umi. Nanti bila suami Hani cuti , kitorang balik kampung." Balasku perlahan.

"Amiiinnn.. Umi teringin nak tengok menantu ekpress umi tu." Suara wanita itu kedengaran teruja.

The Unexpected Marriage [HIATUS]Where stories live. Discover now