❣ 11 | Lunch Hour

369 18 0
                                    

H.O.P.E. Have Only Positive Expectations

"LAHHH , ni ke tempat kerja kau ?" Tanya Dhiyat. Dia yang hantar aku ke butik hari ni. Semata-mata nak tahu lokasi tempat kerja aku.

"Yelah... Takkan Hani nak tipu kut ," balasku selamba.

"Kita jiran lah kiranya... Senang sikit kalau ada apa-apa nanti ," ujar Dhiyat.

"Ha'ah.."

"Okeylah , aku nak masuk office aku pulak." Ujar Dhiyat , dia sudah bersedia untuk menaikkan cermin kereta itu.

"Okey... Drive elok-elok , kerja elok-elok , jangan lupa lunch tau.." Pesanku.

"Iya , Hani.. Aku pergi dulu , Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.."

Aku berlalu menuju ke butik tempat kerjaku. Aku menolak pintu kaca sebuah butik yang berlabel 'BUTIK D'MAYA'.

"Haniiii ! Lama tak jumpa kau !" Sapa Farisha , rakan kerjaku.

"Shaaa ! Rindunya dekat kau !" Ujarku sambil memeluknya.

"Samalah ! Aku pun rindu kau tahu tak ?" Balas Farisha.

"Amboi amboi... Riuh nampak ?" Tegur satu suara.

"Eh Cik Maya.. Maafkan kami. Excited sangat , sebab lama tak jumpa ha." Ujarku sambil menunduk hormat kepada majikanku itu. Majikan paling baik dan sporting aku pernah dapat.

Cik Maya tersenyum.

"Takpelah , saya faham." Balasnya.

"Kau tahu tak , huru-hara butik ni takde kau. Ramai customer nak berurusan dengan kau. Maklumlah tangan kau paling berseni berbanding aku , Cik Maya dengan
Bella." Ujar Farisha. Mulut murai sungguh kawan aku sorang ni.

"Lah ye ke ?" Aku hanya ketawa kecil.

"Huii... Hampir tak waras kami bertiga nak handle satu-satu masalah tu." Ujar Cik Maya pula.

"Oh ya , mana Bella ?" Tanyaku apabila menyedari bilangan kami tidak cukup seorang.

"Dia MC seminggu. Kaki dia terseliuh. Teruk jugalah." Balas Farisha.

"Dia ada dekat rumah ke hospital ?" Tanyaku.

"Macamlah kau tak kenal si Bella tu. Nak jejak kaki dalam kawasan hospital pun habis paksa... Dia rehat dekat rumah dia je ," balas Farisha.

Aku tergelak apabila teringatkan kelemahan Bella. Takut hospital.

"Ha borak-borak juga. Kerja tu macam gunung tau. Kena cover yang Bella lagi." Sampuk Cik Maya.

"Ha'ahlah ! Kerja aku banyak lagi..." Rungut Farisha.

"Takpe... Kita sambung borak lain kali. Now , jom siapkan kerja !" Ajakku bersemangat.

"Wow , bersemangat sia..." Ujar Farisha melopong.

"Eh mesti !"

❤❤❤

London

"What ? Dia dah ada pengganti ?"

"Yup ,"

"Ohhh.."

"Are you okay with that ?"

"Urm , I'm just fine. Kalau tak , buat apa I lari kan ?"

"Kenapa u lari sebenarnya ?"

"I dah anggap dia macam abang i kut , lagipun i tak ready lagi nak kahwin. I'm still young !"

The Unexpected Marriage [HIATUS]Where stories live. Discover now