❣ 14 | His Desire

351 17 0
                                    

My moon craves your smile , my stars crave your shine.

"TENGKU ARINA ni sepatutnya jadi cucu menantu Grandma. Tapi disebabkan beberapa faktor , orang lain yang gantikan tempat dia. Tapi tak apalah. Tak jadi cucu menantu , boleh jadi cucu angkat Grandma. " ujar wanita di lewat usianya di atas pentas setelah selesai menjamu selera. Di sisinya terdapat Tengku Arina yang tersipu malu mendengar ucapan itu.

Dalam diam , aku tersentap dengan kata-kata orang paling tua dalam keluarga Tengku itu.

"Don't mind her words , Hani." Ujar Sabrina.

Aku hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum.

"Apa function perempuan tu naik pentas sekali ?" Gerutu Naim jengkel.

"Entah." Balas Adrian sepatah.

"Grandma ingin mempersilakan Tengku Dhiyat Ammar yang merupakan CEO Tengku's Royal Family untuk naik pentas untuk memberi sepatah dua kata pada malam ini." Ujar Grandma.

Dhiyat lantas berdiri. Kemudian dia memandangku.

"Get ready untuk naik juga eh ?" Pintanya sebeleum berlalu ke pentas.

Aku hanya mengangguk walaupun agak bingung.

"Wei , amende Grandma dengan perempuan tu tak turun lagi ?" Ujar Sabrina agak tidak puas hati.

"Something's fishy ," balas Ainaa.

"Assalamualaikum semua. Saya rasa takde topik yang menarik nak diutarakan malam ni kecuali... Saya nak perkenalkan isteri saya sahaja. Nak kenal tak ?" Tanya Dhiyat ramah.

"MESTILAH NAK !"

Aku dapat melihat perubahan wajah Grandma dan Tengku Arina yang berdiri berdekatan Dhiyat. Kemudian aku memandang Dhiyat. Pandangan kami bertembung. Dia mengangguk menyuruh aku naik ke pentas.

"Go kak Hani !" Ujar Ainaa.

Perlahan-lahan aku berdiri dan mengatur langkah ke pentas. Aku dapat merasakan diriku menjadi tumpuan hampir seisi dewan tersebut.

"Cantik je ,"

"Wow , bertudung litup..."

"Macam budak kampung je ,"

"Tapi dia cantik la. Cantik lagi dari Arina tu. Natural beauty gitu !"

Aku berdiri di sebelah Dhiyat. Dhiyat menghulurkan mikrofon kepadaku. Aku nervous huh... Bibirku terkumat-kamit membisik kalimat bismillah sebelum mula berbicara.

"Assalamualaikum semua. Nama diberi Nur Hani Sofea , boleh panggil Hani. Saya akui perkahwinan saya dengan Tengku Dhiyat memang tak sepadan dan tak serasi. Tapi kalau dah jodoh , kita tak boleh buat apa kan ? Setakat ni , saya bahagia dengan perkahwinan ni. Dan inshaallah akan berkekalan hingga ke akhir nyawa saya. Sebelum tu , selamat berkenalan kepada semua... Assalamualaikum." Ujarku sedikit bergetar. Nervous gila !

Aku menyerahkan mikrofon itu kembali kepada Dhiyat. Dia menyambutnya bersama senyuman senang hati terukir di bibir. Kemudian , aku memeluk lengan Dhiyat.

Kedengaran tepukan datang dari meja kami sebelum diikuti oleh meja-meja lain. Aku tersenyum tersipu malu.

"Itu sahaja dari kami. Sekian terima kasih ," ujar Dhiyat lalu menyerahkan mikrofon kepada Grandma di belakang kami.

The Unexpected Marriage [HIATUS]Where stories live. Discover now