❣ 15 | Ditinggalkan

389 19 0
                                    

SETELAH menyucikan diri dan menyembah-Nya , aku turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Alhamdulillah , sejak berkahwin ni pengetahuan aku tentang masakan semakin bertambah.

Memandangkan Dhiyat tak suka makan berat waktu sarapan , aku hanya menyediakan pancake untuk kami berdua.

"Morning , sayang..." Tiba-tiba terdapat sepasang tangan melingkar di perutku.

Wait , sayang ?

"Sayang ?" Tanyaku.

Dhiyat menongkat dagunya pada bahuku.

"Yes. You're my sayang from now. Eh no-- from last night," balas Dhiyat seraya tersenyum gatal.

"Eiiii apa ni Shubenn..." Bentakku dengan muka yang merah. Malu 99% dan 1% rasa marah.

"Thank you sayang..." Ujar Dhiyat lagi.

"Well , itu tanggungjawab saya." Balasku perlahan.

"Okey , nanti aku claim lagi." Ujar Dhiyat lalu beredar ke meja makan.

"Gatallah Shuben ni ," rungutku.

"Aku gatal dengan kau je." Balas Dhiyat agak kuat.

"Hmm..."

"Ke kau nak aku cari madu kau Hani ?" Tanya Dhiyat tiba-tiba.

Tangan yang ralit melakukan kerja terhenti. Aku berpaling ke arah Dhiyat yang turut memandangku.

"Jangan buat mood Hani down , Shuben." Ujarku mendatar.

"Sorry , aku bosan ni." Kata Dhiyat. Dia menongkat dagunya di atas meja makan itu pula.

Aku menarik dan menghembus nafas perlahan. Kepingan pancake yang siap dimasak aku susun di dalam dua buah pinggan seramik putih. Kemudian aku bawa pinggan itu ke meja makan. Topping madu dan coklat turut dibawa bersama.

"Shuben tak kerja ke hari ni ?" Tanyaku hairan. Selalunya Dhiyat akan terus berpakaian formal untuk ke pejabat. Tetapi pagi itu , dia hanya mengenakan pakaian kasual.

"Tak. Aku nak temankan kau." Balas Dhiyat selamba. Dia mula menikmati pancakenya setelah membaca doa makan.

"Temankan Hani buat apa ? Hani kena masuk kerjalah." Ujarku.

"Tak payah la masuk hari ni." Kata Dhiyat , dia memandangku penuh berharap.

"Bagitau dulu kenapa ?" Soalku.

Dhiyat mengerling jam tangannya.

"Lima jam lagi , aku akan berlepas ke UK." Balas Dhiyat.

"Shuben nak tinggalkan Hani ke apa ?" Tanyaku sedikit bengang.

"Sebab tulah aku nak spend time dengan kau pagi ni." Ujar Dhiyat.

"Berapa lama ?" Tanyaku dengan nada yang mengendur.

"Hampir seminggu. Tapi kalau kerja aku habis awal , awallah aku balik." Balas Dhiyat selamba.

"Lamanya..." Aku mencebik.

"Tak payah pergi kerja okey ?" Pujuk Dhiyat lagi.

Aku mengangguk kepala perlahan. Pinggan pancake ditolak ke depan. Seleraku mati begitu sahaja.

"Makanlah dulu." Ujar Dhiyat.

"Tak selera." Balasku.

"Haih , aku tak pergi lagi kan ?" Tanya Dhiyat.

The Unexpected Marriage [HIATUS]Where stories live. Discover now