❣ 02 | Keluarga Tengku

542 31 1
                                    

Don't let yesterday make you forget all the happiness you deserve today.

AKU betul-betul tak tahu yang aku berkahwin dengan keturunan Tengku. Tu pun aku tahu pagi tadi. Aku sememangnya amat terdesak semalam. Sungguh !

Berurusan dengan keluarga berkerabat diraja ini memang amat susah. Lagi-lagi dengan keadaan dirinya yang hanya berlatar belakangkan kehidupan yang sederhana di kampung.

Dan , apa yang aku paling takuti ialah penerimaan keluarga Tengku Dhiyat Ammar terhadap aku. Lebih-lebih lagi apabila kami bertukar pasangan aka kahwin ekspress ni.

Tapi aku dah cukup bersyukur sebab Tengku Diana dan Tengku Amir boleh terima aku seadanya.

"Nur Hani Sofea." Seru Dhiyat yang berada di sebelahku.

Aku tersentak.

"Iya ?"

"Kau kenapa ? Diorang dah tengok kau lain macam ," bisik Dhiyat di telingaku.

Aku melihat ahli keluarga besarnya yang ada di ruang tamu kediaman yang ekslusif itu. Ada yang melihatku bersama senyuman , tak kurang itu jelingan juga aku dapat.

"Saya takut..." Balasku perlahan.

"Haih kau ni , tak payah takut la." Kata Dhiyat seperti memujuk. Dia menggenggam tanganku erat , mengalirkan kekuatan di situ.

Aku melihat tangan kami yang bersatu itu. Kemudian , bibirku mengukirkan senyuman.

"Thanks ," ucapku.

"Amboi-amboi ! Sweet korang bukan main ya ? Orang tanya ni bukannya nak jawab ," bebel seorang perempuan , mungkin kakak sepupu Dhiyat.

"Korang la buat dia gemuruh bukan main ," seloroh Dhiyat.

Aku mencebik lantas menjelingnya sekilas. Bagitau diorang kenapa ? Ish !

"Oohhh patutlaa... Hani , kitorang masih manusia tau. Setakat ni , kitorang makan nasi lagi." Balas perempuan itu lagi.

Aku sekadar tersenyum nipis.

"Maaf ya , Hani tak biasa lagi. Btw , Hani dah ready nak khatam nama korang.. So , boleh korang perkenalkan diri ?" Ujarku mesra.

"Wow , khatam ya.. Okeylah , nama akak Tengku Heliza , panggil kak Eli je." Balas perempuan yang ramah tadi.

Aku sekadar mengangguk.

"Nama aku Tengku Sabrina , panggil aku Sab je. Kita sebaya ," ujar gadis di sebelah Tengku Heliza.

"Okay Sab.."

"Tengku Emelda." ujar seorang gadis dengan angkuh.

"Err okay Emelda ,"

"Panggil aku Aizat je ,"

"Fatehah here ,"

"Saya Tengku Ainaa ,"

"Naim Daniel , hahahaah ! Panggil Naim je , nanti aku kena kecam dek fans Naim Daniel tu. Huhu ,"

Semua yang berada di situ tergelak dengan seloroh lelaki yang bernama Naim itu.

"Aku Hafiz ,"

"Panggil aku Atif ,"

"Dan aku Adrian ,"

"Inshaallah , Hani akan ingat muka-muka ni semua." Ujarku lembut.

"So , semua ni sepupu-sepupu aku. Mak ayah diorang kau tak jumpa lagi ," kata Dhiyat pula.

The Unexpected Marriage [HIATUS]Where stories live. Discover now