| hyeseul pov
Aku memandang kearah gambar Eunsang. Mula tu memang aku fikir Eunsang curang dengan aku. Can you brain aku dekat Jordan tengah siapkan semua assignment, lab report, practical test and others sebab nak jadi doktor, and dia? Duduk dekat UK but aku tak paham keadaan dia macam mana.
Cinta jarak jauh is susah but worth it because boleh mengajar kita erti kesabaran. Dating pun takde.
"Hyeseul, Eunsang datang ni!" laung omma dari bawah.
Haila, time aku emo macam nilah kau datang. Dengan pantas, aku mengenakan seluar track suit forest line merah serta tshirt I Love Malaysia.
"Hyeseul, jom keluar." ajaknya. Aku memandang kearah Eunsang. Aku rasa ada benda takde ni.
"Eunsang, Baby mana?" tanya aku. Aku pelik. Dia tinggalkan Baby dekat mana kalau nak keluar berdua dengan aku. Mamat ni kalau aku tau dia bagi dekat Dohyun and the gang memang aku break up harini jugak.
"Ada dalam kereta. Rindu Baby ke?" tanyanya sambil senyum.
EH JANGAN SENYUM BOLEH TAK? CAIR HATI AKU NI.
"Of course lah rindu. Takkanlah tak rindu pulak." balas aku.
"Papa dia tak rindu ke?" Aku memandang kearah Eunsang. Dia ni kenapa manja semacam ni?
"Eh dahlah, jap eh nak naik atas nak siap-siap." balas aku lalu bangun untuk naik ke bilik tapi dengan pantas Eunsang menarik tangan aku.
"Kita pergi taman je. Baju macam ni dah okay. Kaja!"
"OI, SEBELUM PUKUL 8 MALAM BALIK YEE!!" laung omma dari dapur.
"OKAY OMMA!!"
****
Situasi sekarang ni tengah jalan-jalan dekat taman. You know what, bila berhenti je ramai cakap "oh suami isteri ke? cantiknya isteri kamu, anak pun comel." oh god, please lah.
"Mama, Baby penat. Baby nak duduk." adunya sambil memeluk kaki aku.
"Alololo, kesiannya dia penat. Meh sini mama dukung." kata aku sambil ingin mendukungnya. Sekali tu, aku gesekkan hidung aku dengan hidung Baby.
"Ehem, Baby je ke? Papa takde?" OI BUDAK, DIAMLAH.
"Papa tak boleh. Mama valid untuk Baby je." kata Baby. Okay, ni sayang Baby ni.
"Mama, nak main gelongsor boleh?" tanya Baby. Aku hanya mengangguk lalu Baby berlari kearah tempat yang ingin dituju.
Sepi, hanya angin sepoi-sepoi bahasa menampar muka aku.
"Eunsang, kawan-kawan kau tau pasal Baby?" tanya aku sebab untuk pecahkan suasana sepi ni.
"Diorang ada yang lari daripada aku, tapi yang mampu stay dengan aku cuma Yohan dengan Seungwoo." balasnya.
"Diorang ingat Baby tu anak kau ke?" Soalan apa aku tanya ni ish.
"Yohan ingatkan aku tak habis belajar kat UK tu means macam aku kena tendang dari universiti sebab pasal Baby. Rasa macam nak tergelak pun ada." katanya.
Eunsang, dari kecil aku kenal dengan dia. Dia memang nampak matang dalam semua situasi.
"Tapi, selagi kau ada dengan aku, aku kuatkan semangat aku untuk jaga Baby." balasnya sambil memegang tangan aku dengan erat. Aku membalas dengan senyuman. Aku tak sangka yang dia sematang macam ni.
"Eh, btw Yoora macam mana?" tanya Eunsang.
"Sepatutnya aku kena tanya soalan tu sebab aku baru balik. Aku dah lama tak contact dia ni." kata aku. Yoora is the only one my best friend.
"Ehehehe, takpelah esok kita lepak dengan Yohan." katanya.
Aku baru je nak tanya siapa jaga Baby, terus dia jawab, "Baby kita bawak sekali."
"MAMA!!" jerit Baby.
oh my god, Baby.
to be continued
YOU ARE READING
baby eunsang milik siapa ➸ lee eunsang
Short Storystatus ➮ complete "Eunsang, baik kau mengaku. Kau sambung belajar dekat UK tu habis ke tak?" - Kim Yohan. start : 09/08/2019 end : 18/08/2019 ©X1 fanfiction's by jae 🦋