PART 3
“so apa kau nak tau?” Jimin menyuapkan epal ke mulutnya.
“apa maksud kau Papa aku dihalau keluar dari istana?” soal Lara.
“Papa kau keturunan Dewa, 1 hari dia cakap dengan aku nak jalan-jalan kat bumi. Aku sebagai penjaga hanya ikut sahaja. Sedang kami bersiar-siar di satu kawasan sungai, Papa kau terlanggar Mama kau. Siapa sangka Papa kau boleh jatuh cinta kat manusia sedangkan benda tu pantang larang terbesar dalam kalangan dewa. Lama jugak Papa kau menjalinkan hubungan dengan Mama kau. Lepastu dia ambil keputusan untuk kahwin dengan Mama kau, tapi Datuk kau menghalang. Disebabkan Papa kau berkeras, Papa kau dihalau dari istana & dibuang keluarga” terang Jimin panjang lebar.
“jadi kenapa kau datang jumpa aku? Jadi penjaga aku sedangkan aku tiada kaitan dalam semua ni?” Lara menyoal balik.
“siapa cakap kau tiada kaitan? Kau cucu kandung Dewa Keamanan kot. Papa kau seorang Dewa yg sangat terkenal. Sebut nama dia semua dewa kenal” Ucap Jimin.
“so mulai harini, aku jadi penjaga kau. Dont worry, aku akan lindungi kau dari segala bahaya” Jimin senyum.
“bahaya apa” Lara menyoal.
“kau akan tau nanti” balas Jimin.
‘tok! Tok!’ - bunyi pintu diketuk. Mereka berdua berpaling ke pintu.
“Lara! Buka pintu. Ni aku Min!” kedengaran suara Min dari luar.
“eh kau menyorok!” Lara menolak Jimin ke dapur. Dengan kalut dia membuka pintu.
“akhirnya kau bukak jugak! Kau buat aku risau Lara!” ucap Min mengah.
“aku minta maaf buat kau risau” ucap Lara
“Kita balik rumah aku dulu, jom” ajak Min.
“tak perlu Min,aku dah banyak susahkan keluarga kau” ucap Lara
“tak kau tak pernah menyusahkan kitaorang. Ah ni aku bawakan kau makanan, jap aku panaskan dulu” Min bangun untuk ke dapur.
“eh Min jangan! Takpe aku.. Aku boleh buat sendiri” Lara cepat menghalang. Buatnya si Min nampak Jimin mampus dia. Dia berlalu ke dapur lalu membuka oven. Jimin yg ketika itu sedang menyorok ingin keluar,
“belum lagi. Duduk situ!” tegas Lara.
“kau cakap dengan siapa?” tanya Min dari luar.
“takde siapa. Kau salah dengar kot” ucap Lara. Min hanya mengangkat bahu. Tak lama kemudian Lara muncul sambil membawa makanan.
“Lara, bila kau nak datang Uni? “ soal Min
“erm aku tak sedia lagi, aku rasa hidup aku kosong Min. Lepas Papa Mama aku takde” ucap Lara.
“kau ada kami Lara”balas Min. Lara senyum, Min merupakan sahabatnya yg paling baik.
‘buk!’ bunyi benda jatuh. Min berpaling ke dapur
“ada kucing ke kat dapurkau??” Min ingin bangun namun Lara menahan.
“eh manada!Tu erm mungkin cawan jatuh kot” cover Lara.
“erm aku balik dulu, malam ni datang dinner rumah aku eh” ajak Min.
“aku tak boleh janji Min.” balas Lara.
“okey aku faham kau perlukan masa. Nanti datang Uni tau, aku boring kau takde” ucap Min sambil berlalu ke pintu. Lara mengangguk sambil tersenyum dan menutup pintu.
“eeiii kau kenapa bising!” marah Lara.
“sempitla dalam almari tu, aku tak dapat bernafas” Jimin menyapu bajunya yg terkena habuk.
“memangla sebab kau gemuk” kutuk Lara.
“gemuk? Aku ada six pax okey. Tengok ni” Jimin menyelak bajunya. Lara buat muka meluat.
“macamana kau tau aku kat sini” tanya Lara.
“aku dapat hidu bau kau” Jimin mendekatkan mukanya ke arah Lara sambil menghidu. Lara pula yg blushing dengan tindakan Jimin.
“kenapa Papa tak pernah cerita pasal ni? Betul ke kau penjaga aku? Ke ada niat lain? Aku tak kenal kau. Aku tak percayakan kau” ucap Lara. Muka Jimin berubah.
“mungkin sebab Appa kau dah dibuang keluarga, so dia taknak bagitau kau pasal ni. Lagipun Datuk kau sangat marah time tu. Dia hampir bunuh Mama kau, tapi Papa kau menahan. End up datuk kau halau Papa kau” terang Jimin.
“okey kau pandang aku” arah Jimin. Lara menurut. Tiba-tiba mata Jimin bertukar oren. Lara terpaku, tiba tiba bagaikan sebuah pita rakaman bermain di matanya. Kelihatan Papanya bersama Jimin, Papanya dihalau & dipukul, situasi di istana serta beberapa orang lagi yg dia tak kenal.
“argh! ” Lara mengaduh sakit lalu terjatuh dari kerusi
“Kau okey?!” tanya Jimin cemas. Tubuh Lara dibaringkan di atas ribanya.
“ookey” jawab Lara lemah. Setelah beberapa minit dia semakin pulih.
“so masih tak percayakan aku” soal Jimin. Lara diam.
“umur kau berapa?” tanya Lara.
“urm aku lahir tahun 1900, kau kiralah berapa umur aku” jawab Jimin.
“what?! Kau nampak muda,macam sebaya aku” balas Lara
“Jimin kau.. Erm kau bukan manusia kan? “ tanya Lara takut-takut.
“aku vampire, not fully la. Appa aku vampire, Eomma aku manusia Hybrid” jawab Jimin. Lara terdiam mendengar jawapan Jimin.
“jangan risau, aku takkan cederakan kau. Kau tuan Puteri aku, tugas aku jaga kau” terang Jimin selepas melihat reaksi Lara.
“apa kat rambut kau ni” soal Lara selepas melihat ada benda seakan timbul atas kepala Jimin. Jimin tak sempat menahan,
“what? Kau ada telinga extra, comelnya! Apsal sorok bawah rambut? Oo ni mesti kau dapat genetik dari Eomma kau kan?” Lara ketawa sambil mengusap telinga tersebut.
“urm malu” Jimin blushing. Lara meruapakan orang yg pertama menyentuh telinganya “extranya”
"dahla pegang, gelilah" Jimin menolak tangan Lara
K guys I dah updateeeeee. Mohon korang dapat support story ni. Aku janji akan buat lg best next part. Babai!!
YOU ARE READING
GUARDIAN 박 지민
Science FictionLara yang baru kematian kedua orang tuanya berubah menjadi seorang gadis yang murung. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang entah datang dari mana mengaku sebagai penjaganya "kau siapa? macamana boleh masuk rumah aku?!" - Hwang Lara- "aku tau kau ke...