GUARDIAN
"Larasshi, boleh kau tunggu sini kejap, aku ada benda nak kena settle kan" ucap Jimin apabila mereka berada di luar kawasan istana.
"Okey" Lara mengangguk. Jimin bergerak meninggalkan Lara.
"Wow banyak betul bunga yang aku tak pernah tengok ada kat sini. Kalau aku amik 1 bawa balik rumah Haraboji marah tak" bisik Lara sambil menyentuh kelopak bunga tersebut.
"Tu nama dia Ctilous"
Lara sedikit tersentak apabila ditegur sebegitu tiba-tiba. Dia bingkas bangun namun dia terpijak dress nya sendiri membuatkan dia jatuh terduduk
"Maafkan saya! Tuan puteri okey?!" Baekhyun kalut membantu Lara. Tanganya dihulur membantu Lara berdiri
"Saya okey" Lara senyum"Maafkan saya" Baekhyun tunduk.
"It's okay. Apa nama bunga ni tadi?" soal Lara kembali.
"Ctilous. Bunga ni boleh mengubati penyakit lumpuh. Bunga ni boleh bertahan hidup walaupun dalam suasana sejuk atau panas melampau" terang Baekhyun.
"Wah nampak awak memang banyak pengetahuan tentang bunga" puji Lara.
"Rose sshi suka bunga" Baekhun senyum.
"Ah I see, so Lady awak dah tidur ke? Kalau tak mesti awak kena teman dia" ucap Lara.
"Belum. Dia tengah jumpa Jimin tadi. Dia minta saya beredar" jawab Baekhyun. Muka Lara sedikit berubah.
"Jimin dulu Guardian Rose sshi. Around 50 years. Lepastu dia berhenti secara tiba-tiba selepas kematian kedua ibu bapa Tuan Puteri Hwang Lara" ucap Baekhyun selepas melihat reaksi Lara.
"Tuan puteri mesti tak perasan, sebenarnya Jimin dah ikut Tuan Puteri sejak kecil lagi. Dia perhatikan dari jauh sebenarnya. Dalam masa yang sama dia masih lagi menjadi Guardian Rose sshi" sambung Baekhyun.
"Motif awak bagitau saya semua ni?" soal Lara.
"Saya cuma menyampaikan apa yang Tuan Puteri curious nak tau. Lagipun Tuan Puteri dah tau kan asal usul Jimin, half vampire & half hybrid. Tersangat pelik kenapa seorang vampire menjadi Guardian" jelas Baekhyun. Lara ingin menjawab
"Sorry Lara sshi, jom kita balik" Jimin muncul sedikit termengah-mengah
"Saya minta diri dulu Tuan Puteri, semoga kita berjumpa lagi" Baekhyun tunduk lalu beredar.
"Jumpa siapa?" soal Lara
"Hwang Heeman" jawab Jimin.
"Hwang Heeman ke Hwang Rose?" soal Lara sinis. Jimin terkejut
"Kalau kau still tak boleh move on dengan your last owner, apa kata kau jadi Guardian dia balik. Boleh la 24 jam kau berkepit dengan dia. Kenapa berhenti jadi Guardian dia sedangkan kau masih tak boleh nak tinggalkan dia?" soal Lara bengang. Baginya Jimin terlalu banyak berahsia denganya.
"Aku tak cakap sebab takut kau salah faham" jelas Jimin.
"Dan sekarang kau yang buat semua ni jadi salah faham. You know what, makin hari aku makin sangsi dengan kemunculan kau. Samada nak tolong aku, atau niat lain" Lara senyum sinis. Jimin tunduk.
"Dahla jom balik" ujar Lara dingin sebelum beredar meninggalkan Jimin keseorangan.
*******
Jimin bingung, dah hampir seminggu Lara tak bercakap denganya. Gadis tersebut hanya mengangguk atau mengeleng sahaja bila dia tanya. Dan sekarang Lara pula mengahalangya dari mengikutnya ke mana-mana. Semuanya bermula sejak Lara bercakap dengan Baekhyun tempoh hari.
******
"Selamat pagi, Tuan Puteri" Lara yang ketika itu sedikit tersentak apabila ditegur secara tiba-tiba ketika dia sedang berjalan sendirian menuju ke parking.
"Encik berdua siapa?" soal Lara. Di hadapanya berdiri 2 orang yang berwajah sama.
"Utusan Hwang Heeman. Tuanku nak berjumpa dengan Tuan Puteri" jawab salah seorang dari mereka.
"Saya panggil Jimin dulu" balas Lara.
"Tuanku nak jumpa Tuan Puteri, tanpa Jimin" sampuk seorang lagi. Lara diam sebelum dia mengangguk.
*****
Lara berdiri tegak di hadapan Hwang Heeman. Lebih tepat haraboji nya.
"Mulai minggu depan, kamu akan ke satu tempat khas. Untuk belajar jadi orang yang layak untuk keluarga ni" Hwang Heeman memandang tepat ke arah mata Lara.
"Tapi saya masih belajar kat university" jawab Lara.
"Setiap minggu kamu akan ke sana" jawab Hwang Heeman tegas.
"Baik" jawab Lara terpaksa
"Jangan terlampau percaya dengan kata-kata orang, berhati hati dengan orang sekeliling. Berfikir sebelum bertindak" ucap Hwang Heeman.
"Apa maksud Haraboji?" soal Lara
"Kamu boleh balik. Kimi, Simi. Hantar dia balik" arah Hwang Heeman. Kedua Guardian nya mengangguk sebelum menuju ke arah Lara
*****
"Guys camne ni?" Jimin mundar mandir
"Haih tula kau, tak jujur lagi dengan dia" balas Yoongi.
"Aku cuma takut dia salah faham Hyung" jawab Jimin
"And now, you make it worse" balas Namjoon.
"Yang kau pegi jumpa ahli sihir tu kenapa?" Soal Jin
"Dia panggil aku cuma tanya khabar aku je" jawab Jimin sambil menggaru kepala
"Kenapa kau pilih untuk jadi Guardian Lara Jimin? Jujur dengan kitaorang. Apa niat kau?" tanya Taehyung.
"Sekarang korang pulak tak percayakan aku? Korang ingat aku ada niat lain jadi Guardian dia ke? Sebab aku vampire & hybrid?!" jawab Jimin sedikit kuat.
"Bukan macam tu, Hyung. Kita semua vampire jugak. Buka kau sorang" jawab Jungkook lembut. Kang mengamuk lempar barang pulak si Simen ni.
"Nanti dia okeyla tu. Hmm?" Jin menggosok bahu Jimin lembut. Muka Jimin muram. Telinga kecil dia atas kepalanya turut jatuh.
Bunyi pintu dibuka menyebakan mereka semua berpaling ke pintu
YOU ARE READING
GUARDIAN 박 지민
Fiksi IlmiahLara yang baru kematian kedua orang tuanya berubah menjadi seorang gadis yang murung. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang entah datang dari mana mengaku sebagai penjaganya "kau siapa? macamana boleh masuk rumah aku?!" - Hwang Lara- "aku tau kau ke...