GUARDIAN
"Nak bincang mende?" tanya Jimin
"Kau okey?" tanya Namjoon
"Okey je" jawab Jimin pelik
"Kau ada gigit dia tak?" tanya Taehyung. Serentak itu 1 bantal mendarat di kepalanya. Jimin menjeling tajam.
"Family dia macamana?" tanya Yoongi
"Hwang Heeman cakap nak jadikan Rose sebagai pewaris" jawab Jimin
"Habistu Lara macamana?" soal Jin
"Entah. Hwang Heeman suruh aku siapkan dia, jadikan dia orang yang layak untuk keluarga Hwang" terang Jimin
"Dia bukan pewaris, nak siapkan apanya?" soal Jungkook pantas
"Haa betul, sepatutnya kau tak perlu jadi Guardian dia, jadi Guardian Rose" sampuk Hoseok. Jimin mengangkat bahu.
"Dia ada tanya kau ke pasal family dia?" soal Namjoon
"Ada, tapi aku tak cerita full, aku takut dia tak boleh terima semua ni. Dia masih terkejut dengan apa yg terjadi" jelas Jimin. Yang lain mengangguk faham
******
"Kalau perlu sesuatu panggil aku" Jimin senyum sambil menyerahkan buku-buku Lara. Menjadi rutin Jimin menjemput & mengambil Lara setiap hari.
"Okey" balas Lara pendek. Sebenarnya dia agak rimas dengan semua ni. Semuanya terikat dengan Jimin. sehingga menimbulkan gosip kurang elok
"Belajar elok-elok" pesan Jimin sambil sedikit tunduk. Itu merupakan rutin pesananya kepada Lara.
"Ye Jimin" Lara ketawa lalu pergi. Setelah memastikan semuanya okey Jimin bergerak pulang.
*****
Jimin sibuk memotong daging menjadi kepingan nipis. Dia bercadang untuk memasak makanan ala Perancis harini. Tiba-tiba dia merasakan ada aura di belakangnya. Pantas dia berpaling.
"Apa yang boleh saya tolong?" tanya Jimin lembut. Kelihatan 2 orang yg berwajah sama, lengkap bersut berdiri di depanya.
"Malam nanti Tuanku nak jumpa Lara. Untuk sesi perkenalan dengan semua kerabat" salah seorang dari mereka membuka mulut. Jimin sedikit berkerut.
"Baik, malam nanti saya akan bawa dia" jawab Jimin walaupun otaknya masih berfikir.
"Itu sahaja. Terima kasih" 2 makhluk tersebut tunduk sedikit sebelum menghilang. Jimin menanggalkan apronya lalu menyiapkan apa yang patut untuk Lara.
*****
Muka Lara berkerut melihat dress berwarna biru elok tergantung di dinding biliknya
"Baju siapa ni? Macamana boleh ada kat sini?" soal Lara.
"Malam ni Hwang Heeman nak jumpa kau, untuk kenalkan kau dengan keluarga kau yang lain. So aku dah siapkan baju untuk kau, lagi sejam kita pergi" balas Jimin.
"Jimin, aku takut, tak nak jumpa diorang. Aku tak kenal diorang. Boleh tak aku taknak pergi?" Lara memegang lengan Jimin.
"Aku ada, jangan risau. Aku akan lindungi kau, akan sentiasa ada kat sebelah kau" Jimin senyum. Lara sedikit tersenyum, terharu dengan kata-kata Jimin.
"K sekarang pergi mandi, aku tolong kau bersiap nanti" arah Jimin. Lara mengangguk lalu menuju ke bilik mandi.
****
"Jangan takut, aku ada" Jimin berbisik di telinga Lara. Sekarang mereka berdiri di luar pintu istana yang agak besar. Lara menelan liurnya, agak gemuruh untuk berjumpa dengan 'keluarga' nya. Tiba-tiba pintu dibuka, muncul seorang wanita.
YOU ARE READING
GUARDIAN 박 지민
Ciencia FicciónLara yang baru kematian kedua orang tuanya berubah menjadi seorang gadis yang murung. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang entah datang dari mana mengaku sebagai penjaganya "kau siapa? macamana boleh masuk rumah aku?!" - Hwang Lara- "aku tau kau ke...