"saya sebenarnya guardian Lara” ucap Jimin
“Guardian?” Min menyoal balik.
“Papa dia, asalnya seorang dewa, namun disebabkan cintanya pada seorang manusia, a.k.a Mama Lara, menyebabkan dia dihalau keluar dari istana. Pendek kata dia dibuang keluarga. Sebab tula Hwang Jaemin cakap dia sebatang kara kat dunia ni. Dulu saya guardian Papa Lara, tapi lepas dia dibuang keluarga, saya dah tak berjumpa dengan dia lagi” terang Jimin panjang lebar.
“so awak bukan macam kami kan? Awak..”
“saya keturunan vampire. Kawan-kawan saya kat bawah tu pun sama. Tapi kami dah tak minum darah manusia. Kami dah berhenti” terang Jimin.
“macamana awak tau Lara kat sini?” soal Min
“dari Hwang Heeman. Datuk Lara” balas Jimin. Lara hanya mengeluh dari dalam hatinya apabila mendengar bohongan Jimin.
“Datuk? eh Lara bukan datuk kau dah lama meninggal ke?” tanya Min
“bukan datuk belah Mama aku, yang ni datuk belah Papa aku” jawab Lara.
“kau pernah jumpa ke?” soal Min. Lara mengeleng.
“nanti ada masa kita akan jumpa dia” ucap Jimin.
“kenapa dia tak datang jumpa aku? Dia tak mengaku ke aku cucu dia? “soal Lara.
“bukan macam tu, masa tak sesuai” pujuk Jimin.
“24 tahun. Masih tak jumpa masa yg sesuai?” perli Lara. Jimin terdiam.
Bunyi pintu yg dibuka mengejutkan mereka bertiga
“awak okey ke Lara?” soal Jin. Lara hanya mendiamkan diri. Agak keliru sebenarnya.
“tu kawan-kawan aku” Jimin membuka mulut selepas melihat reaksi Lara.
“maaf pasal Jimin, mungkin ada something yang menganggu” ucap Namjoon.
“tta.. Takpe” jawab Lara.
“dia buat apa kat kau Lara? Diorang buat apa kat kau?” tanya Min pantas.
“aku tercederakan dia” jawab Jimin perlahan.
“what!?” Min terjerit.
“eii memang sikap manusia ni suka menjerit eh? “ V menutup telinganya.
“sibuk je nak menyampuk” jeling Min.
“eh berani kau menjawab, nak mati ke? Aku sedut darah kau kang. Dahla aku tengah lapar ni” jawab V sambil menayangkan gigi taringnya. Muka Min berubah takut.
“V” tegur Namjoon.
“tau takut” sindir V
“Kim Taehyung” tegur J-Hope
“alright.... alright. Aku diam” V buat muka.
“erm hyung kitaorang balik dululah. Nanti ada masa kita jumpa” ujar Jungkook.
“alright” Jimin senyum sebelum berpelukan dengan semua kawanya.
“bye sweetie” V senyum sambil menayangkan gigi tarinya kepada Min. Mereka berenam segera menghilang.
“erm Lara, aku balik dulu eh. Nanti datang Uni tau” ujar Min lalu bangun. Lara mengangguk. Min menarik Jimin sedikit jauh dari Lara.
“tolong tengokkan Lara. Dia masih tak boleh terima hakikat yg parent dia dah takde” ucap Min.
“jangan risau, saya akan tengokkan dia, jaga dia. Lagipun dia waris terpenting bagi Hwang Heeman” jawab Jimin. Min hanya mengangguk lalu keluar. Jimin menuju ke arah Lara.
“Lara, aku minta maaf” Jimin tunduk.
“ada rahsia kau sorok dari aku ke?” tanya Lara.
Jimin terus berdiri tegak
YOU ARE READING
GUARDIAN 박 지민
Science FictionLara yang baru kematian kedua orang tuanya berubah menjadi seorang gadis yang murung. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang entah datang dari mana mengaku sebagai penjaganya "kau siapa? macamana boleh masuk rumah aku?!" - Hwang Lara- "aku tau kau ke...